Selasa, 28 Februari 2017

Anak syarikat kerajaan Kelantan kalah kes saman bernilai ratusan juta?

MSO

Kerajaan negeri Kelantan dibawah parti agama (Pas) mungkin menghadapi kerugian (hilang) ratusan juta ringgit apabila beberapa buah anak syarikatnya menghadapi saman oleh pelbagai pihak. Baca juga ini - http://msomelayu.blogspot.my/2014/01/kerajaan-kelantan-disaman-rm230-juta.html#more

Setakat yang terhitung sehingga kini kerajaan negeri Kelantan menerusi beberapa buah anak syarikatnya disaman oleh 10 pihak - maksudnya 10 kes. Berertinya 10 entiti atau anak syarikat membabitkan kerajaan negeri Kelantan sedang menghadapi pertimbangan mahkamah.

Hampir kesemua kes-kes saman itu membabitkan ketidaktelusan atau pun engkar janji oleh anak syarikat kerajaan negeri dengan beberapa pihak yang mana setengah diberikan tander atau kontrak tetapi ditarik balik tanpa jalan penyelesaian sewajarnya.

Paling mengejutkan terdapat juga kes saman kerana salah laku beberapa orang wakil rakyat yang memegang atau berkepentingan dalam anak syarikat atau menjadi ahli lembaga pengarah kepada syarikat. Salah satu ialah seorang ahli lembaga pengarah dikatakan menerima wang bernilai RM50,000 daripada seorang individu yang diberi tawaran membalak kemudian tawaran itu ditarik balik.

Kerana tindakan itu dianggap zalim individu berkenaan telah mengemukakan saman di mahkamah.  Mengejutkan saman itu dikemukakan oleh seorang Ketua Cawangan parti agama (Pas) di kawasan Kota Bharu.

Hari ini salah satu daripada 10 kes-kes saman berkenaan telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan mahkamah memutuskan anak syarikat kerajaan Kelantan, iaini Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn.Bdh, didapati bersalah engkar perjanjian.

PMBK dan Baldah Toyyibah Sdn Bdh disaman oleh sebuah syarikat pembinaan Dea Hanguru Infra Sdn. Bhd dari Korea yang ditubuhkan di negara ini.

Syarikat Dea Hanguru telah diberi tawaran untuk menyiapkan lebuh raya rakyat sepanjang 73 km dari Machang - Kuala Krai pada tahun 2012. Perletakan batu asas projek lebuhraya berkenaan dilakukan sendiri oleh bekas MB Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tawaran itu dibuat oleh Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) selaku syarikat pengurusan pembinaan lebuh raya rakyat dan PMBK yang bertindak sebagai pihak Kerajaan Kelantan.

Dea Hanguru menerima tawaran kontrak itu pada Oktober 2012 dan telah pun memulakan kerja-kerja awal membawa masuk jentera berat, kerja-kerja pembersihan tapak dan membina side office. Bagaimana tawaran itu ditarik balik pada 2013 tanpa sebarang perundingan dan sebab-sebab yang jelas dan munasabah.

Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bdh ketika itu ialah Adun Salor yang juga salah seorang anggota Majlis Mesyuarat Kelantan (Exco) Husam Musa yang juga menjadi pencetus kepada projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRK).

Malangnya ekoran berlaku perubahan dalam tampuk pemimpin pertukaran MB daripada Nik Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yakob menyebabkan kedudukan Husam di situ tidak kekal. Perubahan itu juga menyebabkan mereka bertanggungjawab terhadap syarikat Baldah Toyyibah dan PMBK telah menarik balik tawaran kepada Dea Hanguru.

Ekoran penarikan balik tawaran itu Dea Hanguru menyatakan rasa tidak puas hatinya dan mengancam untuk menyaman kerajaan negeri kerana mereka telah mengeluarkan perbelanjaan dan mengalami kerugian. Husam sebagai seorang Adun Pas memberi cadangan dan pengsyoran supaya isu itu diselesaikan dengan baik demi kebaikan bersama.

Malangnya pihak yang menguasai kerajaan Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz enggan melayan cadangan Husam itu malahan beranggapan dan yakin syarikat daripada Korea itu tidak ada hak untuk menyaman kerajaan Kelantan dan kalau pun saman ia tidak akan menang.

Setelah gagal mencari penyelesaian secara baik, syarikat Dea Hanguru dikatakan tidak ada pilihan lain melainkan membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut balik perbelanjaan yang dikeluarkan serta tanggungan lain-lain kos.

Semasa perbicaraan kes itu Dea Hanguru telah memanggil (sapina) Husam sebagai bekas pengerusi Syarikat Baldah Toyyibah sebagai saksi. Husam disapina sebagai saks sehinggakan terpaksa absen sidang dewan ketika itui. Gara-gara kehadiran Husam menjadi saksi itulah menyebabkan beliau dikecam dan akhirnya membawa kepada pemecatan beliau daripada Pas.

Kehadiran Husam itu dijadikan antara alasan untuk memecat Adun Salor itu dari Pas kerana beliau dianggap sebagai belot kepada parti sedang hakikatnya beliau sudah memberi nasihat agar kes itu diselesaikan di luar mahkamah bagi mengelakkan kerajaan mengalami kerugian.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan pihak PMBK dan Baldah Toyyibah didapati bersalah dan diperintah membayar ganti rugi kepada Dea Hanguru. Bagaimana pun syarikat Baldah Toyyibah dilepaskan.

Menurut Hakim bicara kes itu agak unitk kerana bekas pengerusi Badah Toyyibah dipanggil menjadi saksi bagi pihak penyaman (Dea Hanguru) di mana agak sukar untuk beliau menolak saman berkenaan.

Dalam tuntutan saman itu Dea Hanguru telah menuntut ganti rugi sebanyak RM225 juta dan RM5 juta sebagai ganti rugi khas kerana pengingkaran kontrak yang diberikan kepadanya. Mahkamah masih belum mentafsirkan berapa jumlah tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan Kelantan kepada Dea Hanguru. Kemungkinan pihak kerajaan Kelantan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi.

Bayangkan sekiranya cadangan dan pengsyoran dibuat Husam diambil kira mungkin wang kerajaan negeri boleh diselamatkan daripada membayar saman berkenaan dan wang itu boleh digunakan untuk keperluan lain lagi

Skandal tanah: Sikap tunggu dan lihat Khaled Nordin tak selesai masalah


Roketkini.com.

GELANG PATAH: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin digesa menyatakan inisiatif yang akan diambil pihaknya berhubung skandal rasuah hartanah di negeri itu sehingga membawa kepada penangkapan beberapa individu baru-baru ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sikap tunggu dan lihat Khaled terhadap kes tersebut adalah tidak wajar kerana dia bertanggungjawab untuk memastikan negeri yang ditadbirnya berintegriti dan serius membasmi rasuah.

“Khaled sudah tentu diberitahu lebih awal oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes berkenaan dan mengenai penangkapan enam individu, melibatkan anak Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Johor.

“Sama ada tuduhan SPRM terhadap enam individu terbabit berjaya disabitkan di mahkamah adalah isu berasingan.

“Kerana apa yang kerajaan negeri mesti lakukan sekarang adalah memperketakan lagi peraturan dan prosedur bagi memastikan kegiatan rasuah seumpama itu tidak berlaku lagi,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian mengulas kenyataan Khaled seperti yang dilaporkan media
Ahad lalu, mahu menunggu siasatan lengkap daripada SPRM sebelum membuat keputusan sama ada akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, seluruh warga Johor malahan rakyat negara ini mengharapkan agar Khaled mengambil tindakan pro-aktif membanteras kegiatan rasuah yang berlaku di negeri itu.

“Dan sebab itulah dalam lawatan Khaled ke Gelang Patah esok (hari ini), dia harus mengumumkan inisiatif komprehensif anti-rasuah bagi memastikan kegiatan rasuah melibatkan urusan hartanah tidak berlaku lagi.

“Malah, apa yang lebih penting adalah untuk melihat dari kacamata yang lebih luas dengan azam untuk memastikan Johor menjadi negeri terbaik dalam hal melibatkan integriti malah bebas rasuah dalam perkhidmatan awam,” ujarnya. – Roketkini.com.


Ary Malik meninggal dunia

MALAYSIA GAZETTE
 
Allahyarhamah Ary Malik

KUALA LUMPUR – Selepas setahun mengidap penyakit kanser ovari tahap empat akhirnya pelakon, Ary Malik disahkan meninggal dunia hari ini.

Arwah yang nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia pada umur 46 tahun di Hospital Ampang.

Jenazah dibawa ke Masjid Kem Wadieburn untuk dimandi dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota malam ini.

Ary menghembuskan nafas kira-kira jam pukul 7.17 petang tadi, menurut sumber SENIMAN.

Pada bulan Mei tahun lepas, Ary telah menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan di Wangsa Maju sebelum disahkan mengidap kanser dan kemudiannya menjalani rawatan kimoterapi sebulan selepas itu.

Beberapa hari keadaannya semakin lemah dan dibawa ke Hospital Ampang dan selepas dua hari, Ary tidak sedarkan diri.

Suami arwah, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46 dan anak-anaknya Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.-MalaysiaGazette


Catatan pilu seorang kakak susulan tragedi 8 berbasikal maut dirempuh kereta

ISMA WEB
 
Muhamad Firdaus Danish – Gambar Bernama

SIAPA kita untuk menghukum mereka. Sudah perjalanan kehidupan mereka ditentukan begitu. Kita boleh berkata macam-macam sebab kita tidak berada di tempat mereka. Sebaiknya kita jadikan iktibar untuk diri kita dan keluarga kita. Doakan yang terbaik untuk mangsa yang maut.

Lantaran itu, hentikan segala hinaan dan cacian kepada semua mangsa, sebaliknya marilah kita berdoa semoga mereka diampuni dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman. – Pengarang

Berikut adalah catatan pilu kakak sulung salah seorang daripada lapan remaja yang terbunuh dirempuh kereta ketika berbasikal di Johor Bahru, baru-baru ini.
As salam.. Sy selaku kakak sulung kpda arwah muhamad firdaus Danish mewakili baba, ibu & adik beradik serta abg ipar kpda arwah ingin meminta andai ada kenalan arwah yg arwah pnh berhutng blh la dtg ke rumah wris arwah/pm trus ke fb kakak&abg ipar arwah. In sha ALLAH kami cuba selesaikn andai arwah ada trpnjm hak2 kenalan arwah..
Pd kenalan arwah juga mntk dihalalkn mkn minom arwah dunia akhirat.kami dpt thu dr kenaln arwah yg arwah selalu diminta betulkn/jual brng2 basikal arwah pd kwn2 arwah yg lain.ada yg arwah tlg tnpa diberikn upah, ada yg arwah jual brng basikal arwah tp ad kwn2 yg mbeli dr arwah blum byar hbs.. Mana2 kwn arwah yg berhutng dt, brhutng brang2 pd arwah dgn ikhlas hati kami sekeluarga halalkn..
(Arwah mmg bnyk bsikal, mnt dia pd basikal mmg x blh dinafikan,selalu mntk duit dr kami utk beli keperluan basikal dia, snggup kmpul dt nk beli brng2 bsikal) dan anggplah itu sedekah arwah kpda kalian semua..
Mohon maafkan arwah sekiranya ada bahasa yg kasar, kelakuan yg kurang mnyenangkn di mata dn ht kalian semua. Trma ksh pd yg mmberi kata2 smngt, trma ksh pd yg sma2 mmbntu ursan arwah.. Tdk kurng jgk sy nk nyatakn di sini..
Sedikit terkilan dgn pndangan dn lontaran dr segelintir masyarkt kita yg masih rasa diri seperti TUHAN bila berkata, yg suka mnghentam buta bila menulis.. Smpai kn ad sy terbaca kata2 sinis kata2 yg btol2 mnguris ht kami ada yg ckp “malang btol mak ko pnt2 teran nak beranakkan kau, dh beso jd anjing”ada lg yg berbicara “ala bdk2 smpah msyarkt mcm diaorg tu elok pn mmpus berjemaah” ada lg yg ckp “mk bpk sedap mmbuta pekak kn tlnga ank merayap pn x thu” ad lg yg ckp ” aku dulu mk bpk aku rembat guna btng pnyapu, Abg aku bg penampo dayak klau brni merayap mlm2 bdk2 skrng mk bpk dijadikan hamba, ckp abg kakak dibuang merata”..
ALLAHHURABBI,. hbtnya kalian berkata2 seolah kalian tdk ad keturunan 1 masa nti..cuba kalian jelaskn pd sy ht ibu bpa mana yg tdk sedih mngenangkn pemergian ank yg dibelai dr kecik tapak tangan. Ht adik beradik mana yg x hncur melihat myt saudara kandungnya sndri kaku di ats jln raya? Ya mmg adik kami nakal, mgkin jgk jahat di pndngan mata kalian atau mgkin ank2 liar pd kalian..
Tp demi ALLAH bkn kami yg susun dn atur ketntuan yg maha esa.. Demi ALLAH, puas kami marah, puas kami mmbebel, puas kami naik tangan terkdng, puas kami halang, puas kami sita basikal. Tp apakan daya kami, kami dah bt yg terbaik utk adik kami, tp sedar x kita yg aturan ALLAH lg hbt? sy mohon hntiknlah hinaan cacian makian kalian kepada arwah dn waris2 arwah.
Arwah pn dh pergi, dah tenang di sana, mgkin kepada waris2 kalian blh mntk maaf, tp hinaan kalian kpda arwah? Kalian carilah arwah di hr penghakiman kelak.. Tlg hntikan jgk sebarkn gmbr2 kemalangan arwah yg meruntun ht kami. Kepada pihak media kami mohon jgn ditokok tmbh crta yg tak btol hnya kerana nk mnyedapkn cerita.. Mcm2 knyataan kmi baca bnyk yg bercanggah..
Drp sksi yg dtg jmpa kami semua ckp “bdk2 bsikal tu lepak rehat tepi jln, ada yg tgh pomen basikal tba2 kete dtg rmpuh trus”.Kpda pihak PDRM jgk kami hrap dpt la mnyiasat kes ini dgn adil. Mcm2 knyataan yg dikeluarkan ..Sy fhm tugas Polis.. Sy jgk pnh menabur bakti kepda pasukan polis satu masa dulu dn sy jugak istri kpda anggota polis..sy akur dn fhm tugas polis..
Smlm selesai semua urusan, kwn2 arwah yg trselamt dr kemalngan yg ada bersama2 teman arwah ketika arwah nazak berkumpul di rumh. Syg nya mereka pd arwah, ada yg bemlm di rumh keluarga arwah.. Trma kash shbt2 arwah yg ad di sisi arwah ketika arwah sdng mnghadpi sakaratul maut.shbt arwah ada ckp “cik, Amat sempat mngucap dia ikot ckp kami suruh mngucap”.
Syukur YA ALLAH.. Dlm keadaannya mcm tu arwah msih smpt mngucp kaimah agungMu. cuma arwah smpt ckp dgn shbt arwah yg arwah “x dpt nk salam tangan keluarga arwah” sebelum arwah mnghmbuskn nafas yg terakhir.shbt yg sma2 dgn arwah setiap masa bgthu “Amat selalu dia la yg pling kecoh, tp hr tu dia snyp je, siap ckp seblum nk kayuh bsikal bertolak ke bndar baca doa dulu, seblum ni x pnh pn”..siap pesan pd shbt baik dia ” ko tlg tgok2 kn fmly aku”.
Amat.. tenang la disana adikku.. Walaupn cara pemergian mu mmbuatkn ht kami remuk, tp kami redho dgn jnji yg maha esa. Kami ikhlaskn pemergianmu kmbli ke sisi yg maha Agung.. Tnggu la giliran kami jgk akn menyusulmu adikku..
Demi ALLAH, mlm along termimpi kehadiran mu ddk bwh kaki along smbil ckp along, Amat mntk maaf klau amat ada melawan alng kdng2,amat dh tenang dkt sana along. Along kena jga ibu & baba baik2..In SHA ALLAH dik.. Bederai air mata along menaip setiap ape yg ingin disampaikan kepada mereka2 yg mncemuhmu adikku.. Bkn sy nk ckp adik sy baik, bkn sy nk bgthu yg adik sy x slh.
Tp sebgai kakak, sebgai keluarga ht kami pedih dgn penghinaan kalian..Amat, masa jenazah kau smpai rumah, penuh org tnggu kau. Rmai org glir2 cium ko bt kali terakhir, penuh dlm msjid smbhyngkn jenazah utk kau. Ramai mk cik, pk cik ,jiran2, mk2 bpk2 kwan kau dtg ckp dkt along, ‘Arwah baik along, rjin tlg org, aktiviti dkt msjid, aktiviti dkt taman perumahan x pnh arwah x ada.
Mesti ada..walaupn amat nmpk mcm brutal, tp dia hormt org tua” ramai org syg kau Amat.. Penuh org dlm rumh, luar rumah, lorong2 taman, simpang2 tman dtg tgok jenazah kau..x kira tua, muda remaja, kanak2 semua menangis masa tgok kau kali terakhir.
Akhir kata, tlg berhnti kn ayat2 sadis netizen sklian.. Tlg hntikn pnyebaran gmbr2 kemalngan arwah, tlg hormti ht waris2 arwah. Tlg berlaku adil dlm kes ini, tlg jgn bt kenyataan yg diubah suai mnyedapkn story awak2..kami x slhkn sesiapa..
Ini kententuan yg maha esa.. Tenang dn damai lah adik ku di sana, kau tnggalkan baba, ibu, along, angh, Ain ,awin, aniq, Abg asrul, Abg ngh, firas, malik, auni, Umar di dunia ini utk sementara.. Tp kau ttp dlm ingtan dn doa kami selamanya. Along, angh, ain yg bnyk jga kau dr kck smpai ko remaja smntra ibu n baba keje.. Kenangan kita akn selamanya jd ingtan.. #AL FATIHAH
Nurul Shahidah Abdullah


Harga petrol kekal, diesel naik 5 sen mulai esok

ISMA WEB
 


BANGI – Harga runcit minyak petrol RON95 dan RON97 bagi bulan Mac 2017, kekal pada RM2.30 seliter serta RM2.60 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit minyak diesel naik sebanyak 5 sen daripada RM2.15 kepada RM2.20 mulai tengah malam ini.


Kit Siang Marah dilabel Musuh Melayu-Islam, Rasis

 
 


KUALA LUMPUR – DAP menganggap tindakan sekumpulan ahli PAS Selangor menaikkan poster mengutuk pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di luar Pejabat Agung PAS di sini kelmarin merupakan satu deklarasi perang PAS ke atas pakatan pembangkang.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan ahli PAS terbabit menghantar memorandum mendesak PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan parti yang bersekutu dengan DAP di Selangor pula merupakan sandiwara untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah ke atas Pakatan Harapan dan PPBM.

“Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan PPBM.

“Banner yang mahal dan berwarna-warni menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islam (Rasis)’ dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, PAN dan PPBM seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.




“Serangan terhadap DAP, PAN dan PPBM adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan PPBM,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Kit Siang mendakwa, sandiwara deklarasi perang ke atas Pakatan Harapan dan PPBM oleh ahli PAS Selangor itu sebenarnya adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS.

Beliau mendakwa kononnya akar umbi PAS Selangor sebenarnya sangat tidak berpuas hati dan sedang bergolak ekoran pendirian keras Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Pakatan Harapan dan PPBM.

Kit Siang membuat dakwaan itu dengan memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad minggu lalu walaupun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan berpisah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), exco kerajaan negeri, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung dari PAS di Selangor tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada April nanti.

Beliau turut mengingatkan PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kerana pengundi termasuk bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru PAS berbaik-baik dengan UMNO.

PAS disingkirkan oleh DAP dan PKR daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas mereka.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan bersama PAN yang kononnya diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan seterusnya menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir semata-mata kerana berdendam dengan UMNO.

Mahathir marahkan UMNO kerana enggan memenuhi hasratnya supaya orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu.

Pakatan Harapan dan PPBM sejak beberapa bulan lalu bagaimanapun cuba memujuk PAS untuk kembali bekerjasama selepas menyedari sokongan umat Islam ke atas mereka merosot tetapi ditolak PAS.

Berikutan itu, pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan dan PPBM mula melancarkan pelbagai dakyah, propaganda dan serangan persepsi ke atas PAS di media sosial bagi memburuk-burukkan parti itu seperti yang dilakukan mereka ke atas UMNO selama ini.

Hal tersebut mengundang tindak balas ahli PAS dengan menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan parti itu di Ibu Pejabat PAS bagi mendesak PAS memutuskan terus kerjasama dengan PKR di Selangor.

Untuk rekod, PAS Selangor masih mengekalkan kerjasama longgar dengan PKR hanya diperingkat negeri itu bagi mengekalkan jawatan pemimpinnya dalam kerajaan Selangor. MYNEWSHUB.CC

PAS Sudah Jangka Dipinggir Pakatan Harapan Di Selangor




KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan mendedahkan mereka sudah menjangkakan Pakatan Harapan (PH) membuat pembahagian kerusi secara senyap-senyap di belakang dengan meminggirkan parti Islam itu.

Nasruddin berkata, Pas sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mempunyai strategi lain dalam usaha memenangi kerusi yang akan mereka tandingi nanti secara bersendirian di Selangor.


“Kita dah jangka pun mereka akan merancang sesuatu tanpa kita (Pas) tapi kita tak terkesan pun malah kita juga ada strategi lain untuk menang di mana-mana tempat di Selangor,” kata Nasruddin.

Nasruddin mengulas mengenai pendedahan di mana PH dikatakan mengadakan rundingan secara tertutup antara keempat-empat parti dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Dalam rundingan berkenaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberikan paling banyak kerusi iaitu sebanyak 18 kerusi diikuti DAP 15 kerusi, manakala parti pimpinan Mohamad Sabu, Parti Amanah Negara (PAN) menerima 14 kerusi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula diberikan sembilan buah kerusi.

Bagaimanapun, Nasruddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan Pas, sebaliknya mereka akan berusaha menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi dibawah tiket blok pembangkang mereka sendiri.

“Pas akan meneroka beberapa kawasan baru yang majoritinya adalah bangsa Melayu untuk bertanding di situ di bawah tiket Gagasan Sejahtera.

“Lagipun kerajaan Pakatan Rakyat hanya wujud disebabkan kita nak jaga mandat yang diberi oleh rakyat, tapi bila bertanding nanti kita bukan kerajaan Pakatan Rakyat dah, kita akan fikir untuk parti pula,” katanya. – MalaysiaGazette

Dalang bunuh Jong-nam: Siapakah mereka?


Dalang bunuh Jong-nam: Siapakah mereka?
 
PADA siri kedua hari ini, Sorot akan menyingkap siapakah suspek pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Seperti yang kita tahu, empat suspek telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia, manakala beberapa lagi suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dan juga masih berada dalam negara.

Siapakah keluarga mereka? Apakah pekerjaan mereka di dalam negara kita?

Dan persoalan utama yang bermain di fikiran semua kita adalah siapakah yang mengarahkan mereka untuk membunuh Jong-nam?

[ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa Korea Utara mahu Jong-nammati?]

Selain itu, ke arah mana hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara?

Apa yang pasti pihak polis sedang melakukan siasatan yang terbaik dan rakyat Malaysia haruslah mempercayai tugas yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Ikuti siri akhir Sorot.

Cerita di sebalik penghasilan My Father, Kim Jong Il, and Me

Penulis buku My Father, Kim Jong Il, and Me mendedahkan, Kim Jong-nam, gementar dan seakan dibelenggu rasa takut ketika sesi temu bual pada 2011 di Macau.

Yoji Gomi, seorang wartawan Jepun, berkata, mungkin Jong-nam menyedari bahawa dirinya menjadi buruan adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

“Mungkin dia menyedari bahawa dirinya berada dalam ancaman tetapi saya percaya dia tetap mahu memberikan pendapat berkaitan Pyongyang melalui media.

“Ketika itu dia berpeluh. Kelihatan seperti tidak selesa dengan soalan yang saya ajukan. Mungkin dia risau kesan daripada kenyataannya,” kata Gomi dalam satu sidang media di Tokyo, lapor wartawan AP,  Mari Yamaguchi.

Mengimbau perhubungan awalnya dengan Jong-nam, Gomi berkata, beliau bertemu dengan lelaki bertubuh gempal itu pada 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China.

Dalam tempoh tujuh tahun sebelum sesi temu bual pertama secara bersemuka, mereka berhubung melalui email.

Sebanyak 150 email dihantar sebelum dua sesi temu bual pada 2011 di Macau dan Beijing. Dua temu bual itu berlangsung keseluruhannya selama 7 jam.

“Dia mengkritik pemerintahan Korea Utara. Dia tidak bersetuju dengan sistem sosialis dan pemilihan pemimpin perlu dilakukan secara demokrasi,” katanya.

Gomi menjelaskan, dalam sesi temu bual itu, Jong-nam secara lantang menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Penghasilan buku tersebut ternyata memberi impak yang besar terhadap Jong-nam.

Antara yang memberi kesan adalah kenyataan Jong-nam yang mengatakan Jong-un tidak akan berjaya sebagai pemimpin Korea Utara.

Melalui buku tulisan Gomi itu, segala penceritaan berkaitan pemerintahan keluarga dipaparkan untuk bacaan umum.

Gomi menjelaskan, Jong-nam merupakan harapan kecil buat Korea Utara menghapuskan pemerintahan kuku besi di negaranya.

Bagaimanapun menurut Gomi, harapan itu musnah selepas Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, 13 Februari lalu.

“Saya fikir, dia merupakan individu yang boleh melakukan sesuatu yang bermakna buat Korea Utara,” katanya.

DAP cakap tak serupa bikin, kata MCA

Berita Daily Staff

Parti Bersatu Bumiputra Malaysia (PBBM) juga pernah mendakwa bahawa kemasukan pelaburan China akan menjejaskan periuk nasi rakyat Malaysia dalam cubaan merenggangkan hubungan Malaysia-China.

KUALA LUMPUR: MCA menyelar sikap DAP yang sebelum ini pernah mengkritik parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kerana usaha mereka untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan China, namun parti pembangkang tersebur mempelawa China melabur di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal MCA-Republik Rakyat China Chuah Poh Khiang menyelar Ketua Biro Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong yang menurutnya mengamalkan dwi-standard apabila ‘bercakap tidak serupa bikin’ berhubung perkara itu.

“Dahulu Liew sering mengutuk usaha MCA dalam mempereratkan hubungan antara Malaysia dan China dengan tujuan membantu usahawan-usahawan tempatan meluaskan pasaran ke luar negara, sebagai tidak patut.

“Akan tetapi, Liew nampaknya telah mengubah pendiriannya dalam sekelip mata apabila dia bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mempelawa Duta China ke Malaysia untuk meninjau potensi pelaburan di negeri tersebut, menyerlahkan sikap DAP yang hipokrit dan berubah-ubah,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Chuah berkata, Parti Bersatu Bumiputra Malaysia (PBBM) juga pernah mendakwa bahawa kemasukan pelaburan China akan menjejaskan periuk nasi rakyat Malaysia dalam cubaan merenggangkan hubungan Malaysia-China, namun DAP hanya membisu, malah turut mengeluarkan kenyataan untuk mengiyakannya.

“Tetapi kini DAP telah membuat satu pusingan ‘U’ secara mendadak apabila cuba menonjolkan yang ia menghargai hubungan baik Malaysia-China pula.

“Ini menunjukkan bahawa DAP sanggup membuat apa-apa sahaja untuk menyerang dan memfitnah lawannya semata-mata ingin mengaut kepentingan politik,”katanya.

Tambahnya, DAP tidak mempunyai prinsip dan sanggup membuat pusingan-U pada bila-bila masa.

“Jika kita mengikut logik DAP, apa-apa yang dibuat kerajaan BN adalah salah, dan hanya DAP yang betul.

“Tindakan mereka ini hanya menonjolkan sikap DAP yang tidak berprinsip,” tambahnya lagi.

PKR dakwa ketua audit negara ahli Umno

Berita Daily Staff

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima maklumat Madinah adalah ahli Umno di Cawangan Sri Helang, sejak 1989.

KUALA LUMPUR: PKR mendakwa Ketua Audit Negara yang baru dilantik, Dr Madinah Mohamad adalah ahli Umno Bahagian Kepong.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima maklumat Madinah adalah ahli Umno di Cawangan Sri Helang, dan menjadi ahli Umno sejak 1989.

“Minggu lalu, pelbagai pihak termasuk saya sendiri telah membangkitkan persoalan mengenai Madinah, khusus berkaitan kelayakan dan kehadiran beliau di dalam beberapa majlis anjuran Umno.

“Oleh sebab beliau masih belum menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan ini terutama mengenai hubungan beliau dengan Umno, hari ini saya mengumumkan bahawa, berdasarkan maklumat yang telah saya terima, beliau merupakan seorang ahli Umno bahagian Kepong, cawangan Sri Helang. Saya turut difahamkan beliau telah menjadi seorang ahli UMNO sejak 1989,” kata Fahmi, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menggesa agar Madinah untuk menafikan maklumat tersebut.

Tambah Fami, sekiranya benar, nasihat Perdana Menteri Najib Razak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik beliau menggantikan AMbrin Buang merupakan nasihat yang tidak membantu mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia.

“Ini kerana jawatan Ketua Audit Negara merupakan antara jawatan terpenting dalam sistem demokrasi terutama proses semak dan imbangan pengurusan kerajaan,” kata Fahmi.

Beliau berkata, persepsi umum adalah seorang ketua audit negara bukan sahaja perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi juga perlu dilihat sebagai bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian.

Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

MALAYSIA DATELINE

Mustafa AliMustafa Ali

Pas sedang meneliti cadangan Pas Sabah untuk bertanding lebih 20 kerusi Dun dan sekurang-kurangnya empat Parlimen pada Pilihan Raya negeri itu yang dijangka diadakan lebih awal dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pengarahnya Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama Pengarah-pengarah Pilihan Raya Pas Negeri telah membuat tinjauan ke Sabah antaranya di Kundasang dan Keningau bagi mengikuti perkembangan politik dan persiapan terhadap jangkaan tersebut.

Menurut beliau, hasil pertemuan dan perbincangan dengan Pas kawasan-kawasan di Sabah, beliau menegaskan bahawa parti itu masih belum mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik di negeri itu sebagaimana penggal yang lalu.

“Walau bagaimanapun pun kita bersedia untuk bincang dengan mana-mana parti politik yang sekiranya bersedia untuk bincang dan menghadapi pilihan raya. Kalau tidak, maka kita akan hadapi pilihan raya ini secara bersendirian.

“Dan apabila kita bersendirian, kita bebas untuk bertanding di mana-mana sekalipun, tidak terikat, dulu nak bertanding ini kawan-kawan kata ini tempat yang sesuai bagi mereka ini. Sekarang ini kita tak terikat, dalam perbincangan kami dengan pimpinan Pas Sabah pun tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

“Pihak Pilihan Raya Pusat akan mengkaji kemunasabahan yang dicadangkan itu. Mungkin kurang mungkin lebih daripada yang dicadangkan, boleh jadi juga, kita tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku sekarang ini,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut beliau pada sidang media di Pejabat Pas Kawasan Putatan semalam, kehadirannya bersama jentera itu adalah untuk menyiapkan persiapan umum petugas pilihan raya dari negeri-negeri lain datang membantu sebagaimana pada PRN Sarawak yang lalu.

Katanya, pihak beliau telah mengadakan latihan terakhir pada 28 Januari lalu dan akan terus memantapkan persediaan sebelum hari pembubaran, namun telah bersiap menghadapi gerak kerja lapangan Pilihan raya Negeri itu.

Anak nafi Ustaz Bollywood meninggal dunia


Ustaz Haslin Baharin
Ustaz Haslin Baharin. - Gambar sumber internet

SHAH ALAM - Khabar angin mengatakan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharin yang terkenal dengan jolokan ‘Ustaz Bollywood’ meninggal dunia adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh anaknya menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, hari ini.
 
"Alhamdulillah abah ustaz Haslin Baharin masih hidup sihat sejahtera. Sebarang berita kematian abah adalah satu berita palsu," kata anaknya yang bernama Huzaifah Ibnu Haslin.

Huzaifah dalam masa sama turut berdoa individu yang menyebar berita palsu berkenaan kematian ayahnya diberi petunjuk oleh ALLAH.

"Semoga mereka yang cerita atau fitnah diberi hidayah oleh ALLAH," katanya lagi.

Hari ini tular di laman sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp berkenaan dakwaan Ustaz Bollywood yang telah meninggal dunia hari ini.

Dakwaan itu mengatakan Ustaz Bollywood telah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi.


Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih

Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih
Saifuddin ketika ditemui media selepas mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui terdapat pertindihan kerusi di antara ketiga-tiga parti komponen gabungan itu pada PRU14.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, selepas tamat mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.

"Namun pertindihan itu adalah minimum dan apa yang penting kita ada formula dan parameter untuk membantu bagi mengatasi masalah pembahagian kerusi ini.

"Parameter ini dianggap berjaya sekiranya kerusi yang bertindih itu di tahap minima," katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diwakili Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan beberapa pemimpin lain.

Bagaimanapun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak menghantar wakil.

Dalam pada itu, Saifuddin yang ditanya adakah perbincangan pembahagian kerusi itu melibatkan kerusi dimiliki Pas, beliau berkata, mereka tidak membincangkan mengenainya.

"Kami tak bincang pasal Pas. Yang penting semua kerusi yang BN bertanding kami akan lawan," katanya.


Jong-nam: Korea Utara hantar pegawai kanan ke KL

SINAR HARIAN

Jong-nam: Korea Utara hantar pegawai kanan ke KL
Beginilah ragam setiap hari apabila media dari dalam dan luar negara membuat liputan berita di luar Kedutaan Korea Utara. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Korea Utara menghantar seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Pegawai berkenaan, bekas duta besar Korea Utara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il, tiba hari ini dan mengisytiharkan:"Mulai hari ini, saya akan menjadi jurucakap rasmi."

Bercakap kepada pemberita tempatan dan luar negara yang menghadiri sidang berita di perkarangan Kedutaan Korea Utara di sini, beliau berkata perbincangannya akan ditumpukan kepada tiga perkara.

Katanya tiga perkara berkenaan adalah meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

Tong Il juga berkata beliau berharap dapat menyelesaikan 'isu kemanusiaan' yang timbul berikutan kematian Jong-nam, yang hidup terasing daripada Jong-un.

Tong Il bagaimanapun enggan memberitahu bila pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia akan diadakan atau berapa lama beliau berada di negara ini.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Tong Il datang bersendirian atau bersama-sama satu delegasi.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau sejam kemudian apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi apa yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam kemudian mendapatkan pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Beliau ke Malaysia pada 6 Februari lepas menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

Dua wanita - seorang yang menggunakan pasport Indonesia dan seorang lagi menggunakan dokumen perjalanan Vietnam - ditangkap selepas pembunuhan itu.

Seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara, Ri Jong Chol, juga ditahan. Rakyat Malaysia itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Kedutaan Korea Utara di sini turut menjadi tumpuan media berikutan pembunuhan itu. - Bernama

200 saksi akan beri keterangan kes rasuah Jabatan Air Sabah

 BERNAMA

Wang tunai yang dirampas dipercayai dimiliki secara salah oleh bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Wang tunai yang dirampas dipercayai dimiliki secara salah oleh bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Kira-kira 200 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada prosiding hari ini, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen berkaitan dalam bentuk cakera padat (CD) dan menjemput peguam bela tertuduh untuk hadir ke pejabat SPRM Sabah sekiranya mereka mahu memeriksa dokumen asal.

Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, dua bulan sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan 8 Ogos hingga 25 Ogos.

Abu Bakar berkata sebarang perubahan tarikh perbicaraan boleh dibuat pada hari terakhir pengurusan kes iaitu 4 Mei, susulan permohonan pihak pembelaan untuk meneliti dokumen sebenar dua bulan sebelum tarikh perbicaraan.

Pada 29 Disember tahun lepas, bekas pengarah JANS itu, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit pertuduhan.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili Pereira dan Hairul Vaiyron Othman manakala Baldev dan Karpaljit Singh mewakili Lim.

Saya yakin tidak bersalah jumpa di mahkamah, kata Khalid

 MALAYSIA DATELINE

Khalid SamadKhalid Samad

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman disifatkan sebagai memalukan diri sendiri apabila menggunakan kata-kata carut terhadap seorang ahli Parlimen wanita dan memperlekehkan wakil rakyat lain, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Pada sidang medianya Khalid mempertahankan perkataan “sial” terhadap Tajuddin.

“Dia menggunakan kata-kata mencarut dan memperlekehkan ahli Parlimen lain tanpa menunjukkan penyesalan, kemudian memfitnah saya menjatuhkan air mukanya padahal dia menjatuhkan air mukanya sendiri.

“Tidak kira kita dari parti mana, walaupun ahli Parlimen BN sekalipun, kita tidak boleh layan wanita begitu,” katanya.

Pada 21 November lalu Tajuddin telah mengatakan Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh sebagai satu-satunya wanita yang namanya mempunyai perkataan “Kok”.

Tajuddin dalam writ saman semalam berkata kenyataan Khalid menggambarkan beliau sebagai munafik, melanggar perintah Allah dan akan masuk neraka.

Bagaimanapun Khalid berpandangan Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadapnya sesuatu yang melucukan.

"“Saya nak tunjuk betapa kelakarnya saman ini. Antara lain dia kata saya tuduh dia tak ikut perintah-perintah Allah, kutuk dia akan pergi neraka, tua yang tak layak jadi MP, bukan Muslim yang baik, plaintif adalah munafik.

“Kita tahu dia mempunyai banyak wang dan masa untuk melibatkan mahkamah dalam perkara ini tapi saya yakin tidak bersalah dan saya akan jumpanya di mahkamah,” katanya.

Selain Khalid, Tajuddin turut menyaman NST, KiniTV kerana menyiarkan kenyataan dan menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas beliau diserang sekumpuan ahli Umno Pasir Salak di kawasan Parlimen pada 24 November tahun lalu.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak menuduh Tajuddin terlibat dalam serangan itu.

“Dia tidak perlu bantuan penyerang yang melaungkan namanya untuk menyerang saya jika dia mahu, saya memohon maaf.”

Merujuk saman bertarikh 22 Februari dan difailkan melalui firma guaman Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan Khalid dan NST enggan memohon maaf dan mendakwa kenyataan mereka tidak berunsur fitnah selepas surat tuntutan dihantar kepada mereka.

Syarikat berkaitan 'agensi risikan' Korea dibatal pendaftaran - KPN

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kewujudan dua syarikat di negara ini yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara.
 
Bagaimanapun ujarnya, dua syarikat itu -  International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd, sedang dalam proses dibatalkan pendaftarannya.
 
Dua syarikat itu, lapor media antarabangsa semalam, didakwa mempunyai kaitan dengan Glocom – syarikat yang digerakkan oleh agen risikan Korea Utara yang beralamat di Brickfields, Kuala Lumpur.
 
"Berdasarkan laporan media antarabangsa semalam, saya menafikan syarikat itu kononnya dikawal ejen perisikan Korea Utara dengan nama Glocom.
 
"Berdasarkan laman web glocom.com.my yang didaftar pada 2009, ia didaftar oleh syarikat International Global System Sdn Bhd. 
 
"Mengikut laman web itu juga, International Golden Services Sdn Bhd bertindak sebagai syarikat yang boleh dihubungi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Beliau berkata, PDRM sentiasa memantau perkembangan dan mengambil tindakan tegas untuk memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
 
Agensi berita antarabangsa Reuters dalam laporannya semalam mendakwa, Glocom adalah syarikat dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio tempur. 
 
Katanya, Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi tentera dan separa tentera di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my. 
 
Reuters yang memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, urus niaga syarikat itu melanggar sekatan PBB.
 
 

Kelakarnya saman Tajuddin ini, kata Khalid

MALAYSIAKINI


Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan saman Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadapnya sebagai “kelakar”.

“Saya nak tunjuk betapa kelakarnya saman ini,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

“Antara lain dia kata saya tuduh dia tak ikut perintah-perintah Allah, kutuk dia akan pergi neraka, tua yang tak layak jadi MP, bukan Muslim yang baik, plaintif adalah munafik.”

Sebaliknya, kata pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada perkara itu sama sekali.

Kata Khalid, beliau hanya berkata bahasa yang digunakan Tajuddin dalam parlimen sebelum ini tidak menghormati wanita.

Dalam saman itu, yang turut dilihat Malaysiakini, bahagian dianggap kelakar oleh Khalid itu berkaitan kenyataannya dalam sidang media yang menggambarkan tingkah laku Tajuddin yang dikatakan tidak sesuai bagi seorang Melayu-Islam.

Saman yang bertarikh 22 Februari itu difailkan melalui firma guaman Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tajuddin, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno turut menyaman KiniTV dan New Straits Times berkaitan isu sama.

Usul saman AG ke Parlimen jelaskan 'derma' RM2.6b Najib


Satu usul parlimen telah difailkan untuk memaksa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hadir di Dewan Rakyat untuk menjelaskan keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usul itu difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang berkata terdapat maklumat yang bercanggah mengenai sumbangan atau derma berkenaan.

Khalid berkata walaupun Apandi mengisytiharkan dana itu datang dari keluarga diraja Saudi, siasatan dan kes-kes mahkamah di luar negara termasuk di Singapura, menunjukkan bahawa wang berkenaan sebenarnya adalah daripada 1MDB.

"Kita mahu Peguam Negara datang ke Parlimen dan mendedahkan kepada kita fakta-fakta yang bercanggah ini dan tunjukkan kepada kita bahawa keputusan mahkamah Singapura itu adalah semuanya salah," kata Khalid pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Beliau berharap sekiranya Najib tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan, maka beliau tidak akan ada halangan jika Apandi hadir di Parlimen.

Mahkamah Singapura tidak secara khusus menyentuh mengenai sumbangan atau derma RM2.6 bilion itu.

Walau bagaimanapun, dalam sabitan tokoh perbankan Swiss, Jens Fred Sturzenegger dalam siasatan berkaitan 1MDB, mahkamah Singapura mendapati bahawa empat akaun Falcon Private Bank dimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh jutawan Jho Low di bawah alias "Eric Tan Kim Loong".

Dua daripada akaun Falcon yang disebut dalam kes mahkamah itu adalah milik Granton Property Holdings Ltd dan Tanore Finance Corporation.

Dana AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berada dalam akaun bank peribadi Najib dikatakan berasal daripada Tanore Finance.

Pengkritik berkata pendedahan bahawa akaun berkenaan dikawal oleh Low melalui nama alias, membayangkan hubung kait jejak wang langsung antara perdana menteri dan Low.

Bagaimanapun, Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal sumbangan atau derma itu pada awal tahun 2016 dengan berkata bahawa wang tersebut datang dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Apandi juga berkata AS$620 juta daripada jumlah berkenaan telah dikembalikan kepada penderma.

Muhyiddin masih harap kerjasama PAS hadapi PRU14

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih mengharapkan agar PAS dapat bekerjasama dengan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau masih menekankan bahawa pentingnya kerjasama antara partinya dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
 
"Pimpinan parti (komponen) dalam Pakatan Harapan (PH)Bersatu (PPBM) dan termasuk juga PAS bersedia mengenepikan perbezaan sesama kita, dengan meletakkan sasaran kepentingan rakyat mengatasi segalanya," kata Muhyiddin.
 
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Kenduri Bersatu 2017 di Paya Jaras, semalam. 
 
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
  
Pada hari ini, PPBM akan PH akan mengadakan perbincangan berhubung soal pembahagian kerusi dalam menghadapi PRU14 kelak.
 
Perbincangan itu menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, melibatkan empat parti sahaja, iaitu parti-parti dalam komponen PH, dan juga PPBM.
 
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpandangan, dengan adanya perbincangan agihan kerusi PH-PPBM ini, ia mungkin menjejaskan rundingan PAS-PPBM.   

Dua suspek bunuh Jong-nam dituduh esok

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SEPANG: Dua suspek wanita yang disiasat berhubung kes kematian abang pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-nam akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.
 
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah menerima kertas siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru.
 
"Ya, kami telah terima kertas siasatan dan suspek akan didakwa esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Tempoh reman kedua-dua wanita terbabit iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietman, Doan thi Huong, 28, akan berakhir esok.
 
Mereka direman selama 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Jong-nam yang dipercayai dibunuh di KLIA2, 13 Februari lalu. 
 
 

Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dibicara mulai 4 Julai

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh mula bicara kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan isterinya serta seorang bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan.
 
Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar sebutan semula kes itu hari, ini turut menetapkan 4 depan untuk pengurusan kes.
 
Perbicaraan kes dijadualkan sepanjang Julai dan Ogos bermula pada 4 hingga 7 Julai, diikuti 25 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos dan 22 hingga 25 Ogos.
 
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwaraya Husmaruddin Hussin memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil kira-kira 200 saksi sepanjang perbicaraan.
 
Pada 29 Disember lalu, bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan isterinya, Fauziah Piut, 52, serta bekas penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Lim Lam Beng, 63, mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta

Pasca H355: DAP dan sekutunya panik



 
Oleh NASRUDIN HASSAN

1. Sehari dua ini suhu di pentas politik tanah air meningkat tinggi. DAP dan sekutu rapatnya PAN begitu aktif menyerang PAS dan kepimpinannya.

2. Tidak semena-mena mereka melipatganda serangan ke atas PAS.

Bermula kenyataan:

i- kononnya mereka boleh menghimpunkan lebih ramai rakyat berbanding H355 kalau mereka mahu.

ii- PAS bakal berpecah lagi,

iii- Kelantan akan jatuh ke tangan PAN

iv- dan terbaru mereka menganggap PAS hari ini tidak sama dengan PAS zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

3. Secara teliti jika kita perhatikan corak serangan mereka, jelas menggambarkan mereka sedang panik atau gabra berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat khasnya ummat Islam dari pelbagai latar bersama perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia.

4. Membandingkan PAS sekarang di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kononnya jauh berbeza dengan zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu contoh ketara betapa mereka mula panik dan serba tak kena dalam tindakan mereka.

5. Mereka lupa, zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu adalah zaman Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga sebagai Presiden PAS. Beliau menjadi Presiden PAS pada masa itu sehinggalah sekarang.

6. Tiada dasar dan prinsip perjuangan PAS yang berubah kecuali beberapa pendekatan diubahsuai berdasarkan keperluan dan tuntutan semasa.

7. Tahap mental dan kekejangan saraf DAP semakin parah. Mereka panik bila hasrat mereka mahu memecahkan PAS gagal. Meskipun berjaya membuatkan G18 meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru. Nyata DAP tidak yakin malah tidak berjaya menjadikan parti baru itu menggantikan tempat PAS.

8. Lebih menarik, PAS terus membina kekuatan dan saiz pengaruhnya makin melebar dan meluas. Gagasan Sejahtera mula mengembangkan blok ketiga dipersada politik tanah air.

9. Sementara pilihan raya umum semakin hampir, masa mereka kian suntuk lalu mereka mula kelihatan berusaha keras untuk kembali memecahkan keutuhan PAS dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan.

10. Pada masa yang sama, mereka mahu menutup pergolakan rumahtangga mereka yang sedang retak menanti belah dengan melemparkan batu ke arah rumah orang lain. Politik buruk yang sedang dipraktiskan oleh mereka sekarang, mempotretkan wajah mereka yang sebenar. -

MB: Baru sebulan sudah 40,000 daftar Skim Peduli Sihat

OLEH AFIX REDZUAN

peduli-sihat

KAJANG: Skim Peduli Sihat berjaya mendaftarkan hampir 40,000 orang ahli selepas  sebulan dilancarkan sejak 24 Januari lalu.

Prestasi menggalakkan ini menyaksikan pencapaian hampir 80 peratus pendaftaran bagi tiga bulan pertama disebalik sasaran 50,000 ahli berdaftar bagi suku tahun pertama 2017.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sokongan yang ditonjolkan rakyat terhadap skim ini membuktikan selama ini mereka menantikan satu skim kesihatan berkualiti.

“Fakta ini membuktikan bahawa rakyat telah sekian lama menanti untuk mendapatkan rawatan berkualiti seperti ini.

“Dalam tempoh sama lebih 100 ahli aktif Peduli Sihat telah mengunjungi doktor setiap hari dan mendapatkan rawatan kesihatan asas percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Majlis Menyemarak Inisiatif Peludi Rakyat, Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa bagi Daerah Hulu Langat di Stadium Kajang.

Kerajaan Selangor mensasarkan pendaftaran satu juta rakyat bagi skim pelindungan kesihatan asas dengan peruntukkan RM125 juta bagi tahun 2017.

Jumlah itu dianggarkan daripada 250,000 keluarga dalam kumpulan B40 yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dengan pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan.

Dalam majlis sama, Mohamed Azmin menegaskan nasib pelajar di Selangor terus dibela menerusi inisiatif Peduli Siswa.

“Saya ingin menegaskan bahawa inisiatif Peduli Rakyat adalah teras utama pembangunan Negeri Selangor.
“Pembangunan berkualiti adalah teras peduli rakyat. Pembangunan tidak peduli rakyat adalah pembangunan yang tempang.

“Kita perlu menggembleng tenaga dan sumber untuk sama-sama Membangun Bangsa Memakmur Negeri,” katanya.

Peduli Siswa merupakan satu pinjaman boleh ubah tanpa faedah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kepada anak Selangor yang mengikuti kursus di peringkat diploma dan ijazah sarjana dengan peruntukkan RM10 juta.

Tawaran diberikan kepada pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Selangor.

Keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat pembiayaan separa daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain daripada penuntut universiti awam, penuntut swasta juga berpeluang untuk memohon.=EZY=

Isnin, 27 Februari 2017

NAJIB BENAR2 SUDAH TERDESAK

shahbudindotcom


Siapa pun yang membaca kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak, perlaksanaan BR1M serta GST dan percubaan membandingkannya dengan Arab Saudi, dapat merasakan beliau dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat sempena lawatan Raja Salman ke negara ini.

Membandingkan dengan Arab Saudi dalam beberapa perkara ketika Raja Salman berada di sini memperlihatkan Najib dalam kesempitan dalam mengambil kesempatan sehingga perbandingan yang dibuatnya kelihatan tidak kena sama sekali.

Kalau pun mahu membuat perbandingan, Najib sepatutnya membandingkan epal dengan epal juga dan bukan menyamakan pisang dengan kurma. 
 
 
 
 
Mungkin sebagai satu petanda bahawa harga minyak akan naik lagi pada 1 Mac ini, Najib mengkritik mereka yang bising-bising dengan kenaikan petrol sebanyak 10 sen atau 20 sen, sedangkan kata beliau, di Arab Saudi kenaikannya adalah 50 peratus.

Sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini, kali terakhir Arab Saudi menaikkan harga minyak ialah pada Disember 2015 iaitu Ron91 sebanyak 20 sen daripada 0.45 riyal kepada 0.65 riyal, manakala Ron95 daripada 0.60 riyal kepada 0.90 riyal.

Berapa harga semasa minyak di Malaysia meskipun kenaikannya cuma 10 sen atau 20 sen?

Berapa pula harga kenderaan di Arab Saudi jika dibandingkan dengan Malaysia?

Maka, adil dan tepatkah perbandingan harga minyak antara Malaysia dengan Arab Saudi yang dibuat Najib itu?

Selain itu, Najib juga mendakwa Arab Saudi turut merancang untuk menyalurkan bantuan wang tunai mirip BR1M kepada rakyatnya, di samping akan memperkenalkan GST.

Sekali lagi, Najib tersilap dan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat dalam membuat perbandingan sehingga terlupa bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, sedangkan Arab Saudi sebuah negara monarki.

Di Arab Saudi, oleh kerana ia pemerintahan monarki dan tiada pilihanraya umum, bantuan yang dihulurkan adalah semata-mata untuk membantu rakyat yang kesusahan dan bukan untuk mendapatkan populariti.

Bantuan yang mereka berikan tiada elemen politik kepartian, tidak disalurkan melalui pejabat parti dan tidak juga digembar-gemburkan berulangkali di televisyen seolah-olah idea yang cukup luar biasa.
 
 
 
 
Dari segi GST pula, sedarkah Najib bahawa di Arab Saudi, rakyat mereka tidak dibebankan dengan banyak cukai seperti di negara kita ini?

Berapa pula pendapatan per kapita dan gaji asas kakitangan awam di Arab Saudi?

Oleh itu, dapat difahami bahawa jika GST dilaksanakan di Arab Saudi ia adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan bagi kepentingan rakyatnya yang sudah diberi banyak keselesaaan selama ini dan berbeza dengan di Malaysia di mana GST lebih bertujuan mendapatkan wang semata-mata sambil menutup kegagalan Najib dari segi memajukan ekonomi negara.

Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad, disebabkan gigih memajukan ekonomi dan berjaya menarik banyak pelaburan asing, beliau tidak memerlukan GST yang menyusahkan rakyat untuk mendapatkan wang bagi negara.

Lantaran terdesak itulah agaknya sampai Setiausaha Akhbar Najib sendiri, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk kesekian kalinya terpaksa membuat kenyataan bagi pihak dirinya sendiri untuk menyerang Tun Mahathir.

Biasanya seorang Setiausaha Akhbar hanya mendraf kenyataan akhbar untuk ditandatangani oleh bossnya saja, bukan beliau yang bertindak menyerang musuh majikannya. 

Apalah sangat level seorang Setiausaha Akhbar yang cuma makan gaji jika dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri?

Apakah sudah tiada menteri, timbalan menteri atau pemimpin UMNO  lain yang sudi bersuara, maka sekarang ini Setiausaha Akhbar juga sudah mahu masuk gelanggang politik?

Adakah dari sudut lain, ini bermakna Setiausaha Akhbar tersebut sedang mempromosi dirinya dengan harapan agar diberi peluang bertanding dalam PRU 14 akan datang?


Agihan kerusi PRU14: HARAPAN bincang dengan BERSATU esok


Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bermesyuarat esok mengenai agihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke-14, kata Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Lumpur pada tengah hari.

"Kami telah berbincang (mengenai agihan kerusi) sebelum ini, tetapi ini kali pertama kami akan memperincikannya," jelasnya kepada Malaysiakini.

Parti sekutu dalam HARAPAN iaitu PKR, DAP dan AMANAH serta BERSATU akan menyenaraikan kerusi yang mahu ditandingi esok, kata Loke.

Menurut beliau, belum ada persefahaman antara mereka untuk 'meminggirkan' dari kerusi yang dimenangi atau ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas.

"PAS tidak ada kena mengena dengan kami, jadi kami tidak mempunyai apa-apa persefahaman, (kami akan) tidak memperuntukkan kerusi untuk mereka," kata beliau yang juga ahli Parlimen Seremban.

PAS bertanding 73 daripada 222 kerusi Parlimen dan 236 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya lepas. Parti Islam itu memenangi 21 kerusi Parlimen tetapi tujuh ahli Parlimennya keluar parti berikutan pembentukan AMANAH.

Kata Loke, DAP dan PKR tidak akan mempunyai masalah besar semasa rundingan kerana kedua-dua parti akan berusaha untuk mengekalkan kerusi semasanya

Dana RM90j: Tuduhan Husam tak masuk akal, kata PAS

MALAYSIAKINI



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Husam Musa berhubung parti itu menerima dana RM90 juta dari Umno sebagai tidak logik.

Ia tidak logik kerana gambar cek RM90 juta itu yang berlegar-legar di internet sejak tahun 2012 tidak mempunyai tandatangan yang menjadi salah satu syarat wajib untuk mana-mana bank menerimanya, jelas beliau.

"Bagaimana cek yang tidak ditanda tangani boleh digunakan untuk memasukkan duit ke dalam mana-mana akaun, tak masuk akal.

"Bodoh benarlah kalau ada bank yang mahu cek yang tidak ditanda tangani," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu baru-baru ini.

Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Mengulas lanjut, Mohd Amar turut menzahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pimpinan PKR yang percaya dengan dakwaan tersebut sedangkan PAS tidak mempercayai dua sabitan kes mahkamah yang dilemparkan terhadap bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kes liwat babitkan Anwar dua kali disabitkan di mahkamah tetapi PAS tak percaya, tiba-tiba PKR boleh percaya PAS ambil duit RM90 juta tanpa ada bukti," katanya lagi.


Arab Saudi tambah jumlah biasiswa pelajar Malaysia tahun depan

 Bernama

Keputusan menambah jumlah biasiswa adalah berdasarkan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi akan meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan.

Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu.

Menurutnya, keputusan menambah jumlah biasiswa adalah berdasarkan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas.

“Hanya terdapat 100 biasiswa untuk pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian di Universiti Islam Imam Mohamed bin Saud di Riyadh, tahun lepas.

“Kami ada banyak lagi universiti di Arab Saudi dan akan menawarkan lebih banyak biasiswa untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti-universiti lain,” katanya kepada pemberita pada majlis suai kenal antara media Malaysia dan Arab Saudi di sini, malam tadi.

Katanya, kecuali jurusan perubatan, biasiswa tersebut meliputi pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) untuk semua jurusan lain.

Selain pembiayaan kos pengajian, penerima biasiswa itu bagi calon sarjana muda diberi SAR1,700 (RM2,014) semasa tiba di negara itu dan SAR1,800 (RM2,133) untuk calon siswazah.

Penerima biasiswa itu akan menerima elaun bulanan, perumahan percuma, insurans perubatan dan kemungkinan visa untuk ahli keluarga pelajar cemerlang.

Majlis anjuran pejabat pewakilan kebudayaan Arab Saudi itu, diadakan sempena lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud selama empat hari ke Malaysia, yang bermula semalam.

Sementara itu, Profesor Dr Saad Ali dari Universiti Ummul Qura’ di Makkah,  berkata hubungan bilateral antara Malaysia dan Arab Saudi dalam bidang pendidikan berkembang pesat dengan lebih banyak Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai.

Menurutnya, kini terdapat lebih 1,500 pelajar Arab Saudi sedang melanjutkan pengajian di Malaysia, sambil menyatakan suasana persekitaran sama antara kedua-dua negara itu merupakan antara faktor yang menarik pelajar negara itu ke Malaysia.-Bernama

Ahmad, Muhammad mahu ucap terima kasih kepada Raja Salman

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pasangan kembar Siam yang pernah menjadi tumpuan satu ketika dulu, Ahmad dan Muhammad Rosli, bertuah kerana terpilih menyambut kunjungan delegasi Arab Saudi ke Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di sini, hari ini. 
 
Sungguhpun hasrat untuk bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mungkin tidak dapat direalisasikan, namun pasangan kembar itu cukup gembira atas kunjungan delegasi negara berkenaan. 
 
"Kami gembira dan pada masa sama terkejut kerana dimaklumkan oleh pensyarah supaya bersedia untuk menerima kunjungan delegasi Arab Saudi ke universiti hari ini," kata mereka dipetik mStar Online. 
 
Difahamkan MSU menerima kunjungan lapan delegasi Arab Saudi pada tengah hari ini untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi antara kedua-dua negara.
 
Ketika ditanya oleh delegasi Arab Saudi itu mengenai pesanan kepada Raja Salman, Ahmad berkata, mereka mahu bertemu dengan Raja Arab Saudi tersebut selain teruja dengan kehadiran beliau ke Malaysia.
 
Ahmad berkata, mereka mahu bertemu dengan Raja Salman kerana ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan Arab Saudi yang berjaya memisahkan mereka 15 tahun lalu.
 
"Kami pernah berjumpa dengan Raja Abdullah sebelum ini namun jika diberi peluang bertemu Raja Salman, kami mahu ucap terima kasih sekali lagi," kata Ahmad.
 
Ahmad dan Muhammad, sebelum ini mendapat perhatian ekoran dilahirkan dengan satu badan, serta berkongsi hati dan dubur, selain mempunyai tiga kaki.
 
Kedua-duanya berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada September 2002, atas biaya Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu, Putera Abdullah Abdul Aziz iaitu abang Raja Salman.
 
 

Agihan kerusi PH-PPBM tak lancar tanpa PAS, kata penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemerhati politik membayangkan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan berjalan lancar dengan ketiadaan PAS.
 
Menurut Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali, malah akan timbul kerumitan sekiranya PAS ingin menyertai agihan kerusi sesama pakatan pembangkang selepas perbincangan yang akan dibuat esok. 
 
"Kalau dah agihkan kerusi (PH-PPBM) dan PAS sertai selepas tu, jadi akan timbul masalah. Kalau dah diagih begitu rupa dan dimeterai perjanjian macam tu dan masuk lagi parti baru mungkin mereka bermasalah sebab macam mana nak agihkan semula? 
 
"(Perjanjian) Sebelum ni mungkin dah janji PH berapa (kerusi) dan Bersatu (PPBM) berapa, kemudian masuk sebuah parti lain jadi sudah tentulah ada di kalangan ahli parti itu samada bersetuju atau tak. Tetapi mereka kena setujulah, jadi ini merumitkan lagi," katanya kepada Antarapos.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa PH dan PPBM akan membincangkan soal pengagihan kerusi di antara gabungan itu esok.
 
Perbincangan agihan kerusi itu tidak menyebut tentang PAS, sekaligus berkemungkinan parti itu tidak akan turut serta. 
 
Untuk rekod, PH dan PPBM menandatangani perjanjian kerjasama politik pada 13 Disember lepas, yang bertujuan meletakkan satu calon mewakili gandingan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
 
Tambah Fuad lagi, langkah agihan kerusi ini mungkin diambil pakatan pembangkang kerana mengambil kira tempoh pilihan raya yang semakin hampir.
 
"Saya rasa perbincangan ini dibuat kerana masa pilihan raya tu bakal menjelma jadi sudah tentu mereka nak memastikan sekurang-kurangnya empat parti ini duduk bersama dan menggagihkan kerusi mereka," katanya.
 
Mengulas mengenai kerjasama PPBM dengan PAS, Fuad berkata dengan adanya perbincangan agihan kerusi PH-PPBM ini ia mungkin menjejaskan rundingan PAS-PPBM. 
 
"Prinsip PAS kalau kita lihat mereka tak akan bersama BERSATU (PPBM) sekiranya DAP, Amanah bersama mereka. Jika mereka dah putuskan untuk agih kerusi, Amanah, DAP, PKR maka BERSATU (PPBM) seolah-olah telah bersama dengan PH. Jadi sudah tentu ini lebih merumitkan perbincangan antara PAS-BERSATU (PPBM)," ujar beliau.