Selasa, 21 Februari 2017

Kes dah selesai, kata pegawai khas Azmin


ANTARAPOS.COM

Post Pic
SHAH ALAM: Pegawai khas Menteri Besar Selangor Muhammad Hilman Idham memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun menutup laporan kes penyelewengan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.
Namun katanya lagi, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung laporan baru yang dibuat Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini.
"Biarlah, biar SPRM buat kerja dia.
"Lagi pun mereka sudah terlambat sebab sebelum ini sudah ada laporan dibuat ke atas saya dan siasatan telah dibuat manakala kes juga telah ditutup," ujarnya yang dipetik Malaysiakini.
Hilman merujuk kepada laporan yang difailkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini bersabit dakwaan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkara ini dibangkitkan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang bertanyakan status kes berkenaan.
Beliau yang lebih dikenali dengan nama Chegubard membangkitkan laporan berkenaan kerana percaya laporan Rafizi mempunyai asas dan bukti sepertimana yang sering beliau lakukan sebelum ini.
Chegubard juga mempersoalkan bagaimana Hilman hidup mewah walaupun hanya dua tahun menjadi pegawai khas kepada Azmin.
Malah turut mendedahkan Hilman mempunyai beberapa buah kereta termasuk sebuah Audi, sebuah Alphard dan terbaru sebuah kereta Toyota Altis dengan nombor pendaftaran BMY300. 
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda keadilan turut mendedahkan maklumat pembelian hartanah berupa sebuah rumah link dua tingkat, dinggarkan berharga RM850,000, di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2015.
Sehubungan itu, Hilman bertegas bahawa beliau bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
"Saya sedia kerjasama dengan SPRM. Cukuplah fitnah tu, kita ada kerja nak buat," katanya.
Selain beliau akan membuat laporan polis berhubung laporan itu dalam masa terdekat.
Badan itu turut mendedahkan Hilman antara lain didakwa memiliki jam tangan bernilai RM87,000, manakala isterinya memperagakan beg tangan mewah berjenama Louis Vuitton.

Tiada ulasan: