Khamis, 31 Mac 2016

Rafizi tak mahu Arul Kanda pergi begitu saja

Zulaikha Zulkifli


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Hasrat Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk meninggalkan 1MDB mungkin tidak semudah difikirkannya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, pengkritik utama syarikat pelaburan negara sarat hutang itu, berkata Arul Kanda masih bertanggungjawab terhadap dakwaan skandal 1MDB yang berlaku bawah pentadbirannya.

“Dan dia masih bertanggungjawab dengan tindakan sebelum ini," kata Rafizi.

“Saya harap polis cepat tangkap dia untuk siasatan.”

Arul Kanda dilantik menerajui 1MDB setahun lalu di tengah-tengah pelbagai dakwaan skandal terhadap syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dalam wawancara dengan Bloomberg yang berpangkalan di Amerika Syarikat, semalam, Arul Kanda berkata tugasnya dalam 1MDB telah selesai dan beliau sudah melakukan lebih daripada sepatutnya.

Rafizi sebelum ini membangkitkan sebuah lagi dakwaan terhadap 1MDB yang didakwa berlaku pada era Arul Kanda, yang memetik maklumat daripada dokumen kerajaan yang didakwa berstatus sulit.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dakwaan itu dilaporkan kepada pihak polis semalam dan Rafizi telah dipanggil memberi keterangan

Tiada ulasan: