Sabtu, 18 Februari 2017

Hanya 200 hadir Himpunan Bantah RUU355

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
PETALING JAYA: Lebih kurang 200 orang berhimpun di Taman Jaya, Petaling Jaya hari ini berhimpun bagi membantah Rang Undang-undang (RUU) 355.
 
Himpunan bagi membantah RUU bagi memperkasakan undang-undang Mahkamah Syariah itu turut disertai oleh beberapa orang berbangsa Melayu Islam.
 
Himpunan yang bermula lebih kurang pada pukul 3.30 petang itu turut disertakan dengan sorakan "Tolak Hudud Hadi", "Taknak Hudud", dan "Tolak Usul Hadi."
 
Selain itu, beberapa aktivis sosial, mahasiswa, dan aktivis politik turut berucap di himpunan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: