Rabu, 18 Januari 2017

DULU SIBUK MEMBELI, SEKARANG SIBUK MENJUAL....

shahbudindotcom


Ketika Felda dipengerusikan oleh Isa Samad, agensi itu sibuk membeli banyak hotel serta hartanah di dalam dan luar negara. Di London saja, Felda membeli dua hotel ketika era Isa Samad. 

Dengan bangganya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah mengumumkan bahawa Felda sudah memiliki 12 hartanah di dalam dan luar negara.
 
 
 
 
Tumpang seronoklah para peneroka dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut menandakan kejayaan mereka, di samping mampu menambah pendapatan Felda, meskipun mustahil bagi peneroka di Jempol atau Pengerang misalnya, untuk menjejakkan kaki hingga ke London sama.

Tetapi, sebaik saja tempat Isa Samad di Felda digantikan dengan Shahrir Samad, beliau kini sibuk pula mahu menjual hotel dan hartanah tersebut.
 
 
 
 
Tidak saja hotel di London, bahkan Shahrir memberitahu, lebih banyak aset dan hartanah Felda akan dijual pada tahun ini.

Alasannya, Felda mahu mengukuhkan aliran tunai, selain aset-aset tersebut tidak dikatakan memberi pulangan yang baik.
 
 
 
 
Selain itu, tambah Shahrir lagi, aset-aset di luar negara itu tidak mempunyai "nilai sentimental"  kepada rakyat negara ini.

Kalau tidak memberi pulangan yang baik, tujuan membeli dulu atas sebab apa?

Pokoknya, antara dua anak "Pak Samad"  ini, yang dulu sibuk membeli, yang mengganti sibuk menjual.
 
 
 
 
Kata orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?

Peneroka juga yang melopong akhirnya..


Tiada ulasan: