Ahad, 25 Disember 2016

3 maut kemalangan dua kereta

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TAMPIN: Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Rumah Rakyat Repah Baru, di sini, petang ini. 
 
Dalam nahas kira-kira jam 3.20 petang turut menyebabkan dua lagi penumpang cedera parah. 
 
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan ll Roslan Sahrani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.26 petang dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera dan lapan pegawai serta anggota. 
 
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati pemandu dan penumpang Proton Saga, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bayi perempuan dari kenderaan sama, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin. 
 
"Seorang penumpang wanita dari Proton Saga patah tangan dan kaki, pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Persona, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Tampin," katanya di sini, hari ini. 
 
Roslan berkata, identiti dan punca nahas masih disiasat.
 
 

Tiada ulasan: