Khamis, 16 Mac 2017

Hafiz Hamidun pilih ibu tunggal


MALAYSIA GAZETTE


KUALA LUMPUR 18 FEBRUARY 2016. Penyanyi, Hafiz Hamidun di sambutan ulangtahun ke 10 Arteffects. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nasyid kontemporari, Hafiz Hamidun memilih ibu tunggal sebagai bakal isterinya.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang juga seorang usahawan menjadi pilihan Hafiz yang berusia 33 tahun selepas mereka berkenalan sejak dua bulan lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu memilki seorang anak lelaki berusia tiga tahun, hasil perkahwinan pertama.

Majlis pernikahan Hafiz dengan ahli perniagaan kosmetik itu dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam pada 1 Mei ini.

Satu majlis sidang media akan diadakan pada 22 Mac ini bagi memaklumkan secara terperinci mengenai perancangan hari bahagia pasangan berkenaan.

Majlis persandingan kedua-duanya akan dilangsungkan pada 1 Julai nanti, diikuti majlis bertandang pada 7 Julai dan di Perak. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: