Sabtu, 27 Februari 2016

Umno Pagoh tolak keputusan penggantungan Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama


MUAR - Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno.

Setiausahanya, Asraf Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat kerana pihaknya merasakan isu penggantungan yang diputuskan MT dilakukan tanpa mengikut prosedur.

“Kami menolak keputusan ini kerana penggantungan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Mereka secara jelas sanggup mengenepikan amalan demokrasi dalam Umno.

"Selain itu, kami sebagai ahli turut berasa dikianati kerana perlantikan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan adalah dibuat berdasarkan sokongan ahli parti seluruh negara," katanya dalam sidang media mesyuarat Umno bahagian yang dipengerusikan oleh Timbalan Umno bahagian Pagoh, Ismail Mohamad, sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin: Hanya kerana menegur presiden ku 'ditendang'‎]

Menurut Asraf, tindakan Muhyiddin yang juga Ketua Umno bahagian Pagoh sebelum ini yang menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

Beliau (Muhyiddin) hanya mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara,"katanya.


Tiada ulasan: