KUALA LUMPUR,  Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat pada hari ini diminta beredar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan merujuk kepada beliau.

“Mereka yang turut hadir yang tidak dijemput hadir diarah keluar.

“Ia merujuk kepada saya. Arahan daripada Setiausaha Agong,” kata Mukhriz sebelum beredar meninggal ibu pejabat Umno, Menara Datuk Onn di sini pada 4 petang.

Mukhriz tiba pada 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat sebelum diminta beredar dari mesyuarat.