Ahad, 25 September 2016

Selangor pertimbang tindakan undang-undang untuk batalkan persempadanan semula SPR

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memerinci tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk membatalkan cadangan persempadanan semula kerusi DUN dan Parlimen, yang dibuat  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas badan itu gagal mengemukakan alasan bernas bersabit perkara itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
 
"Saya dan kerajaan negeri akan mengarahkan peguam kami untuk mengkaji segala tindakan perundangan yang boleh di ambil (terhadap SPR)," kata beliau dalam satu kenyataan. 
 
Kerajaan Selangor sebelum ini mengutus surat kepada SPR untuk berjumpa pimpinan badan itu serta mendapatkan penjelasan mengenai cadangan-cadangn persempadanan yang menimbulkan keresahan di kalangan parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. 
 
SPR menegaskan segala cadangan itu, termasuk yang melibatkan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain, masih tertakluk kepada proses bantahan yang merangkumi sesi inkuiri awam.
 
Justeru ia menasihatkan semua pihak untuk membuat bantahan mengikut saluran yang di tetapkan bagi membolehkan ia di pertimbangkan. 
 
Azmin bagaimanapun membidas SPR kerana tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang diinginkan oleh kerajaan negeri. 
 
Beliau mendakwa cadangan-cadangan SPR itu tidak berasas dan harus di tolak.   Dalam kenyataan itu, beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada akan menyertai proses bantahan yang di tetapkan oleh SPR. 
 
Semalam, BN yang turut terkesan dengan cadangan persempadanan semula SPR itu menubuhkan panel untuk mengemukakan bantahan dan maklum balas daripada parti-parti komponennya.

Tiada ulasan: