L
SHAH
ALAM: PAS Selangor akan ‘melanggar’ mana-mana kerusi yang ditandingi
PKR di negeri ini sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip
serta kerjasama politik yang terbentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-12
(PRU-12).
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS tidak
akan memberi sebarang jalan kepada PKR andai parti itu kekal dengan
pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru seperti mana yang
dilaporkan baru-baru ini.
“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN (Amanah) dan PPBM
mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan
bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.
“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan
satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada
sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi
oleh kita.
“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang
itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua
kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh
bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya ketika ditemui selepas
merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus
bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) telah membahagi-bahagikan 56 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS untuk pilihan raya umum akan
datang.
Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18
kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala Amanah serta PPBM
masing-masing akan bertanding 14 dan sembilan kerusi.
Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS
menegaskan tiada sebarang penetapan kerusi dibuat di antara parti itu
dengan PPBM sebagai mana yang dilaporkan sebelum ini – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan