Ahad, 31 Januari 2016

Amaran angin kencang, laut gelora di pantai timur

SINAR HARIAN


Angin kencang
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan luar pantai negeri-negeri pantai timur serta Sarawak dan Sabah mulai Selasa (2 Februari) hingga Sabtu (6 Februari).

Kawasan yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan, Kudat dan pantai barat dan pedalaman Sabah, menurut Jabatan Perkhidmatan Meteorolgi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia menyatakan angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 km/jam dan ombak setinggi hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ombak besar: Lapan keluarga berpindah, tiga rumah terjejas]

"Keadaan angin kencang dan luat bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, bot nelayan dan perkhidmatan feri," kata kenyataan itu.

Keadaan cuaca yang serupa dijangka berlaku di Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan pada tempoh yang sama.

Sementara itu, di Condore dan Reef North, keadaan cuaca dijangka berlaku mulai Isnin (1 Feb) hingga Sabtu.

Paras air laut juga dijangka meningkat di kawasasn pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga Khamis. - Bernama


Tiada ulasan: