Khamis, 31 Mac 2016

Tun M letak jawatan Pengerusi Proton Holdings

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuatkuasa semalam.

Menerusi kenyataan yang  disiarkan di blognya hari ini, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

"Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa pada 30 Mac 2016.

"Keputusannya itu disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu.

Selain itu, Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).

"Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Kabinet pada 11 Mac lalu telah menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Seperti diketahui umum Mahathir kini menjadi antara penentang kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Tiada ulasan: