Rabu, 18 Oktober 2017

Kes Pengubahan Wang Haram Shafie Bersama Zahida Turut Dibuka ?

 
 


Captain M – 1. Penyelewengan dana KKLW RM1.5 juta oleh Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW akhirnya membawa kepada tangkapan reman kepada Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Mohd Azis Jamman Ketua Wira Warisan, Hj Hamid Apdal (adik Shafie), Manzur Hussien (menantu Hamid), bekas pegawai menteri, taukeh Sinkong Contructions Sdn dan Hartaty Rahmat bekas TSUB KKLW.

2. Seorang lagi Adun bernama Datuk Jasa Raudah telah dipanggil memberi keterangan dan dijangka Adik Shafie Yusof Apdal juga bakal dipanggil. Namun dalam keadaan sekarang rasanya Dato’ Seri Shafie Apdal mungkin akan dipanggil lebih awal. Penangkapan Shafie Apdal adalah amat penting untuk menyelesaikan kes penyelewengan dana ini. Salah atau tidak Shafie Apdal perlu menyarung jersi ‘lokap SPRM’.

3. Kes penyelewengan dana dan komisen rasuah Shafie Apdal ini pastinya berakhir dengan penangkapan Shafie. Bagi para macai pembangkang yang sedang bermain isu untuk memburukkan Ketua Pesuruhjaya SPRM eloklah berhenti. Ia tak mungkin menghentikan siasatan serta tangkapan sekalipun mereka dibayar taikun cina dan taukeh judi.

Shafie Apdal, Zahida Rafik dan Pengubahan Wang Haram

4. Para macai Warisan di Sabah misalnya jangan lupa Kes Shafie Apdal dengan Skandalnya Zahida Rafik seorang artis dengan pengubahan wang haram masih belum ditutup oleh SPRM. Ia bukan skandal biasa tetapi bersama pengubahan wang haram. Kronologi kisah Zahida Rafik dan Shafie Apdal telah didedahkan oleh Captain M sebelum ini. Tiga artikel yang boleh dirujuk iaitu;

i. “MENANG RM200RIBU, ZAHIDA RAFIK BUKTIKAN SHAFIE APDAL BERI DANA HARAM? SPRM DAN LHDN WAJAR SIASAT

ii. WANG HARAM ZAHIDA RAFIK BAKAL DISIASAT SEMULA? KUNCI RASUAH SHAFIE APDAL BAKAL TERDEDAH LAGI?

iii. GEMPAR PEMANDU KESAYANGAN SHAFIE MENGAKU: WANG ZAHIDA RAFIK YANG LESAP HASIL PROJEK KKLW! ZAHIDA KALAH KES SAMAN MALU RM150,000

5. Kemenangan Zahida Mohamed Rafik di mahkamah Rayuan pada 16 Mei 2017 melawan pemandu peribadinya Noor Azman Azemi berhubung kes kecurian duit haram RM 200,000 hanya mengesahkan bahawa memang benar Zahida Rafik selama ini diberi wang oleh Shafie Apdal setiap kali berjumpa di mana-mana hotel.

6. Ia jelas didedahkan Noor Azman Azemi dan Zuraida pada 18 April 2012 mengenai penyata bank peribadi bukan hanya setakat duit RM 200,00 tetapi transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal kepada Zahida Rafik.

Transaksi itu ialah pada ;

Oktober 2011 – RM36,000 dan RM26,000
November 2011- RM118,000
Disember 2011- RM333,000
Januari 2012 – RM510,000

7. Jadi sangat sombong sangat. Kita mahu SPRM buka kes pengubahan wang haram ini. Panggil Zahida Rafik dan Shafie Apdal. Siasatan terhadap Noor Azman Azemi pada Februari 2013 dibawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA 2001) wajar diteruskan semula oleh SPRM.

8. Adalah wajar juga SPRM membuka kes Ops Gopi (Judi Melaka) yang tertangguh, begitu juga kes Selangor (Unisel & tanah Ijok-EcoWorld malah mempercepatkan kes Terowong Pulau Pinang

Amanah Kelantan didakwa perlu kosongkan Wisma Tok Guru


ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Amanah Kelantan didakwa perlu mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor selepas menerima notis daripada kerajaan PAS Kelantan.
 
Bangunan tersebut pada masa ini menempatkan pejabat Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang juga merupakan ADUN Salor.
 
Bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Pendek, Salor itu didirikan di atas tanah milik balu kepada bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim.
 
Ahmad Rosli yang meninggal dunia pada 27 Julai lalu merupakan bekas Setiausaha Umno Kelantan dan pernah bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah melalui Semangat 46.
 
Memetik laporan Malaysiakini, sumber parti itu yang rapat dengan Husam memaklumkan arahan mengosongkan bangunan berkenaan adalah sahih namun memberitahu Husam akan menjawab perkara itu kelak.
 
Wisma Tok Guru pada sebelum ini pernah ditimbulkan beberapa kali oleh kerajaan negeri, menerusi Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurruddin Daud yang mengatakan tapak bangunan itu adalah milik kerajaan.
 
Pertikaian berlanjutan apabila Nassurruddin mempersoal mengapa Husam mahu menggunakan kemudahan bangunan itu meskipun sudah meninggalkan PAS.
 
Ahmad Rosli kemudiannya memberitahu tanah yang dinamakan atas isterinya itu telah diberikan kebenaran kepada Husam untuk menggunakannya dan tidak pernah mewakafkan tanah itu kepada kerajaan negeri Kelantan.
 
 

Seorang lagi adik Shafie Apdal direman 4 hari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Adik kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang juga ADUN Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal hari ini ditahan reman empat hari.
 
Beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu semalam, bagi membantu siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di negeri itu antara tahun 2009 hingga 2015 bernilai kira-kira RM1.5 bilion.
 
Majistret Stephanie Sherrin Abbie meluluskan permohonan reman terhadap Mohammad Yusof yang kini disiasat bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
 
Mohammad Yusof diwakili peguam Edward Paul.
 
Beliau merupakan adik kedua Shafie yang direman berhubung siasatan tersebut, selepas Hamid Apdal dikenakan reman lima hari 11 Oktober lalu, disusuli menantu Hamid lima hari kemudian.
 
Setakat ini SPRM sudah menyoal siasat lebih 45 orang berhubung isu berkenaan.
 
Shafie menjadi menteri kemajuan luar bandar dan wilayah bermula 2008 digugurkan daripada kabinet pada 2015 kerana mempertikaikan cara Najib menguruskan skandal 1MDB.
 
Beliau kemudian meninggalkan Umno pada 2016 dan menubuhkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).
 
 

Anggun mengaku tidak bersalah tipu duit bina rumah

THE MALAYSIAN TIMES
 


KANGAR: Seorang ahli perniagaan Siti Nurbaiyah Yahya atau ‘Anggun’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menipu seorang individu, berhubung pembinaan sebuah rumah bernilai RM30,000 dua tahun lepas.

Anggun, 42, seorang daripada beberapa individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah banglo oleh DBI Properties (DBI) dan Juta Kelulut Global Resources membabitkan kerugian mencecah RM6.8 juta, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Ibu tunggal itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Lorong Gonchar 2, Jalan Datuk Ali di sini, pukul 5 petang pada 23 Dis 2015.

Mengikut pertuduhan, Anggun didakwa memperdayakan mangsa lelaki berusia 51 tahun untuk menyerahkan RM30,000 kononnya sebagai kos pembinaan sebuah rumah di atas tapak tanah sendiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Lokman Hakim.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM30,000, bagaimanapun Mohd Azhar membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Azhar juga menetapkan kes disebut semula pada 23 Nov.— BERNAMA

Permainan tekan dada diharam di sekolah

THE MALAYSIAN TIMES
 


BANGI: Permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan.

“Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain pass out challenge dengan bergilir-gilir menekan dada rakan-rakan mereka.

Mahdzir berkata kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Sementara itu beliau berkata kementerian sedia menimbang saranan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama) supaya guru kaunseling atau kaunselor turut diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 350 orang.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 jurukaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah di seluruh negara dengan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

“Setakat ini peranan mereka amat berkesan dalam membantu sekolah berdepan isu murid bermasalah dan untuk itu kita sedia mengambil maklum saranan yang dibuat Perkama,” katanya dan menambah ketika ini kaunselor hanya ditempatkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid melebihi 350 orang.

Berhubung peranan kementerian ke atas pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah, Mahdzir berkata secara prosedur operasi standard, pelajar tersebut bukan lagi di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Sebelum pelajar dibuang sekolah, pelajar tersebut telah diberikan pelbagai peluang untuk berubah, melalui sesi kaunseling dan jika pelajar masih ditahap sama, buang sekolah adalah pilihan terakhir yang diambil,” katanya.–Bernama

Kalimah Allah: SIB gagal dapat dokumen keputusan Kabinet

THE MALAYSIAN TIMES

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan presidennya bagi mendapatkan dokumen berhubung keputusan Kabinet pada 1986 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam selepas memutuskan dokumen itu adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Annou Xavier, yang mewakili SIB dan presidennya, Datuk Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan.

“Dokumen itu diklasifikasi di bawah OSA dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum,” kata Annou ketika ditemui pemberita selepas mahkamah menetapkan 1 Nov untuk pengurusan kes.

Shamsul juga memaklumkan bahawa mahkamah memutuskan dokumen itu adalah di bawah OSA.

“ Mahkamah memberitahu bahawa ia tidak dalam kedudukan untuk meminta kami mendedahkan dokumen itu kecuali hanya mereka yang menentukan status rahsia boleh mengubah status itu
“ Mahkamah berpendapat penemuan dokumen itu dalam semakan kehakiman tidak perlu…oleh itu kita boleh meneruskan dengan bukti diberi serta dokumen yang dikemukakan,” kata Shamsul.

Dokumen itu dipohon Dusing dan SIB, selaku plaintif, dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 10 Dis 2007 terhadap KDN dan kerajaan berhubung haknya untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Kedua-dua plaintif memfailkan permohonan itu untuk mencabar keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku agama mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Ia bagi memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dalam Bible Kristian, dan semua penerbitan dan bahan keagamaan lain.– Bernama

Mahkamah Kuantan tolak permohonan reman ke atas Boy Iman

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman ke atas pelakon Datuk Noruliman A.Rahman atau Boy Iman dan dua lagi individu yang ditahan berhubung kes penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta, menurut peguam mereka Faizul Mohd Nasir.

Beliau berkata Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menerima alasan beliau bahawa anak guamnya telah direman di beberapa mahkamah sejak ditahan pada 2 Okt lalu.

“Tempoh itu sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan dan tiada keperluan lagi untuk menahan reman anak guam saya selama empat hari seperti yang diminta hari ini kerana siasatan melibatkan kes yang sama, cuma mangsa yang berbeza.

“Jadi tiada keperluan untuk polis terus menahan anak guam saya kerana semua mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya semasa ditemui pemberita di sin, hari ini.

Faizul juga berharap Noruliman, 37, yang juga Pengarah Urusan DBI Properties dan dua lagi suspek yang merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berusia 30 dan 45 tahun itu benar-benar dibebaskan hari ini, berdasarkan keputusan terkini mahkamah.

Katanya ini ekoran penahanan semula semua anak guamnya pada hari sama Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang menolak permohonan reman yang dikemukakan polis pada 15 Okt lalu.

“Anak guam saya sudah terlalu lama dibawa ke sana ke sini. Beliau sendiri amat berharap dapat dibebaskan hari ini kerana sudah lama tidak bertemu keluarga. Saya harap polis dapat mempertimbangkan perkara ini.

“Kejadian terkini di Pulau Pinang menyebabkan anak guam saya bimbang jika ditahan semula menyebabkan beliau meminta saya untuk berada di sini sehingga petang ini,” katanya.

Noruliman ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor; Muar, Johor; Sungai Petani dan Kubang Pasu di Kedah serta Kangar, Perlis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan menipu.

Sebelum ini, polis menerima sebanyak 210 laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat termasuk DBI Properties yang diidakwa menawarkan harga rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih rumah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.–Bernama

Jenazah Shyzlin selamat dikebumikan di Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarham Shyzlin Hathaman, 43, yang menjadi mangsa keldai dadah di Peru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di Johor Baru kira-kira  9.30 malam tadi.
 
Jenazah tiba di kampung halamannya semalam pada jam 2.30 petang yang mana penghantarannya diuruskan oleh pelbagai termasuk Biro Kebajikan Umno Malaysia (BIKUM).
 
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tun Hussien Onn, Larkin pada pukul 8.15 malam dan dikebumikan bersebelahan pusara sepupunya Norabdah Mahmood, 47, yang meninggal 23 September lalu.
 
Shyzlin merupakan mangsa keldai dadah yang dipenjara dan terkandas di Lima, Peru selama lapan tahun.
 
Beliau meninggal dunia pada 7 Oktober lalu selepas menghidap beberapa penyakit seperti asma dan kencing manis.
 
 

Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok

ANTARAPOS

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dipanggil oleh panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan tiga aktivis lain esok.
 
Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai, berkata Khalid sudah dimaklumkan mengenai surat itu minggu lalu.
 
"Kami telah menghantar surat itu, dan diberitahu dia menerimanya. Kami juga memanggil seorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
 
"Sama ada mereka datang atau tidak, kita tidak tahu. Kesemua saksi adalah penting dan kami hanya tertarik untuk mengetahui kebenaran," katanya dipetik The Malaysian Insight.
 
Lebih 15 individu sudah dipanggil dan suruhanjaya menemubual 35 orang, termasuk ahli keluarga empat yang hilang, polis dan pihak tertentu.
 
Suhakam sudah memanggil beberapa saksi mengikut peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), yang memberi kuasa kepadanya untuk menyoal saksi-saksi dalam kes yang disyaki melanggar hak asasi manusia.
 
Suruhanjaya juga boleh bertindak terhadap mereka yang gagal hadir selepas dipanggil di bawah Seksyen 174 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga sebulan dan denda tidak melebihi RM1,000, atau kedua-duanya.
 
Suhakam akan mengadakan siasatan awam mengenai kehilangan Koh, dan aktivis sosial Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi dan isteri, Ruth, bermula esok.
 
Koh, 62, hilang selepas diculik oleh sekumpulan lelaki pada 13 Februari manakala Amri, 44, dilaporkan hilang sejak tahun lepas.
 
Joshua dan isterinya kali terakhir dilihat oleh rakan-rakan pada November tahun lepas sebelum hilang tanpa sebarang kesan.
 
Siasatan itu akan dipengerusikan oleh Mah bersama Pesuruhjaya Dr Aishah Bidin yang juga profesor undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pesuruhjaya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, seorang profesor undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia.
 
Mah berkata siasatan awam adalah untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku kepada empat individu yang hilang.
 
"Kami telah mendengar pelbagai maklumat dalam media, apa yang dikatakan oleh keluarga dan apa yang dikatakan Khalid. Oleh itu, kami ingin memberi peluang kepada semua orang untuk datang dan memberitahu kami dengan tepat apa yang telah berlaku.
 
"Kami juga ingin bertanya sama ada siasatan polis mencukupi."
 
Beliau berkata Suhakam ingin menentukan sama ada ia adalah kes enforced disappearance, istilah menggambarkan penculikan yang mempunyai penglibatan pihak berkuasa.
 
"Sama ada ia melanggar undang-undang jenayah atau sivil dan hak asasi manusia. Ia mungkin tidak bersifat jenayah, tetapi disebabkan kecuaian.
 
"Sebagai contoh, bukti ada tetapi terlepas pandang atau tindakan tidak diambil dengan cepat. Justeru, kita perlu mengenal pasti orang atau agensi yang terlibat."
 
Mah berkata peguam mewakili keluarga Koh, Majlis Peguam dan polis akan berada dalam panel sebagai pemerhati.
 
"Jika mereka mahu bertanya, mereka perlu meminta kebenaran daripada panel. Kemudian kami akan membenarkan mereka bertanya soalan kepada saksi dan ia perlu relevan dengan isu ini. "
 
Beliau berkata dua penolong pegawai Suhakam akan menyoal saksi.
 
Mah berkata selepas siasatan itu, Suhakam akan menyediakan laporan dan mengemukakannya kepada pihak berkuasa.
 
"Laporan itu akan mengandungi penemuan siasatan dan cadangan. Ia juga akan menjadi sebahagian daripada rekod kami dan akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada laporan tahunan kami ke Parlimen," katanya.
 
Siasatan itu dijangka berakhir pada 17 November.
 
 

Selasa, 17 Oktober 2017

Persatuan Bugis buat laporan polis terhadap kenyataan Tun M

MALAYSIA GAZETTE

Tun Mahathir dalam ucapannya Sabtu lalu, menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis, yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tempat asalnya.


Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU – Susulan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai masyarakat Bugis semasa berucap pada Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, Sabtu lalu, tiga laporan polis sudah dibuat.

Persatuan Bugis Johor telah membuat satu laporan polis di Batu Pahat pada 3 petang semalam manakala dua laporan lagi masing-masing oleh Persatuan Bugis Kota Tinggi dan Persatuan Bugis Benut dibuat di balai berasingan hari ini.

Dianggarkan terdapat kira-kira 7,000 ahli Persatuan Bugis Johor merangkumi tujuh cawangan iaitu di Pontian, Benut, Kota Tinggi, Batu Pahat, Johor Bahru, Simpang Renggam dan Pasir Gudang di negeri ini.

Tun Mahathir dalam ucapannya Sabtu lalu, menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis, yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tempat asalnya.

Kenyataan bekas perdana menteri itu ternyata mengguris hati masyarakat Bugis sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati.

Setiausaha Agung Persatuan Bugis Johor, Md Sah Daeng Matatah menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara tersebut akan meningkat kerana difahamkan ramai masyarakat Bugis tidak tidak puas hati dengan kenyataan Tun Mahathir.

“Beliau tidak sewajarnya bercakap begitu jika tidak pasti dengan faktanya. Orang Bugis di negara ini bukan sahaja duduk di Johor tetapi juga di negeri lain di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

3 penjuru bukan tradisi parti, kata PAS


PERTANDINGAN tiga penjuru bukanlah tradisi PAS tetapi dimulakan pihak lain, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Katanya, PAS sentiasa menumpukan kepada pertandingan berdepan dan bukannya tiga penjuru pada pilihan raya.

“Kita tak pernah mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru. Pihak lain yang mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Pada ucapannya di majlis minum petang jana dana jentera pilihan raya PAS Selangor, Sallehen berkata mereka yang meninggalkan parti dan membentuk parti baru pernah mengatakan 80% ahli PAS akan mengikuti mereka tetapi hanya 1% orang Melayu menyokong mereka.

Parti serpihan PAS adalah Amanah yang kini menyertai Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP, PKR dan Bersatu.

Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding di 42 kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau juga meminta ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan laporan yang PAS mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru.

Katanya, laporan itu tidak lebih daripada sekadar hiburan.

“Kerja kita adalah menyakinkan rakyat Selangor yang kita boleh uruskan negeri ini dengan baik,” katanya.

Sallehen berkata mereka yang gemar menganggu kestabilan politik negeri masih berkuasa.
“Di Selangor kita tak ada pilihan. Jika rakyat pilih Pakatan Harapan yang sebenarnya adalah Pakatan DAP.

“Jika mereka menang, tiada kestabilan politik. Kita dah ada pengalaman,” katanya.

Tambahnya lagi, masih ada pihak yang aktif menggunakan modus operandi sama, menuduh dan memfitnah dengan niat menjatuhkan pemimpin.

Sekiranya mereka berjaya berkuasa, rakyat Selangor akan merasai ketidakstabilan politik, katanya.
“Mungkin akan ada perubahan MB setiap bulan. Atau mungkin dua kali setahun aka nada pilihan raya kecil untuk kerusi negeri bukan disebabkan kematian tapi kerana peletakan jawatan.

“Jika diberikan kepada Barisan Nasional, kita akan kembali macam dulu,” katanya.

Beliau juga secara berseloroh meluahkan kebimbangan yang sekiranya Selangor jatuh kepada Umno/Bn, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan menjadi tempat jual ikan atau pecahkan botol arak atau tempat menghantar keranda.

Pada ucapan itu juga, Sallehen mengambil kesempatan menjawab dakwaan yang parti itu menerima RM90 juta.

“Jika itu benar yang kami terima duit, kita tak perlu anjurkan majlis minum petang untuk kutip dana hari ini,” katanya.

Majlis jana dana 40 meja berhasil meraih hampir RM100,000 dan beberapa gambar berharga termasuk gambar Allahyarham Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat juga dilelong.

Ditanya mengenai kedatangan pada perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” semalam, Sallehen berkata dia tidak tahu mengapa PH gagal mencapai sasaran walaupun diadakan di negeri yang menjadi pusat PH dan mempunyai akses jalan dan maklumat yang baik.

“Kita buat Fastaqim (bulan lepas) jauh dari KL dan jalan masuk tak berapa baik tetapi kami tak bayar orang datang. Kami guna media sosial untuk umumkan dan kehadiran menakjubkan.

“Mungkin itu tanda penerimaan rakyat kepada PAS dan PH,” katanya.

Katanya, perhimpunan PH yang dianjurkan empat parti sepatutnya menarik lebih ramai khalayak.
“Jika PAS satu parti saya boleh tarik 200,000 orang, perhimpunan semalam patutnya sejuta atau sekurang-kurangnya 500,000.

“Mungkin itu tanda awal sokongan rakyat kepada PH,” katanya.

Perhimpunan PH di Padang Timur pada Sabtu menyaksikan kehadiran kurang 10,000 orang.

Ilusi pengaruh Amanah dan PPBM berakhir?


Jumlah kehadiran di perhimpunan antikleptokrasi anjuran PH semalam telah menghentikan pelbagai ilusi, terutamanya kepada kemampuan PPBM dan Amanah untuk menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Himpunan yang diadakan di Petaling Jaya, di tengah kawasan bandar, yang sepatutnya menjadi kubu kuat kepada PH tidak mendatangkan hasil yang dijangkakan berbanding himpunan Fastaqim yang diadakan PAS 2 minggu lalu di Kuala Terengganu.

Jika dibandingkan daripada sudut lokasi, lokasi Fastaqim jauh terpencil tanpa sebarang pengangkutan awam manakala lokasi perhimpunan antikleptokrasi dapat dihadiri dengan mudah melalui LRT.

Bukan itu sahaja, lokasi fastaqim diadakan di negeri Terengganu yang diperintah Umno manakala lokasi perhimpunan antikleptokrasi diadakan di Selangor yang dipimpin pembangkang.

Akan tetapi, bukan sahaja Fastaqim dapat mengumpulkan lebih ramai hadirin tapi ia juga berjaya mengumpulkan ramai kumpulan B40 berbanding perhimpunan antikleptokrasi. Kehadiran anak-anak muda juga jauh lebih ramai di Fastaqim berbanding perhimpunan antikleptokrasi.

Dengan jumlah kehadiran semalam di sebalik pelbagai ceramah antikleptokrasi yang diadakan berbulan lamanya dan juga jumlah program yang disediakan pada perhimpunan tersebut, PH sudah boleh berhenti berilusi mengenai kekuatan yang ada pada PPBM mahupun Amanah.

‘Kekuatan sebenar kedua-dua parti itu’ sudahpun terlondeh di perhimpunan semalam. Kedua-dua parti kini boleh diibaratkan seperti ‘bubble’, yang cantik hanya di permukaan.

Sebenarnya dari awal lagi, cadangan untuk mengadakan perhimpunan ini adalah 1 kesilapan strategi.

Kesilapan pertama datangnya daripada keyakinan yang berlebihan mengenai kemampuan PPBM dan Amanah untuk mengerahkan orang ramai untuk berhimpun.

PH juga sebegitu yakin bahawa isu 1MDB dan strategi menyemarakan kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah cukup untuk membawa orang ramai untuk menyokongnya.

Bukan itu sahaja, PH juga sebegitu yakin dengan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen untuk pihak mereka. Dr Mahathir mungkin dapat membawa beberapa orang bekas Umno untuk bersamanya, tapi mereka terlupa kehadiran Dr Mahathir juga akan menghalau sekumpulan besar penyokong asal pembangkang.

PH juga terlalu berkeyakinan bahawa dengan adanya PPBM dan Amanah boleh menjadi alternatif di dalam dunia politik Melayu telah didominasi sebegitu lama oleh persaingan antara Umno dan PAS.

Dua tahun lalu, DAP dan PKR merasakan Amanah yang dianggotai oleh bekas para pimpinan PAS pasti akan dapat menggantikan tempat PAS. Ilusi itu berakhir di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sejak tertubuhnya PPBM, DAP dan PKR merasakan gabungan Amanah dan PPBM sudah pasti dapat menyaingi kehilangan PAS. Ilusi itu berakhir semalam di perhimpunan antikleptokrasi.

Persoalannya sekarang apakah PH masih mahu terus berilusi bahawa mereka akan menang di dalam pertandingan 3 penjuru, termasuk di Selangor? Apapun PAS dan DAP akan terus hidup walaupun apa terjadi di PRU14.

Tapi bolehkah Amanah dan PPBM, malah PKR terus hidup selepas PRU14?

9 warga asing dalang pasport palsu ditahan

MALAYSIA GAZETTE
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar dalam serbuan sebuah pangsapuri di Jelutong kira-kira pukul 9.30 malam yang dipercayai menjadi pusat operasi sindiket terbabit. 
 

PULAU PINANG – Seramai sembilan warga asing yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan pasport di tahan dalam operasi Jabatan Imigresen negeri di sini malam tadi.

Turut ditahan ialah seorang warga Bangladesh yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemalsuan dokumen berkenaan dengan bekerja sebagai ejen atau orang tengah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam operasi itu, pihaknya menyerbu sebuah pangsapuri di Jelutong kira-kira pukul 9.30 malam yang dipercayai menjadi pusat operasi sindiket terbabit.

Katanya, serbuan itu berjaya menahan enam lelaki warga Bangladesh, dua kanak-kanak dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara empat hingga hingga 47 tahun.

“Kegiatan pemalsuan pasport ini dipercayai sudah aktif cukup lama dan dalang utama yang ditangkap iaitu warga Bangladesh itu juga sudah menetap di negara ini lebih 20 tahun.

“Sehubungan itu kita akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan jika terdapat pihak lain yang turut terbabit dengan sindiket ini,” katanya.

Mustafar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dokumen termasuk 94 pasport palsu warganegara Bangladesh serta wang tunai RM15,000 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(1) F Akta Pasport 1966.

“Kita juga tidak menolak terdapat majikan yang turut menggunakan orang tengah iaitu ejen bagi memudahkan proses mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk pekerja asing mereka,” katanya. – MalaysiaGazette


Polis siasat penyebaran video skandal pegawai atasan SPRM

Muhamad Izwan Mohd Zubit
Mohamad Fuzi Harun.


KUALA LUMPUR – Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan video hubungan sulit melibatkan pegawai atasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata, mereka ada menerima laporan polis dan dan menahan individu tersebut sekiranya ada keperluan berbuat demikian.

“Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

“Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan,” kata beliau dipetik semasa sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Beliau berkata, polis akan sedaya upaya mengesan pihak yang menyebarkan video tersebut dan meminta sedikit masa diberikan untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya,” katanya.

Terdahulu, minggu lalu Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, minggu lalu mendedahkan satu laporan difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.

Pengadu mendakwa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan tersebut bercerai pada September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut. – MalaysiaGazette


Sogok RM5 juta: Bukit Aman ambil alih kes Syed Saddiq

Nizam Zain
Ketua Angkatan Mersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan mengenai kes sogokan RM5 juta dan ugutan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
 

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengambil alih siasatan kes sogokan RM5 juta dan ugutan ke atas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
 
Bagi tujuan itu, Syed Saddiq selaku Ketua Angkatan Mersatu Anak Muda (Armada) dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk direkodkan keterangan hampir dua jam berhubung kes berkenaan.
 
Pemimpin Armada itu ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan berkata, proses memberikan keterangan itu merupakan kali kedua selepas kenyataannya direkodkan oleh IPD Subang Jaya pada 4 Oktober lalu.
 
“Sebelum ini saya buat laporan di USJ, sekarang diambil alih oleh pihak Bukit Aman. Kenyataan pertama saya direkodkan di USJ dan ini adalah kenyataan kedua.
 
“Ia adalah susulan daripada laporan polis di USJ dan dari situ diambil alih oleh Bukit Aman untuk kes ini saja,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
 
Pada 4 Oktober, Syed Saddiq dalam sidang medianya mendakwa beliau diancam oleh individu sama yang mengugut keluarganya agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Armada dan politik .
 
Beliau berkata ugutan itu disertai dengan beberapa foto sensitif menerusi aplikasi telefon pintar sekitar jam 1.30 pagi awal pagi, 4 Oktober lalu.
 
Syed Saddiq sebelum ini membuat laporan polis terhadap ancaman yang dibuat diri dan ahli keluarganya oleh pihak yang menawarkan RM5 juta kepadanya untuk meninggalkan PPBM.
 
Katanya, beliau turut diminta menjawab beberapa persoalan berhuhung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh pengasas dan bekas anggota PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman atas dakwaan memfitnahnya.
 
“Saya juga datang untuk menjawab soalan-soalan yang datang daripada laporan polis yang dibawa oleh Kamarulzaman, salah seorang pengasas PPBM yang keluar parti yang membuat laporan polis.
 
“Sogokan-sogokan ini berkait rapat dengan satu sama lain khusus apabila ia melibatkan ugutan ke atas diri saya dan juga ahli keluarga
 
Saya juga nak berterima kasih kepada pihak polis kerana menangani kes dengan profesional dan juga pihak cawangan khas yang banyak membantu khususnya dari segi nasihat kerana isu ugutan ini bukan isu yang mudah.
 
Ditanya tentang hasrat beliau mahu mendedahkan nama-nama pihak yang membuat ugutan itu, beliau bagaimana pun berkata kes itu diserahkan kepada pihak polis yang menyiasatnya.
 
“Itu tak apa, saya biarkan kepada pihak polis untuk siasat. Setakat alhamdulillah isu ini ditangani dengan baik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 
 

Bersatu tambah ahli di kawasan pedalaman, majoriti dari Umno


Bersatu tambah ahli di kawasan pedalaman, majoriti dari Umno



Hasil kesungguhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi penerangan kepada penduduk di kawasan pedalaman khususnya dalam Parlimen Grik, mereka akhirnya bertindak meninggalkan Umno.

Hilangnya keyakinan mereka kepada Umno adalah kerana muak dan bosan dengan pelbagai kemelut kepimpinan yang sedang melanda parti Melayu itu sejak ditadbir oleh Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Bersatu kawasan Grik, Ayob Abdul Rahman berkata, sehingga kini Bersatu Grik telah berjaya menambah ahli baru sehingga mencecah lebih 600 orang.

“Majoriti daripada mereka yang menjadi ahli Bersatu merupakan ahli Umno yang telah sekian lama berada bersama parti tersebut.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 90 peratus adalah ahli Umno cawangan-cawangan dalam Bahagian Grik.

“Manakala Umno Bahagian hanya mempunyai keahlian tidak sampai 2,000 ahli,” katanya lagi.

Ayob yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Grik juga berkata angka yang ada belum lagi termasuk 70 peratus ahli Umno yang sedang berada atas pagar.

“Ramai lagi ahli Umno yang merupakan ‘harum manis’ yang akan meninggalkan parti tersebut tidak lama lagi.

“Mereka hanya menanti masa Najib membubarkan Parlimen sahaja untuk menyertai Bersatu dan juga Pakatan Harapan (PH) di Grik tidak lama lagi.

“Sekiranya pertandingan melibatkan tiga penjuru sama ada Pas dan Umno bertanding menentang PH, ia tidak akan menggugat sokongan terhadap PH,” tegasnya lagi.


Ayob menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk di Grik.

Beliau juga berkata PH di Grik telah pun melaksanakan pelbagai program turun padang termasuklah menemui penduduk yang memerlukan secara rutin.

“PH serius untuk merampas kerusi Dun dan juga Parlimen Grik.

“Berdasarkan kepada ‘track record’ yang ada, kita telah pun jauh mendahului Umno dan BN dalam mendapat sokongan pengundi.

“Terlalu ramai rakyat yang ada dalam kawasan Parlimen Grik kecewa dengan ketidakpedulian wakil rakyat Umno yang mewakili Dun dan juga Parlimen terhadap masalah mereka sehinggakan ramai yang mengadu kepada PH,” ujarnya.

Malah tambahnya, sekiranya sikap tidak peduli ini diteruskan oleh wakil rakyat Umno dan BN, sudah pasti ramai lagi penduduk dan pengundi dalam kawasan Parlimen Grik tidak akan diberi pembelaan.

Maka itu katanya, sudah sampai masanya untuk mereka membuat perubahan dengan menolak secara total Umno dan BN tanpa memberi sedikit pun ruang bagi parti pemerintah tersebut untuk menang sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’



‘Mengejutkan jika Kementerian Kewangan tak tersenarai bermasalah’



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata beliau akan terkejut dan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai antara kementerian paling bermasalah.

“Saya begitu teruja dan ternanti-nanti akan pengumuman yang akan dibuat oleh SPRM nanti tetapi pasti akan kecewa sekiranya Kementerian Kewangan tidak disenaraikan sekali antara kementerian yang paling bermasalah.

“Semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan berbilion ringgit merupakan jenayah yang melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil semalam berkata senarai berkenaan akan diumumkan selewat-lewatnya November ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan turut berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga terlibat berhubung isu penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta oleh pegawai kanan kementerian itu.

Beliau berharap SPRM akan memaklumkan kaedah dan sistem digunapakai untuk menilai sesebuah kementerian dalam menentukan ranking rasuah dan salah guna kuasa supaya badan itu tidak hanya ‘syok sendiri’.

“Jika kayu pengukur yang digunakan itu telus, ia hendaklah diguna pakai secara berterusan agar setiap kementerian dapat memperbaiki kedudukan prestasi di samping menjadikannya lebih bersih dan amanah di mata rakyat.

“Sekurang-kurangnya ia dapat menjana perubahan dalam sistem tatakelola, membendung gelombang rasuah yang semakin membarah di dalam negara ini,” katanya.

PH Perak lapor polis isu pengundi hantu

 
PH Perak lapor polis isu pengundi hantu



Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung isu wujudnya pengundi meragukan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri itu.

Pengarah Pilihan Raya PH Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa satu siasatan terperinci dilakukan berkaitan maklumat daftar pemilih melibatkan lebih 165,000 orang yang disifatkan sebagai pengundi hantu.

Menurutnya, kesalahan memalsukan maklumat dalam daftar pemilih boleh dikategorikan sebagai jenayah berat di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana bakal memberi kesan terhadap sistem demokrasi memilih kerajaan.

“Kewujudan bilangan yang besar ini melibatkan pengundi tanpa alamat, alamat tidak lengkap malah alamat diberikan tidak pernah wujud, namun mereka masih punya pusat dan daerah mengundi. Kami juga dapati ramai nama pengundi yang mengikut rekod berusia lebih 100 tahun.

“Jadi kita minta polis dapat jalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya, bukan sahaja kepada pemilik nama, malah pihak yang menjadi dalang di sebalik isu ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak mengakui agak kecewa dengan respon diberikan pimpinan BN yang lebih banyak menafikan perkara itu dan menuduh pembangkang membuat andaian.

“Ini bukan sekadar dakwaan kosong, tapi kita ada bersama bukti, mereka juga boleh lihat sendiri apabila lebih 56,000 muka surat dalam sistem daftar pemilih memaparkan maklumat tidak munasabah.

“Sebelum ini, mereka memberi penerangan seolah kita tidak faham pengundi hantu…itulah sebenarnya pengundi hantu,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak mencabar pembangkang membawa kotak-kotak didakwa sebagai bukti mengandungi maklumat pengundi hantu kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Ia berikutan kesediaan pembangkang untuk mendedahkan wujudnya komplot BN dalam daftar pemilih bagi memenangi parti itu pada PRU14.

Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan



Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan


Seorang Laskar Kanan TLDM Mohd Izhrifikri Roslee, yang didakwa pada Jumaat lepas atas tuduhan membunuh dua rakan sekerja, hari ini dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Lumut atas lapan tuduhan menyebabkan kecederaan termasuk melakukan dua ugutan jenayah.

Mohd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa melakukan perkara itu ke atas dua anggota Laskar Kelas Satu, Mohd Farhan Md Said, 30, dan Mohd Syaiful Nizam Mardzuki, 30 di bilik tahanan TLDM unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, Mohd Izhrifikri didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Farhan dengan memukul tapak kaki mangsa di padang kawad Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan antara pukul 8 malam 12 Sept hingga 12 tengah hari 14 Sept lalu.

Tertuduh turut didakwa atas tiga lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas Mohd Syaiful Nizam dengan memukul tapak kaki mangsa di tempat sama antara pukul 10 pagi 21 September hingga 12 tengah hari 23 September lalu.

Mohd Izhrifikri turut melakukan dua ugutan jenayah terhadap Mohd Farhan dan Mohd Syaiful Nizam dengan niat mendatangkan ugutan jenayah dengan mengatakan akan dibelasah sehingga mati dan anggota keluarga akan diancam sekiranya memberikan kenyataan yang benar kepada polis.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lorong hadapan sel nombor 4 (Syaful Nizam) dan 7 (Farhan) bilik tahanan tersebut antara pukul 2 hingga 3 petang, pada 29 September lalu.

Majistret menetapkan tarikh sebutan semula semua pertuduhan Mohd Izhrifikri pada 30 Oktober ini.

Selain Mohd Izhrifikri, turut didakwa tiga lagi rakannya iaitu Hamzah Zakaria @ Ali, 35; Mohd Farham Mohd Azmi, 31; dan Saifulnizam Razaly, 37, masing-masing atas satu pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Farhan, mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara berasingan melakukan perbuatan itu dengan memukul tapak kaki mangsa di Padang Kawad Bilik Tahanan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, 13 September lalu.

Bagaimanapun hanya Mohd Farham yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu manakala Saifulnizam dan Hamzah, masing-masing minta dibicarakan.

Nur Shaqira kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM1,600 atau penjara enam bulan ke atas Mohd Farham jika gagal membayar denda itu manakala dua lagi rakannya masing-masing dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 30 Oktober ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Harris Ong Jeffry Ong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lawak Annuar bukti Umno makin tertekan

DETIK DAILY



4 Oktober lalu, seluruh rakyat negara ini digemparkan dengan berita dakwaan lawak Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan kerjasama antara Umno dan PAS dari masa ke semasa akan terbentuk kerana keduadua parti itu mempunyai “DNA” yang sama.

12 Oktober lalu pula, Annuar seperti yang dilaporkan The Star memperhebatkan lagi lawaknya dengan mendakwa Umno memberi lampu hijau kepada Presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan PAS.

Sebaik sahaja berita itu disiarkan media, musuh-musuh PAS dari Pakatan Harapan seperti mendapat peluru baru untuk menyerang PAS. Namun kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS, masing-masing ketawa besar sesama sendiri kerana masing-masing cukup faham dan sedar bahawa dakwaan itu tidak lebih daripada lawak. Ia tidak mungkin menjadi kenyataan dan langsung tidak berasas.

Sedangkan sehingga kini, seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri tahu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Umno untuk berbincang tentang kerjasama itu.

Begitu juga dengan pimpinan tertinggi PAS yang lain, mereka tidak pernah berjumpa dengan pemimpin Umno untuk membincangkan perkara itu. PAS juga tidak pernah dan tidak sekali-kali akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan soal kerjasama dengan Umno.

Namun dalam masa yang sama, seluruh ahli PAS tahu, PAS dibenarkan untuk berbincang atau bekerjasama dalam isu umum demi bangsa dan Islam. Itulah sebabnya dalam kes RUU 355, PAS menyokong kerajaan, tetapi bukannya Umno. Menyokong kerajaan tidak sama dengan menyokong Umno

Sebaliknya, PAS tetap dengan keputusannya dan ketetapan Majlis Syura Ulamak yang jelas tidak akan bekerjasama dengan BN dan juga Pakatan Harapan (PH). PAS hanya bersama Gagasan Sejahtera sahaja.

Malah PAS sejak ditubuhkan dulu hingga kini tetap akan menentang Umno-BN. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi, PAS juga tetap akan menentang Umno-BN.

PAS Kelantan sendiri contohnya sudah mengisyhtiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu untuk menentang Umno-BN pada PRU ke-14.

Dalam masa yang sama, PAS juga sudah memutuskan akan menentang parti-parti lain jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan dan di seluruh negara pada PRU ke-14 nanti. Keputusan itu jelas menunjukkan bahawa PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno-BN pada PRU ke-14 nanti. Realiti itu akan terbukti apabila berlakunya PRU ke-14 nanti.

Justeru, dakwaan Annuar itu tentunya tidak lebih daripada lawak politik dan propaganda murahan pemimpin Umno sendiri. Ia juga jelas membuktikan Umno kini berada dalam keadaan yang semakin tertekan dan lemas melihat tsunami Islam dan Melayu bersama PAS dan Gagasan Sejahtera.

Keadaan itu samalah juga dengan parti-parti lain dalam PH sehingga menyebabkan mereka mencipta pelbagai lawak untuk mengelirukan orang ramai dan melemahkan PAS menjelang PRU ke-14 yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Umno hanya ‘syok’ sendiri



KUALA LUMPUR: Kesungguhan Umno untuk mengadakan rundingan ber sama PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti disifatkan sebagai syok sendiri ke rana PAS telah memutuskan parti nya hanya akan bersama Gagasan Sejahtera.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS telah memutuskan untuk bertanding tanpa kerjasama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) dan apa bila Umno kepingin sangat untuk bersama PAS dalam PRU14 nanti memberi pe tanda ‘perang kubra PRU’ semakin dekat.

“Dengan itu pukulan gendang perpaduan Melayu mula didendangkan semula,” katanya ketika dihubungi

Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Umno dikatakan merestui Presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dipetik sebagai berkata, ini kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, PAS Kelantan pun sudah mengisytiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu.

“Ini menunjukkan Umno lemas melihat tsu nami Islam dan Melayu ber sama PAS dan Gagasan Sejahtera.

Dulu mereka benci PAS dan takut dengan Pakatan Rakyat semasa PRU13 ke rana sentimen DAP bersama Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini PAS tinggalkan DAP dan PH dan orang Umno mahu pula bersama PAS dan Gagasan Sejahtera,” katanya

Siapa bakal penerima manfaat terbesar Bajet 2018?


PETANI, nelayan, pekerja kilang dan penjawat awam gred rendah antara mereka yang meraih paling banyak tumpuan dalam Bajet 2018- yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Sejak kajian menunjukkan isu ekonomi seperti kos sara hidup tinggi dan kelembapan peningkatan upah adalah antara kebimbangan pengundi, Bajet 2018 yang akan diumumkan pada 27 Oktober depan akan diselaraskan untuk mengatasi masalah ini, kata ahli ekonomi

Dan memandangkan keperitan peningkatan harga makanan dan perkhidmatan akan memberi kesan terburuk kepada kelompok terbawah 40% rakyat Malaysia, mereka menjangkakan lebih banyak bantuan akan diumumkan menerusi bajet itu, kata ahli ekonomi.

“Perkara yang akan menjadi keutamaan adalah menangani peningkatan kos sara hidup yang perlu ditangani dengan langkah seperti pemberian bantuan yang lebih besar di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” kata Prof Yeah Kim Leng dari Fakulti Perniagaan Sunway University.

“(Juga) lebih banyak program subsidi tersasar untuk kumpulan tidak bernasib baik khusus seperti keluarga ibu atau bapa tunggal, warga emas dan kumpulan miskin bandar dan luar bandar.”

Tetapi kumpulan pendapatan pertengahan juga tidak akan dibiarkan. Ahli ekonomi, Lee Heng Guie berkata kerajaan boleh mengumumkan pengurangan cukai persendirian atau meningkatkan rebat perbelanjaan perubatan.

“Pengurangan cukai persendirian bertujuan meningkatkan pendapatan boleh belaja pekerja dan isi rumah, dan meningkatkan kuasa belian pembeli,” kata Lee, pengarah eksekutif Socio Economic Research Centre (SERC).

Penganalisis politik, Hisomuddin Bakar berkata bajet itu adalah peluang untuk memujuk rakyat mengapa kerajaan pemerintah Barisan Nasional berhak diberikan satu lagi penggal untuk mentadbir.

Bajet itu akan dibentangkan pada hujung Oktober, dan spekulasi mengenai pilihan raya mengatakan ia boleh diadakan pada suku pertama tahun depan, kurang enam bulan lagi.

“Menjelang pilihan raya, BN memerlukan sesuatu yang boleh membentuk faktor ‘wow’ seterusnya memenuhi imaginasi pengundi. Salah satu perkara yang boleh melakukannya adalah bajet,” kata Hismouddin dari Ilham Centre.

Bertumbuh tapi tak melegakan 

Tahun ini, ekonomi negara bertumbuh pada kadar lebih kukuh selepas berlaku kelembapan sejak dua tahun lepas, kata Lee, didorong oleh perbelanjaan pengguna, pengembalian pelaburan swasta dan lonjakan eksport.

“Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebenar terus berkembang kukuh pada kadar 5.7% tahun-demi-tahun untuk separuh pertama 2017.”

Tetapi pengguna masih tidak merasakan kesan positif berita baik itu.

The Malaysian Insight pernah melaporkan isu kos sara hidup yang dipenuhi kisah bagaimana barangan menjadi sukar dibeli dan dimiliki.

Situasi ini wujud walaupun hakikatnya, Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengukur kadar inflasi jatuh kepada 3.7% (Ogos) berbanding 5.1% pada Mac.

“Sama ada ia adalah mitos atau persepsi, isi rumah tidak menyakini yang harga barangan dan perkhidmatan berada pada kadar mampu milik,” kata Lee.

Tinjauan  pada perayaan Deepavali mendedahkan yang ramai rakyat yang meraikan terpaksa berjimat cermat untuk perayaan itu dan ini mengurangkan pendapatan peniaga.

Satu lagi kajian menunjukkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Johor Baru dan George Town menjangkakan peningkatan kos sara hidup dalam 10 tahun mendatang.

Pada 2015, kajian Bank Negara mendapati yang tiga daripada empat rakyat Malaysia tidak mampu mengeluarkan bajet RM1,000 sekiranya diperlukan semasa kecemasan.

Kajian itu senada dengan kajian awal dilakukan  mendapati penjawat awam gred rendah tidak mampu membuat simpanan setiap bulan selepas berbelanja untuk keluarga mereka.

Dan walaupun, Malaysia menyaksikan peningkatan median bulanan pendapatan isi rumah, serakan pendapatan tidak sekata boleh memberi kesan kepada kumpulan pendapatan rendah, kata ahli ekonomi Hafiz Noor Shams.
Mekanisma sedia ada 

Walaupun pentadbiran Najib dijangka memperuntukkan sebagaian besar bajet bagi menangani kebimbangan ini, ahli ekonomi Dr Rajah Rasiah memberi amaran yang kerajaan tidak mampu mempunyai keupayaan untuk berbelanja.

“Harga minyak dan gas masih tidak kembali kepada harga 2008-10. Dengan pendapatan eksport yang kurang ia mungkin sukar untuk mengumumkan bajet besar kerana hutang awam yang tinggi,” kata Rajah, yang merupakan profesor pembangunan antarabangsa di Universiti Malaya (UM).

Jadi daripada mengumumkan langkah baru, kerajaan berkemungkinan besar meningkatkan peruntukan sedia ada, kata Rajah.

Langkah ini termasuk BR1M yang dijangka dibayar kepada tujuh juta isi rumah dan penerima bantuan itu.

Lee dari SERC berkata isi rumah yang memperolehi bawah RM3,000 akan menyaksikan BR1M mereka ditingkatkan daripada RM100 kepada RM1,300. Bagi mereka yang memperolehi pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, BR1M akan ditingkatkan daripada RM900 kepada RM1,000.

“Kerajaan (juga) mungkin menawarkan bonus kepada penjawat awam, meningkatkan bayaran BR1M dan menyasarkan lebih banyak petani dan nelayan untuk meraih sokongan menggunakan mekanisma sedia ada,” kata Rajah dari UM.

Langkah itu yang diperkenalkan dalam bajet 2017, seperti elaun khas untuk 57,000 nelayan antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Bagi pemilik getah kecil, RM250juta digunakan untuk membeli getah pada harga “lantai” minimum.
Selain itu, elaun bantuan khas monsoon sebanyak RM200 sebulan untuk November, Disember dan Januari juga dibayar kepada 440,000 pemilik dan penoreh getah kecil.

Lee berhujah yang mereka dalam kelompok pendapatan pertengahan juga mungkin mendapat perhatian bajet dalam bentuk pengurangan cukai persendirian sebanyak 1 hingga 2%.

Pilihan lain bajet itu boleh menawarkan lebih banyak pelepasan cukai dan rebat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit kronik, perbelanjaan ibu bapa serta pendidikan anak-anak.

“Sekurang-kurangnya, insuran perubatan atau penjagaan kesihatan perlu dikecualikan daripada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

“Jika perolehan membenarkan, bajet mungkin mempertimbangkan pengurangan cukai korporat sebanyak 1 hingga 23% untuk syarikat besar dan sehingga 17% untuk SME (perusahaan kecil dan sederhana) untuk pendapatan boleh cukai pertama sebanyak RM500,000.” 
 
 

Kajian: Hanya 17% responden Malaysia percaya kandungan media sosial

DETIK DAILY



PETALING JAYA: Satu kajian yang dijalankan sebuah agensi penyelidikan dunia mendapati rakyat Malaysia skeptikal dengan kandungan dalam talian kerana hanya 17% pengguna internet di negara ini mempercayai kandungan dalam media sosial.

Kajian “Connected Life 2017” yang dijalankan Kantar TNS mendapati rakyat Malaysia menghabiskan 7.2 jam melayari internet setiap hari, tetapi jenama global menghadapi kesukaran berhubung dengan pengguna Malaysia yang tidak mempercayai kandungan dalam talian dan ragu-ragu dengan niatnya.

Kajian yang dijalankan ke atas 70,000 responden di 56 negara bagi mengkaji kepercayaan pengguna terhadap jenama dari segi teknologi, kandungan, data dan e-dagang menunjukkan hanya 41% pengguna internet di Malaysia mempercayai jenama global berbanding 54% di Vietnam.

Keadaan bagaimanapun berbeza di negara lain dalam rantau ini, di mana 59% pengguna internet di Filipina dan 61% responden di Indonesia mempercayai kandungan dalam talian.

Hampir satu pertiga atau 31% responden bimbang sejauh mana rangkaian media sosial mempunyai kawalan ke atas kandungan yang dibaca di laman mereka.

Kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia berhati-hati dengan data peribadi yang dikongsi dalam talian kerana 51% responden bimbang jenama global memperolehi data peribadi mereka berbanding 33% responden di seluruh Asia Tenggara.


  “Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun di rantau ini, pengguna di Malaysia tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca di internet dan kurang selesa dengan jenama yang mengumpulkan data peribadi mereka.

“Jenama perlu lebih menonjol dan menunjukkan nilai yang mampu menambah baik kehidupan pengguna jika mahukan kepercayaan mereka, di samping memastikan saluran ini digunakan untuk perbincangan lebih bermakna berkaitan jenama,” kata Pengarah Urusan Kantar TNS Malaysia, MC Lai dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun kemajuan teknologi memudahkan kehidupan, namun 38% pengguna internet berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia merasakan mereka terlalu banyak menggunakan telefon dan tidak mahu berhubung dengan peranti yang boleh memantau aktiviti mereka, berbanding 15% di Indonesia.

Wang tunai ternyata masih menjadi pilihan rakyat Malaysia, di mana hanya 29% pengguna internet di negara ini bersedia membeli produk menggunakan telefon pintar, tetapi 39% enggan berbuat demikian.

“Jadi, penyelesaian inovatif yang memberi kemudahan kepada pengguna diperlukan sebelum mereka berasa yakin untuk beralih kepada pilihan pembayaran baru,” kata Kantar TNS.

Ketua Penyelesaian Ketersambungan Global Kantar TNS, Michael Nicholas menyarankan jenama lebih telus mengenai cara pengumpulan dan penggunaan data peribadi pelanggan.

“Untuk membina dan melindungi kepercayaan pengguna, jenama perlu mengutamakan pelanggan meraka. Ini bermakna jenama perlu memahami motivasi, mengetahui masa yang sesuai untuk berhubung dengan mereka dan menghormati masa pelanggan.”

Orang yang otak senget atau senget otak

Oleh Nik Mohamad Abduh



Di Kelantan tak ramai Bugis. Tapi saya ada ramai juga kawan Bugis sebab kawan-kawan saya memang seluruh Malaysia adanya. Kalau kawan Jawa tu memang takyah kiralah.. Tenggelam terus kawan Kutty. Kawan saya di Singapura pun Bugis jugak..

Sedari kecil lagi, bila sebut Bugis, saya ingat satu patah perkataan di depannya iaitu 'pahlawan'. Pahlawan Bugis. Baca buku sejarah, baru saya tahu mereka layak digelar begitu kerana sifat kepahlawanan mereka.

Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun. Lanun Bugis.

Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan Bugis. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis.

Dalam politik Malaysia, dalam PAS, lanun tak ada. Otak senget pun tak ada. Yang ada hanyalah orang baik-baik dan mempunyai sifat kepahlawanan Bugis walaupun mereka bukan daripada orang berketurunan Bugis.

Dalam parti lain, ada tak otak senget, saya seganlah nak sebut. Tapi yang gelar Bugis sebagai lanun memang ada..

Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembul lidah mereka dengan kata-kata rasis. Jadi tinggalkan saja. Pilih parti berasaskan Islam. Menjolok seseorang yang tidak disukai dengan gelaran atau nama keluarga, bangsa, ugama atau seumpamanya adalah salah dan terlarang. Islam menolaknya.

Cantik Malaysia pada sifat berbilang-bilang. Bila hanya satu, tinggallah nasi tanpa lauk pauk. Walau putih berseri, rasanya tawar.
 
 

OBOR: Bahaya Dalam Cahaya

Oleh A Kadir Jasin

 
ONE Belt One Road (satu kawasan satu laluan) atau singkatannya OBOR memberikan China raison d’être (alasan) untuk mengeksport politik, ekonomi dan kekuatan ketenteraannya tanpa menakutkan dunia.
 
Ia adalah cetusan ilham pemimpin agung Cina, Xi Jinping pada tahun 2013 di mana segala-gala bermula di Beijing. Dalam erti kata lain, Beijing menjadi ibu kota dunia yang baru.
 
OBOR adalah anjakan kepada dasar keterbukaan yang diperkenalkan oleh mendiang Deng Xiao Peng. Deng mengakui kesilapan ideologi dan dasar era Mao Tze Dong di mana angka rasmi mengatakan 20 juta rakyat China mati kebuluran. Tetapi ada anggaran ilmiah mengatakan jumlah kematian mencapai 45 juta.
 
Cara paling mudah bagi kita memahami dasar dan rancangan OBOR adalah dengan memahami pembelian 49.9 peratus saham Proton oleh Geeley, pembelian penjana elektrik bebas (IPP) milik 1MDB oleh China Nuclear, pembinaan pelabuhan laut dalam dan zon industri China di Kuantan, cadangan pembinaan pelabuhan laut dalam di Melaka, projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), projek hartanah raksasa di Iskandar Malaysia dan penjualan kelengkapan perang China kepada Malaysia.

Semua urus niaga dan projek di atas adalah sebahagian daripada OBOR yang terasnya adalah pembangunan infrastruktur dan pengangkutan.
 
China tidak ada pilihan melainkan mengembangkan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya ke luar negara kerana ia tidak lagi boleh berdiri bersendirian.
 
Walaupun China cuba mengawal bilangan penduduknya dengan mengamalkan dasar sebuah keluarga seorang anak, namun bumi China tidak tetap tidak mampu menampung pertumbuhan itu.
 
China terpaksa memandang melepasi sempadannya dan ia kini cukup yakin bahawa perkembangan ekonominya serta perluasan ke luar negara membolehkannya menggugurkan dasar sebuah keluarga seorang anak mulai tahun 2015.

Dengan penduduk kira-kira 1.35 bilion, China menampung sekitar 22 peratus penduduk dunia tetapi mempunyai hanya kira-kira 10 peratus sahaja tanah pertanian. Sebab itulah China amat terdedak kepada masalah kekurangan makanan.

Ketidakseimbangan ini menjadi semakin buruk kerana masyarakat China menjadi semakin makmur dan memerlukan lebih banyak makanan serta bahan-bahan mentah industri.
 
Kadar kelahiran meningkat dan jangka hayat semakin panjang tetapi tanah pertanian menjadi semakin sempit akibat kemusnahan alam sekitar dan kemaraan padang pasir.
 
Tahun lalu penduduk China meningkat 7.9 peratus atau 17.86 juta orang hasil penarikan balik dasar sebuah keluarga seorang anak manakala kawasan seluas Melaka dan Pulau Pinang ditelan padang pasir setiap tahun.
 
Jadi China tidak ada pilihan selain daripada meluaskan wilayah kepentingan ekonomi melapasi sempadannya dan mengeksport penduduknya secara sementara atau kekal.
 
Rajyat China kini merantau hingga ke Afrika untuk berniaga
Malaysia Di Mata Naga
 
Walaupun OBOR meliputi benua Asia, Eropah dan Afrika, namun tidak ada negara yang lebih strategik di dalam pelaksanaannya daripada negara kita Malaysia.

Ini adalah kerana Malaysia relevan dan penting dalam kedua-dua laluan OBOR, iaitu jalan sutera darat (Silk Road) dan jalan laut (Silk Road of the Sea). Oleh sebab itulah projek-projek OBOR di Malaysia merangkumi laut dan darat. 
 
Kedudukan Malaysia yang strategik di antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi menjadikannya faktor wajib kalau OBOR hendak dijayakan. Jadi tidak hairanlah kalau China begitu beria-ia dan murah hati membiayai projek-projek prasarana laut dan darat di Malaysia.
 
Dengan mengawal Selat Melaka, China boleh mengawal pergerakan perdagangan di Laut China Selatan, Lautan Hindi dan mengembangkan layar armadanya ke seluruh dunia.
 
Misalnya, pelabuhan milik bersama Malaysia-China di Kuantan boleh menjadi pelabuhan terakhir dalam rangkaian pertahanan pulau yang sedang dimajukan oleh China. Kuantan boleh menjadi pangkalan hadapan (forward base) dalam pertahanan lautnya.
 
Konsesi 30 tahun pelaburan tambahan Kuantan dimiliki Malaysia-China
Untuk menguasai Lautan Hindi, China bercadang membina sebuah pelabuhan air dalam di Melaka – negeri yang menjadi persinggahan utama Laksamana Zheng He (Cheng Ho) pada abad ke-15 (di antara 1406 dengan 1433).
 
Melaka dipilih bukan sahaja kerana faktor sentimental lawatan Xheng He tetapi juga kerana di situlah Selat Melaka paling sempit. Dalam masa krisis, sekatan boleh didirikan dengan mudah bagi mencekik perkapalan melalui Selat Melaka.

Walaupun OBOR dipromosikan sebagai kerjasama ekonomi berskala besar namun ia tidak mengabaikan aspek ideologi. China adalah penghulu ideologi komunisme pasca keruntuhan Empayar Soviet.

Sekarang China adalah pemacu utama ideologi komunis. Kuasa mutakhir di China adalah Parti Komunis China (PKC). Semua dasar dan perancangan dilakukan oleh PKC melalui biro politik (politbiro) dan disahkan oleh Kongres Rakyat.

Instrumen kuasa PKC pula adalah Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Ia adalah pasukan tempur terbesar dunia dengan kira-kira dua juta anggota.
 
Secara tidak disedari penyusupan ideologi ini telah pun bermula apabila PKC menandatangani perjanjian kerjasama dengan MCA tahun lalu dan tahun ini Umno pula dijemput untuk berucap di kongres PKC di Beijing.
 
PKC memuji sumbangan Umno dalam menjayakan OBOR. Ini adalah perkembangan yang cukup sensasi kerana selama lebih 40 tahun PKC menjadi penyokong tegar kepada fahaman komunis di Tanah Melayu dan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) (1948-1989).

Pengaruh luar biasa China terhadap Putrajaya dikhuatiri akan mengganggu gugat politik domestik Malaysia. Ini diperkukuhkan oleh kenyataan bekas Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang semasa mengunjungi Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor baru-baru ini.
 
Adnan Mansor (kanan) bersama bekas Duta China Huang Huikang
Katanya PKC melihat Umno dan Barisan Nasional bukan hanya sekadar rakan dalam jalinan parti politik tetapi juga sebagai sahabat serantau merentasi hubungan politik.
 
Kenyataan partisan ini amat membimbangkan kerana jelas PKC tidak berkecuali lagi dalam bidang politik Malaysia.
 
Malah sudah ada laporan dan analisis media serantau yang mengatakan perhubungan akrab dan pergantungan Pentadbiran Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, kepada China akan mempengaruhi pilihan raya umum akan datang.
 
Naga Lapar
 
Tidak ada negara di dunia yang boleh menolak atau mengetepikan peranan China dalam segala bidang. Hatta Amerika pun kini banyak bergantung kepada China.
 
Ini tidak menghairankan kerana selepas Amerika, China adalah kuasa ekonomi terbesar dunia.

Namun persoalannya, apakah kita menjadi rakan perdagangan yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti yang menjadi dasar kita sebelum ini atau kita melutut menjadi hamba kepada China?
 
Kita boleh berniaga dengan mana-mana negara pun tanpa mengorbankan kedaulatan dan keselamatan kita.

Tetapi kalau kita menyerah kepada hegemoni kuasa besar, khususnya China, kita janganlah kecewa jika suatu hari nanti kita menjadi negara hamba (slave nation).
 
Pergantungan yang melampau kepada China telah pun menyebabkan beberapa buah negara di Asia dan Afrika ‘tertakluk” atau menanggung beban hutang yang teruk.
 
Awal tahun ini Zimbabwe menerima pakai mata wang China yuan sebagai mata wang nasional semata-mata untuk mendapat potongan hutang AS$40 juta (kira-kira RM172 juta).
 
Di Asia pula Sri Lanka tidak lagi mampu membayar balik hutang kadar tinggi kepada China untuk membina pelabuhan dan lapangan terbang yang kekurangan pelanggan.
 
Kontraktor projek-projek ini adalah China. Akibatnya Sri Langka terjerumus ke dalam perangkap hutang.
 
Aliran di negara kita pun tidak banyak berbeza. Pinjaman diperoleh dari China pada kadar tinggi (kadar pasaran). Projek-projek dibina oleh kontraktor dari negara China yang membawa masuk pekerja China. Di pihak yang lain pula kelestarian (sustainability) projek China tidak begitu meyakinkan.
 
China akan memberikan dan membiayai apa yang kerajaan Malaysia perlukan kerana kalau kita tidak dapat bayar balik hutang, China akan ambil alih projek-projek itu dan dengan itu ia dapat bertapak secara kekal di negara kita. 
Wallahuaklam.