Ahad, 25 September 2016

Waran tangkap untuk Ananda

MALAYSIAKINI


Sebuah mahkamah di New Delhi mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan pembantunya Augustus Ralph Marshall selepas mereka didakwa gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa India sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan The Times of India saman untuk kedua-dua mereka gagal diserahkan dengan cara biasa melalui saluran perundangan antara negara.

"Pihak berkuasa Malaysia menolak menyerahkan saman berkenaan. Dalam keadaan begitu satu-satunya cara yang ada ialah untuk menghubugi Interpol. Justeru pengeluaran waran (tangkap) adalah perlu

"Dalam keadaan saman seterusnya gagal disampaikan menjadi hak pendakwa untuk memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh," kata mahkamah yang dipetik akhbar berkenaan.

Pada 2014 Biro Siasatan Pusat India mengemukakan tuduhan ke atas Krishnan dan Marshall serta ahli politik di selatan India yang juga bekas menteri telekomunikasi negara itu, Dayanidhi Maran atas dakwaan rasuah.

Mereka dituduh bersubahat membantu kumpulan Maxis menguasai sebuah syarikat telefon India pada 2006.

Tiada ulasan: