Khamis, 28 Julai 2016

Kami kena macam-macam tapi Uber, Grabcar tidak? soal pemandu teksi

ARIF ATAN
 
 
Pemandu teksi berdemonstrasi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta membantah pencelahan Uber dalam kes saman mereka terhadap SPAD.Pemandu teksi berdemonstrasi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta membantah pencelahan Uber dalam kes saman mereka terhadap SPAD.


Sikap kerajaan melalui badan atau agensi-agensi berkaitan pengangkutan awam membiarkan 'kereta sapu' Uber dan Grabcar berleluasa mengecewakan ramai pemandu teksi berdaftar.

Rata-rata mereka ditemui Malaysia Dateline di ibu negara hari ini berpendapat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lebih baik dibubarkan kerana gagal menangani ancaman kemunculan 'teksi haram' itu sehingga menjejaskan pendapatan pemandu berdaftar.

Zahari JumriZahari JumriZahari Jumri, 36, berkata SPAD sejak diwujudkan pada 2010 bagi menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) lebih banyak menyusahkan hidup pemandu teksi.

"Sudah lama kami mendesak supaya Uber dan Grabcar ini diharamkan sebabnya mencurah pasir ke periuk nasi kami. Bagaimana SPAD boleh benarkan kereta persendirian membawa penumpang bagi tujuan memperoleh pendapatan?

"Paling kami tidak puas hati mereka yang guna aplikasi Uber dan Grabcar itu tidak pula tertakluk pada Akta SPAD, lain pula kami yang dikenakan macam-macam syarat termasuk pemeriksaan Puspakom dua kali setahun. Kan tidak adil namanya?" bidas beliau.

Sementara itu, Mohd Sham Jusoh, 43, berkata, beliau turut hairan dengan cara kerajaan berdepan bantahan ramai pemandu teksi terhadap aplikasi Uber dan Grabcar.
Mohd Sham JusohMohd Sham Jusoh
"Sudah tahu Uber dan Grabcar tidak sah mengikut undang-undang, mengapa tidak kerajaan gantung terlebih dahulu operasi kereta sapu itu selagi belum mencapai keputusan muktamad?

"Padahal mereka (Uber dan Grabcar) tidak berdaftar, tiada kad pemandu dan tiada lesen PSV (Kenderaan Pengangkutan Awam). Mereka guna kereta sendiri. Berbeza dengan kami, semua ada tapi malangnya kerajaan nampak tidak benar-benar membela kami," ujar Sham lagi.

Bagi Thangghvallu, 61, ancaman aplikasi Uber dan Grabcar kepada pemandu teksi semakin serius apabila sikap lepas tangan SPAD juga 'menjangkiti' pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

grab Thangghvallugrab Thangghvallu
"Polis kata isu ini di luar bidang kuasa. JPJ pun kata mereka tidak bertanggungjawab. Jadi, kalau begitu, negara ini macam tiada undang-undanglah sebab kereta sapu boleh sesuka hati menjalar di jalan raya," tegasnya.

Akibat operasi teksi haram Uber dan Grabcar itu, tambahnya lagi, pemandu teksi berdaftar termasuk golongan tua terpaksa terus memandu mencari penumpang sehingga larut malam sekaligus menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.

Ketiga-tiganya yang ditemui di perkarangan parkir mahkamah, Jalan Duta, ibu negara hari ini antara kira-kira 500 pemandu teksi yang berkumpul sebagai bersolidariti terhadap 102 rakan mereka yang membantah permohonan Uber untuk menjadi pencelah dalam kes saman terhadap SPAD.

Tiada ulasan: