Isnin, 28 Mac 2016

Penasihat UMNO: AMANAH dakwa PAS Terengganu berdolah-dalih

 
Tuduhan itu susulan PAS Terengganu menafikan kenyataan parti itu hanya berminat untuk menjadi Penasihat UMNO bukan ambil alih kerajaan Terengganu.


Raja-Bahrin3KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS Terengganu kerana didakwa berdolah-dalih dan membuat pusingan U berhubung kesediaan parti Islam itu menjadi Penasihat UMNO.

Malah, Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa Pesuruhjaya PAS Terangganu, Saiful Bahri Mamat berbohong apabila sedangkan PAS pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat UMNO pada November tahun lepas.

“Presiden PAS sendiri membuat kenyataan ingin menjadi Penasihat UMNO. PAS tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar kerajaan kerana memadai menasihati saja.

“Kenapa apabila media perdana melaporkan isu PAS jadi penasihat kepada kerajaan UMNO tiada reaksi atau tindakan? Apabila saya sebut perkara ini dianggap fitnah?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula mendakwa penafian PAS itu dibuat kerana mahu meredakan kemarahah ahli PAS dan rakyat di negeri itu.

“Saya percaya ahli PAS dan rakyat Terengganu sudah mula menyampah dengan parti yang berdolak dalih ini. Saya yakin Presiden tidak gembira dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini.

“Sebab itu Pesuruhjaya PAS Terengganu membuat u-turn dalam isu ini dan menafikan apa yang disebut oleh Presiden mengenai peranan PAS menjadi Penasihat UMNO?, katanya.

Tiada ulasan: