Ahad, 22 Januari 2017

Formula 4319 Selangor Tolak PAS




tular

KUALA LUMPUR – Jika benar dokumen Formula 4319 Selangor nampak sangat kerajaan negeri yang diperintah PKR mahu ‘menghapuskan’ Pas sebelum pilihan raya umum.


Dokumen yang menjadi tular di media sosial hari ini kononnya senarai nama yang disediakan oleh Rafizi Ramli untuk calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Selangor.

Dokumen bertarikh 23 November itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut sumber, nampak sangat PH sejak dahulu lagi ‘tolak’ Pas dalam senarai walaupun ketika itu PPBM masih berhasrat bekerjasama dengan Pas untuk konsep ‘satu lawan satu’ dengan BN.

Awal-awal lagi kerusi yang dahulu milik Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM.

Berdasarkan dokumen itu, 22 kerusi parlimen diagihkan kepada PKR (10); PPBM (4); DAP (4) dan PAN (4).

Walaupun ia bukan rasmi namun ia sekaligus membenarkan kenyataan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu baru-baru ini mendedahkan kajian INVOKE yang Pas akan lenyap selepas PRU-14.

Nampaknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR terpaksa akur dalam gerakan PH untuk ‘mengeluarkan’ Pas dari negeri itu walaupun kini mereka masih bersama membentuk exco kerajaan negeri yang diwarisi semasa Pas menyertai Pakatan Rakyat lalu.-MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Tiada ulasan: