Isnin, 26 Disember 2016

Jamal ingkar undang-undang, polis digesa bertindak

OLEH LIZAWATI MADFA


 binaan-roboh


SHAH ALAM: Polis digesa mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana dengan jelas mengingkari undang-undang walaupun sudah dikenakan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tindak balas Jamal jelas membuktikan beliau adalah seorang angkuh dan secara terang-terangan menunjukkan sikap samseng.

“Ini contoh tidak baik kepada rakyat, apalagi Jamal dilihat seolah kebal daripada undang-undang.
“PDRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Jamal yang juga Ketua Gerakan Baju Merah ‘merasmikan’ resortnya, Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang sudah disita Majlis Daerah SabakBernam (MDSB).

Beliau turut menanggalkan notis perintah tutup dan memotong pita pelekat sitaan di hadapan premisnya.
=EZY=

Tiada ulasan: