Khamis, 25 Februari 2016

Perompak larikan dua mesin ATM guna jengkaut

Perompak larikan dua mesin AMT guna jengkaut
Pemilik jengkaut masih dalam siasatan polis.


BESTARI JAYA - Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan ini dilarikan perompak selepas memecah masuk menggunakan jengkaut kira-kira jam 5 pagi, tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, maklumat mengenai kejadian itu diterima daripada seorang lelaki yang memaklumkan bank terbabit dirompak dan suspek melarikan diri menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Suspek dipercayai melarikan diri dengan kenderaan terbabit ke arah Jalan Kuala Selangor," katanya.

Tiada ulasan: