Isnin, 28 Mac 2016

Saya masih ahli DAP atau dipecat? – Ahli Parlimen Kota Melaka

 
Sim Tong Him tidak pasti kedudukannya sama ada masih ahli DAP atau sudah dipecat sejak digantung 6 Februari lalu kerana mengkritik kepimpinan parti itu.


sim-tong-him,DAP


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, Sim Tong Him yang digantung keahlian sejak 6 Februari 2016 masih tertanya-tanya statusnya sama ada kekal sebagai ahli parti itu atau telah dipecat.

Tong Him berkata, beliau akur jika pucuk pimpinan parti memutuskan beliau bukan lagi Ahli Parlimen DAP.

“Saya tidak diberitahu tentang kedudukan sebagai Ahli Pparlimen DAP masih kekal atau tidak? saya tidak diberitahu. apa maknanya gantung keahlian? tidak jadi ahli atau gantung hanya 1 tahun? dan apa tugas saya?

“Yang saya hanya tahu saya ahli parlimen yang dipilih rakyat dan teruskan perkhidmatan saya bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 Februari lalu, DAP telah menggantung keahlian Tong Him dan ADUN Duyong, Goh Leong San selama setahun kerana mengkritik kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun hari ini, Leong San memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka beliau telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan beliau kini mewakili ADUN Bebas.

Tong Him berkata, belau telah memberitahu masalah yang yang dihadapinya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi meminta penjelasan tentang kedudukannya di Parlimen sama ada mewakili DAP atau Bebas.

Katanya, Speaker telah memaklumkan kepadanya bahawa keputusan itu bergantung kepada pimpinan DAP.

Tiada ulasan: