Ahad, 29 Mei 2016

Hentikan semua spekulasi tuduhan pejabat MB - Azizah

AMTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Semua tuduhan terhadap Pejabat Menteri Besar perlu dihentikan berikutan parti sudah mengambil semua tindakan dalam menangani isu itu, demikian tegas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ujar beliau, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mebuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
Malah menurut Wan Azizah, Rafizi sudah memberikan penjelasan bahawa tuduhan itu tidak dibocorkan kepada mana-mana wakil rakyat atau kakitangan awam.
“Rafizi beritahu dia akan berbuat demikian (lapor pada SPRM) Isnin depan. SPRM diminta menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional dan tanpa campur tangan politik.
“Pada masa sama, kepimpinan PKR yang lain dan saya sendiri mempunyai keyakinan penuh kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Azmin Ali, menteri besar Selangor,” katanya melalui kenyataan media.
Dalam WhatsApp minggu lalu dihantar kepada kumpulan “Solidariti untuk Anwar”, Rafizi menyentuh mengenai permintaan untuk wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Rafizi pada Jumaat lalu mengakui mesej itu berasal daripadanya tetapi menafikan ia membabitkan mana-mana wakil rakyat atau pegawai kerajaan negeri dan berkata ia secara “spesifik” dan bukan “umum”.
Sementara itu, Azmin menafikan tuduhan itu dan berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap sebarang amalan rasuah.
Wan Azizah berkata jika ada bukti kukuh mengenai kes berkenaan, Azmin akan mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.

Tiada ulasan: