Rabu, 21 September 2016

Mahu saman Sarawak Report, PAS serah dokumen kepada peguam

DETIK DAILY
 



KOTA BHARU: PAS sudah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan

Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.

“Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.f
 
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.
 
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut
 
 

Tiada ulasan: