Jumaat, 24 Mac 2017

Mukhriz Mahathir terima cabaran debat bekas pembantunya

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyahut cabaran debat daripada bekas pembantunya berhubung dakwaan kekayaannya.
 
Mukhriz, yang juga timbalan presdien Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) mencadangkan debat itu diadakan pada 29 Mac, di Pokok Sena, Kedah.
 
Mukhriz berkata beliau menerima cabaran perbahasan tanpa syarat.
 
Bekas pegawai khasnya, Haris Che Mat yang juga timbalan ketua Umno bahagian Pokok Sena, semalam mencabar bekas bosnya itu berdebat bagi menjelaskan keupayaannya menjadi jutawan dalam masa singkat.
 
 

Tiada ulasan: