Jumaat, 17 Februari 2017

Pesawat Malaysia Airline ke Colombo berpatah balik

MALAYSIA GAZETTE
.
KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines, MH179 yang dalam penerbangan ke Colombo malam semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ekoran masalah teknikal.

Kapal terbang itu berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 10.10 malam dan mendarat semula 1.50 pagi selepas sistem kuasa tambahan (APU) tidak boleh berfungsi, kata Malaysia Airlines.

APU adalah sistem tenaga sokongan yang diperlukan semasa pesawat merentasi kawasan perairan.

Tambahnya, disebabkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike untuk kerja-kerja penyelenggaraan landasan berjadual, para penumpang pesawat berkenaan ditempatkan di hotel berhampiran.

Ini kerana penjadualan semula penerbangan adalah sukar.

MAS menambah, pesawat berkenaan akan beroperasi semula sebagai MH179D dan berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang tadi dan tiba di Colombo 4.35 petang (waktu Colombo).

Penerbangan balik yang menggunakan pesawat MH178D berlepas dari Colombo 5.10 petang (waktu Colombo) dan tiba di KLIA pada 11.20 malam ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: