Khamis, 28 Julai 2016

Dua murid dicemari merkuri, termometer pecah di makmal sains

THE MALAYSIAN TIMES


Merkuri Tumpah


KEPALA BATAS: Dua murid lelaki tahun lima dikuarantin selepas tercemar dengan merkuri daripada termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini hari ini.

Kedua-dua murid itu mendakwa terpegang merkuri selepas termometer tersebut pecah dan mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada sekolah tersebut berhubung kejadian itu pada pukul 11.27 pagi, kata Komander Operasi Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Zulkhuari Abdul Rahman.

“Kejadian tumpahan merkuri di atas lantai itu disedari pembantu makmal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan makmal sains itu dan bilik darjah berhampiran makmal berkenaan diarah dikosongkan bagi membolehkan kerja membersihkan merkuri dijalankan.

Operasi pembersihan nyah cemar yang dilakukan di makmal sains itu melibatkan prosedur dan bahan tertentu supaya ia selamat digunakan semula selepas ini, katanya.— Bernama


Tiada ulasan: