Khamis, 16 Mac 2017

'Jamal keliru tentang bantuan SMUE'

MALAYSIAKINI


Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mungkin "keliru" mengenai bagaimana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Selangor diagihkan, kata pembantu anggota parlimen Seputeh, Lan Suet Ling.

Jamal semalam menuduh Kok melambatkan pengagihan bantuan pengebumian yang diuruskan oleh agensi Selangor, Yayasan Anak Warisan Selangor (Yawas).

"Saya fikir Jamal keliru mengenai cara pembayaran, Prosedur Operasi Standard (SOP) kami," kata Lan yang menguruskan penagihan SMUE bagi pusat khidmat Kok kepada Malaysiakini.

Menjelaskan prosedur itu, Lan berkata, Pejabat Daerah Petaling (DO) memindahkan RM10,000 menerusi arahan tetap AmBank kepada wakil rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan dari PAS dan PKR.

Wakil-wakil rakyat itu akan menerima wang berkenaan melalui akaun Ambank yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi tujuan pengagihan bantuan.

"SOP kami adalah kami mengeluarkan RM10,000 daripada ATM setiap hari Selasa, kami kemudian memanggil 10 pihak yang menuntut dan membayar mereka setiap RM1,000.

"Pada akhir setiap minggu saya perlu mengemukakan dokumen kepada Pejabat Daerah Petaling untuk menunjukkan bahawa 10 pihak telah tampil ke hadapan untuk menuntut wang berkenaan.

"Semua pihak yang menuntut akan dibayar melainkan jika mereka gagal untuk datang dan menuntutnya," katanya.

Tiada ulasan: