Isnin, 16 Januari 2017

Mahathir perlu selesai isu Amanah terlebih dahulu


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan ‘membuat kacau’ dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi adalah Amanah dan bukannya Pas.

“Mahathir sepatutnya kena selesai isu Amanah (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).

“Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya Pas, tetapi daripada Amanah sendiri,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khianat rakyat jika letak calon sendiri lawan BN]

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.

“Kami tetap di pihak pembangkang, maka Pas perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.

“Amanah pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas, jadi pengkhianat bukan dari Pas,” katanya lagi.

Tiada ulasan: