Ahad, 22 Januari 2017

Ikat kanak-kanak di taska: Empat wanita disambung reman sehingga Selasa

ISMA WEB
 

KUALA LUMPUR, Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata pemilik taska dan tiga pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan. 

“Tempoh reman mereka tamat hari ini dan polis sambung tempoh reman sehingga Selasa bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.

Pemeriksaan di hospital bagaimanapun mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.- Bernama


Tiada ulasan: