Khamis, 23 Februari 2017

Pemuda Umno, NGO hantar memo kepada Duta Korea Utara

 
Pemuda Umno, Barisan Nasional (BN) serta beberapa NGO belia seluruh negara menyerahkan nota bantahan kepada kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Kumpulan yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun itu tiba sekitar jam empat petang berbuat demikian sebagai menyampaikan bantahan Malaysia terhadap tuduhan Korea Utara.

Ini ekoran tindakan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.

Kira-kira 30 peserta kumpulan itu membawa plakad 'Respek Malaysia'.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang sejak kebelakangan ini berikutan pertikaman lidah berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.

Kang menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu mengenai pembunuhan itu.
Wisma Putra, bagaimanapun, menolak dakwaan itu sebagai 'tidak berasas'.

Selepas dipanggil menghadap oleh Wisma Putra berhubung kenyataannya itu, Kang mendakwa, Pyongyang mempunyai keraguan terhadap siasatan Malaysia berhubung pembunuhan itu.

Tiada ulasan: