Jumaat, 24 Mac 2017

BN Selangor lancar 'Ops Yawas' dakwa kerajaan Selangor seleweng dana

BERNAMA

Tan Sri Noh OmarTan Sri Noh Omar 

Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan 'Ops Yawas' bertujuan mengajak semua pihak di Selangor membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh kerajaan Selangor.

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu.

"Dana itu dilaporkan tidak diberikan kepada rakyat Selangor mengikut jumlah yang ditentukan iaitu RM2,500 seorang untuk khairat kematian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama mangsa ribut di Kampung Bestari Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya hasil maklumat dan bukti yang diterima melalui "Ops Yawas" akan disalurkan kepada pihak berkuasa khususnya polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dibuat.

Noh juga mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi, penyelewengan berlaku di banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sehubungan itu wajar untuk kerajaan Selangor tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.


Tiada ulasan: