Rabu, 22 Februari 2017

Kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air 28 Feb

OLEH SYAZWANI SUFIAN


SHAH ALAM: Beberapa kawasan Hulu Langat bakal mengalami gangguan sementara bekalan air bermula jam 9.00 malam 28 Februari ini.

Menurut laman rasmi Air Selangor, gangguna bekalan air berlanjutan sehingga 1 Mac bagi kerja-kerja pengalihan paip air.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Balakong Jaya, Taman Puncak Utama Balakong, Perusahaan Balakong Jaya dan Perusahaan Taman Balakong Jaya.

“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja pengalihan diselesai secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Air Selangor menasihatkan penduduk kawasan terlibat menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja bermula pada selasa depan.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk di www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’.

Sementara itu, kerja-kerja pembaikan paip pecah TNB PP7/117/2, Ban 3, Jalan Parit 7 Pakat, Sungai Leman, Sekinchan telah siap dan bekalan air dibuka pada jam 3.30 petang dengan pemulihan keseluruhan kawasan.=EZY=

Tiada ulasan: