Ahad, 31 Januari 2016

KEADILAN jangka ramai pemimpin pembangkang senasib Zuraidah

Oleh : NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: KEADILAN menjangkakan lebih ramai pemimpin pembangkang dihalang masuk ke Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata jangkaan itu berdasarkan kekerapan pemimpin yang tidak dapat masuk ke negeri itu sejak kebelakangan ini.

sim-tze-tzim“Sudah tentu ramai pemimpin yang tidak dibenarkan masuk. Malah kita menjangkakan lebih ramai lagi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini .

Tze Tzin berkata, tindakan halangan itu adalah salah disisi perlembagaan dan tidak berhak dihalang atas alasan politik.

Beliau menasihatkan supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membenarkan pemimpin pembangkang memasuki negeri itu dan bertanding secara adil.

“Cara ini salah dari segi perlembagaan. Ketua Menteri perlu benar-benar ikhlas dan membiarkan parti politik bertanding secara sama rata dan adil,” katanya.

Zuraidah Kamaruddin pink 01Baru-baru ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraidah Kamarudin dihalang memasuki negeri itu.

Penamaan calon ditetapkan pada 18 April dan PRN Sarawak ke 11 bakal diadakan 30 April ini.

PRN kali ini menyaksikan 82 buah kerusi dipertandingkan yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi selepas persempadanan semula diluluskan Disember 2015.
-nR-


Mr Os masuk Pas?

Mr Os masuk Pas?


SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.


Fakta ringkas mengenai virus Zika

Astro Awani 
 
Fakta ringkas mengenai virus Zika



Virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat .Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Apa itu virus Zika?

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

nyamuk
Aedes jenis aegypti

Simptom utama demam Zika

- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

zika virus
Foto sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa
Tiada virus Zika di Malaysia?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

BACA: 5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan virus Zika

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa
 

25,000 orang berusia bawah 35 tahun muflis sejak 2010

THE MALAYSIAN INSIDER


Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan  kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 Bank perlu mengetatkan peraturan pengeluaran kad kredit dan pinjaman peribadi untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah golongan muda yang muflis di Malaysia, kata Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon, hari ini.

Beliau berkata peraturan yang longgar ketika ini dan kaedah kelulusan pinjaman peribadi "mudah dalam masa sejam" menggoda pekerja muda untuk berhutang.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan  kad kredit dan hutang pinjaman peribadi.

Solomon berkata pada 2014 nisbah pembayaran hutang isi rumah di Malaysia ialah sebanyak 43.5% yang bermakna hampir separuh daripada pendapatan bulanan isi rumah digunakan untuk membayar hutang. 
 
"Jika trend ini berterusan generasi masa depan negara akan terjejas teruk dan begitu juga ekonomi," katanya.

Individu yang muflis akan berdepan banyak sekatan seperti tidak dapat membuka akaun bank, menjalankan perniagaan atau keluar negara tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Insolvensi dan juga tidak boleh memegang sebarang jawatan pengarah dalam sesebuah syarikat atau memegang jawatan politik.

Solomon mendedahkan kira-kira 7,000 ahli NUBE, atau kira-kira 17.12%, menjalani kehidupan sukar disebabkan  hutang kad kredit.

Ramai golongan muda yang mengambil jalan mudah mendapatkan kad kredit baharu untuk menyelesaikan hutang terkumpul daripada kad kredit lama, katanya.

"Teknik gali dan kambus ini dipromosikan sesetengah bank yang mengeluarkan kad kredit tanpa pemeriksaan yang sewajarnya," katanya sambil menggesa kerajaan untuk membantu mendidik golongan muda dalam pengurusan wang.

Beliau juga menggesa ahli NUBE tidak memilih pengurangan caruman KWSP dengan menyatakan ia akan menjejaskan dana persaraan mereka.

Dalam pengubahsuaian bajet 2016 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pekerja akan diberikan pilihan untuk mengurangkan bahagian caruman mereka daripada 11% kepada 8%  bagi tempoh 21 bulan bermula Mac tahun ini. – Bernama,


Jasad isteri U-Wei yang hilang ditemui di pantai Amerika Syarikat


THE MALAYSIAN INSIDER
 
 
Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lepas setelah 7 hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang yang beriman."

Sebelum itu, pada Rabu lepas U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis: "i love you usah (gail)."

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakannya termasuk Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan. The San Francisco Chronicle melaporkan jasad Gail dijumpai  Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas dilaporkan hilang lebih seminggu.

Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan beberapa teman melaporkan melihatnya kali terakhir pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Beliau bertugas sebagai pengarah penerbitan di Independent Institute, sebuah badan pemikir yang tidak bermotifkan keuntungan di 100 Swan Way, Oakland.

Sementara itu, Independent Institute dalam laman webnya menyatakan sebelum menyertai Institute, Gail adalah Editor Urusan untuk CMP Media dan buku Backbeat di mana beliau menerbitkan buku mengenai muzik, video digital dan kejuruteraan komputer.

Beliau juga tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur selama beberapa tahun dengan menjadi Editor Urusan bagi majalah Malaysian Naturalist.

Gail mendapat sarjana muda Sastera dari Universiti Tennessee dan ijazah sarjana Sastera dalam Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti Ohio. – Bernama,




Rakyat Sarawak perlu undi Adenan semasa PRN – Zahid

 
Adenan merupakan seorang pemimpin yang mewarisi kepimpinan terdahulu


zahid adenan


SIBU: Rakyat Sarawak perlu menterjemahkan keyakinan dan kepercayaan yang ada pada mereka dalam bentuk undi kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka diadakan pada April tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Adenan meneruskan daya kepimpinan yang baik diwarisi daripada pemimpin negeri terdahulu.

“Saya tahu Adenan seorang pemimpin yang sangat popular kerana ucapan dan begitu arif dalam menangani isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat di negeri ini.

“Bila datang pilihan raya negeri, semua rakyat Sarawak harus bersama-sama dalam memberi sokongan penuh mereka supaya beliau boleh terus menerajui kerajaan,” katanya lapor Bernama.

“Sebab itu di tempat-tempat di mana saya mengadakan sesi bertemu rakyat, saya menggesa mereka untuk terus menyokong kerajaan sekarang yang dipimpin oleh seorang yang sangat mesra rakyat,” katanya.

Berhubung kontroversi mengenai cadangan Adenan berkaitan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata sebagai ketua Barisan Nasional negeri ini, Adenan hanya mencadangkannya.

Tetapi pembangkang telah menuduh beliau menetapkan tarikh itu kepada suruhanjaya itu, kata Ahmad Zahid.

“Keputusan muktamad berhubung kedua-dua tarikh ini hanya eksklusif kepada Suruhanjaya itu (SPR).
“Tidak ada keraguan mengenai perkara ini,” kata Ahmad Zahid.

Bank digesa ketatkan peraturan kad kredit – NUBE

THE RAKYAT POST

 

kad
Bank-bank perlu mengetatkan peraturan pengeluaran kad kredit dan pinjaman peribadi untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah golongan muda yang muflis di Malaysia.


KUALA LUMPUR,  Bank-bank perlu mengetatkan peraturan pengeluaran kad kredit dan pinjaman peribadi untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah golongan muda yang muflis di Malaysia.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon berkata peraturan yang longgar ketika ini dan kaedah kelulusan pinjaman peribadi ‘mudah dalam masa sejam’ menggoda pekerja muda untuk berhutang.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan oleh kad kredit dan hutang pinjaman peribadi.

Solomon berkata pada 2014 nisbah pembayaran hutang isi rumah di Malaysia ialah sebanyak 43.5 peratus yang bermakna hampir separuh daripada pendapatan bulanan isi rumah digunakan untuk membayar hutang.

“Jika trend ini berterusan generasi masa depan negara akan terjejas teruk dan begitu juga ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Individu yang muflis akan berdepan banyak sekatan seperti tidak dapat membuka akaun bank, menjalankan perniagaan atau keluar negara tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Insolvensi dan juga tidak boleh memegang sebarang jawatan pengarah dalam sesebuah syarikat atau memegang jawatan politik.

Solomon mendedahkan kira-kira 7,000 ahli NUBE, atau kira-kira 17.12 peratus, menjalani kehidupan sukar disebabkan oleh hutang kad kredit.

“Ramai golongan muda yang mengambil jalan mudah mendapatkan kad kredit baharu untuk menyelesaikan hutang terkumpul daripada kad kredit lama.

“Teknik gali dan kambus ini dipromosikan oleh sesetengah bank yang mengeluarkan kad kredit tanpa pemeriksaan yang sewajarnya,” katanya sambil menggesa kerajaan untuk membantu mendidik golongan muda dalam pengurusan wang.

Beliau juga menggesa ahli NUBE tidak memilih pengurangan caruman KWSP dengan menyatakan ia akan menjejaskan dana persaraan mereka.

Dalam pengubahsuaian bajet 2016 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pekerja akan diberikan pilihan untuk mengurangkan bahagian caruman mereka daripada 11 peratus kepada lapan peratus bagi tempoh 21 bulan bermula Mac tahun ini.

Wak Doyok dikecam peminat pasal rokok

KYRA ALEGRIA

 

wak doyok
Ikon fesyen, Wak Doyok mendapat kritikan orang ramai apabila memuat naik gambar berserta kapsyen mengenai rokok di Instragramnya baru-baru ini. - Foto Instagram Wak Doyok


KUALA LUMPUR,  Ikon fesyen, Wak Doyok mendapat kritikan orang ramai apabila memuat naik gambar berserta kapsyen mengenai rokok di Instragramnya baru-baru ini.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Azwan Shah dikritik hebat ekoran kenyataannya menggambarkan seolah-olah seorang lelaki akan dilihat hebat selagi lelaki itu menghisap rokok.

I never can understand how anyone can not smoke it deprives a man of the best part of life. With a good cigar in his mouth a man is perfectly safe, nothing can touch him, literally,”  katanya.

Antara mereka yang mengkritiknya adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Teruskan merokok dan ia akan menghalang anda daripada hidup anda,” jawab Khairy melalui akaun Twitternya.

“Seseorang mungkin perlu memberitahu Wak Doyok bahawa apa yang dia merokok itu bukan cerut,” tulis pengguna Twitter Nazrin Zain (@Yuecchi86).

The number one cause for lung cancer is definitely definitely definitely is SMOKING..if u want that to happen to ur lung,go for it,but please jgn ajak org lain utk turut serta..saya xmerokok, saya macho je..,” kata pengguna Instagram @ahmedbautista7321.

Ada juga yang mengkritik Wak Doyok disebabkan lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris.

You are an effing moron! learn proper English first, eh?!” ulas Zee Aziz.

Seorang pengguna @akimnasir mendakwa bahawa kapsyen posting Wak Doyok itu bukan original.

Please lah jangan terasa sangat, Wak copy ayat English dia ni dari mobile.brainyquote.com/quotes/quotes/t/thomasmann401348.html,” katanya.

‘Pertemuan esok bukan dengan saya’

THE RAKYAT POST

 

FLY_8985
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan tidak akan hadir namun akan berjumpa pihak Jemaah Pemangku Sultan Kedah secara perseorangan. - Foto TRP/Adib Hakim


ALOR SETAR,  “Pertemuan itu bukan dengan saya, dengan ADUN-ADUN serta Jemaah.”

Itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika diminta mengulas mengenai satu pertemuan antara Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, esok.

Pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kemelut politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ketika ditanya mengenai sebab pertemuan tersebut, Mukhriz berkata kemungkinan pihak Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu mengetahui pendirian politik di kalangan ADUN terlibat.

Bagaimanapun, Mukhriz mengesahkan tidak akan hadir namun akan berjumpa pihak Jemaah Pemangku Sultan Kedah secara perseorangan.

“Mungkin ada beberapa soalan yang Jemaah nak tanya kepada ADUN-ADUN ini untuk memastikan adakah benar mereka mempunyai pendirian seperti yang dilaporkan dalam sidang media pada 20 Januari lalu.

“Saya tidak hadir. Kalaupun saya hadir hanya berjumpa secara perseorangan. Saya tidak akan berada dalam pejabat di mana wawancara itu diadakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Terdapat maklumat bahawa 19 daripada 21 ADUN BN – 17 daripada Umno dan dua MCA – telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai pertukaran Menteri Besar.

Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dilaporkan sebagai berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.

RON95 turun 10 sen bagi Februari 2016

THE RAKYAT POST

 

petrol_pump
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, harga baru runcit petrol yang diumumkan itu bagi bulan Februari berkuat kuasa tengah malam ini.


KUALA LUMPUR,  Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.

Sultan Kedah murka terhadap kumpulan anti Mukhriz

 
Tindakan kumpulan anti Mukhriz itu telah menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri


Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah


ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah dikhabarkan murka terhadap kumpulan yang cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mukhriz dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau menjelaskan keengganan EXCO UMNO Kedah menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di Kedah.

Mukhriz menegaskan, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, beliau mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung dalam sidang media pada 20 Januari lepas dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari lalu segera memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Saya telah menerima khabar sesunguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

“Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintahan ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

“Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media itu, enam daripada sembilan EXCO Kedah tidak menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 27 Januari lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah,” kata Mukhriz dalam kenyataan itu.

Tambahnya, tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari lalu juga disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Malah sebilangan yang hadir pada sidang media itu telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang yang akan dibuat.

“Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Mukhriz meminta setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat sehingga kemelut ini selesai.

Muat naik status berbaur perkauman, polis pantau pengguna Twitter

 
 
Mereka kini diawasi oleh Pusat Tindak balas Penyiasatan Siber (PCRIC).


pDRM


PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau beberapa pengguna laman sosial Twitter yang dipercayai telah menyalahgunakan saluran berkenaan untuk menyampaikan mesej yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Mereka yang terbabit kini berada dibawah pengawasan Pusat Tindak balas Penyiasatan Siber (PCRIC) .

Berdasarkan maklumat yang didedahkan pihak berkenaan, pengguna Twitter terbabit telah memuat naik status berbentuk provokasi terhadap masyarakat India ketika sambutan perayaan Thaipusam baru-baru ini serta keputusan Peguam Negara berhubung sknadal kewangan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Amaran keras turut diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada individu-individu terbabit.

Polis menegaskan akan menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter terbabit serta mengingatkan orang ramai agar tidak memainkan sentimen perkauman.

Bagaimana peguam negara tahu RM2.6 bilion Najib bukan dari 1MDB, soal Tony Pua

THE MALAYSIAN INSIDER

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih belum mengesahkan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kerana menurut SPRM, siasatan ke atas wang derma itu masih belum lengkap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih belum mengesahkan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kerana menurut SPRM, siasatan ke atas wang derma itu masih belum lengkap. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh menolak kemungkinan sejumlah AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana yang disalahgunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian daripada derma RM2.6 bilion yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tony Pua. 
 
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata, Apandi masih belum mengesahkan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kerana menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan ke atas wang derma itu masih belum lengkap.

"Persoalan yang perlu kita tanya Apandi ialah, bagaimana beliau boleh berpuas hati yang, walaupun sekiranya dana yang disimpan dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu datangnya daripada penderma Arab misteri, wang itu tidak berasal dari 1MDB?

"Timbalan pengarah operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull secara terbuka menyatakan, siasatan terhadap RM2.6 bilion itu masih tidak lengkap kerana penyiasat perlu mengumpul dokumen dan kenyataan beberapa individu daripada institusi kewangan di luar negara. 
 
 "Shukri berkata, suruhanjaya itu memfailkan permohonan kepada peguam negara untuk mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA).

"Bagaimanapun, Apandi sudah pun membuat kesimpulan yang 'tidak ada keperluan' bagi Malaysia membuat permintaan MLA kepada mana-mana negara asing untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung sumbangan itu," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Selasa, Apandi memberitahu satu sidang media, sumbangan AS$681 juta daripada keluarga diraja Arab yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib diberikan "tanpa sebarang pertimbangan".

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1MDB mendapati, sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat milik kerajaan Malaysia disalahgunakan.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga melahirkan kebimbangan terhadap keputusan Apandi menghentikan siasatan ke atas dana yang dipindahkan ke dalam akaun Najib itu, mengatakan langkah itu boleh menjejaskan siasatan negara itu dalam kes 1MDB.

Mengulas kenyataan itu, Apandi berkata, siasatan yang sedang Switzerland jalankan ke atas 1MDB berasingan daripada kes derma itu.

Tetapi Pua berkata, hubungan antara 1MDB dan derma itu mesti disiasat kerana ada "keterangan mengikut keadaan" sekitar urus niaga itu.

"Jumlah AS$681 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri dibuat dalam tempoh lima hari selepas 1MDB berjaya mengumpul AS$3 bilion dalam bentuk bon pada Mac 2013," kata Pua.

The Wall Street Journal (WSJ) juga melaporkan, wang itu dipindahkan ke dalam akaun Najib melalui sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tanore Finance Corp Limited memindahkan dana melalui Falcon Private Bank di Singapura, sebuah bank Swiss milik syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC), lapor WSJ.

"IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS seterusnya memeterai pelbagai perjanjian kewangan dan usaha sama dengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd membabitkan berbilion dolar.

"Siasatan ke atas sumber derma berbilion ringgit Najib itu tidak boleh dianggap lengkap tanpa menyiasat jejak wang ke luar negara 1MDB, IPIC, Aabar, Tanore Finance dan Falcon Bank," kata Pua.

Pua juga menggesa Apandi mengisytiharkan yang beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland dan memenuhi permintaan SPRM untuk mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kawal selia asing.


PERSOALAN BARU DALAM KEMELUT MB KEDAH

shahbudindotcom

 

 
 
 
Rancangan menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini menimbulkan persoalan baru  berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah dilaporkan ingin menemui kesemua 21 ADUN BN negeri itu secara individu terlebih dahulu.

Pertemuan itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti ADUN bersetuju dengan rancangan menukar Mukhriz atau sebaliknya.

Mukhriz juga akan turut dipanggil, tetapi beliau akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah.

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Jemaah Pemangku Diraja Kedah ingin menemui kesemua 21 ADUN BN itu?

Apakah ia semata-mata kerana Mukhriz enggan mengundurkan diri dan yakin sokongan masih berpihak kepadanya?

Jika begitu, apakah akaun bersumpah yang sudah dibuat oleh 19 daripada 21 ADUN BN sebelum ini masih lagi tidak mencukupi atau ianya tidak begitu diyakini?
 
 
 
 
 
Apakah pertemuan Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah pada Jumaat lalu untuk maksud yang sama sambil mempersembahkan nama calon Menteri Besar yang baru, dianggap gagal dan menemui jalan buntu?

Apakah pertemuan pemimpin UMNO Kedah dengan Najib di ibu pejabat UMNO dan kemudian diikuti dengan pertemuan kedua antara ADUN-ADUN Kedah dengan Perdana Menteri serta sidang akhbar di Alor Setar yang diketuai oleh Ahmad Bashah minggu lalu, dianggap tidak bermakna apa-apa dan membuang masa saja?

Tidakkah permintaan untuk bertemu dengan ADUN-ADUN itu merupakan tanda tersirat bahawa Istana Kedah lebih mahukan Mukhriz terus dikekalkan memimpin negeri itu?

Apakah kesemua ADUN yang sudah menandatangani akaun bersumpah itu terus kekal dengan pendirian mereka atau akan "goyang" apabila bercakap dan diminta berterus-terang secara individu di depan Jemaah Pemangku Diraja?

Mungkinkah juga ADUN-ADUN itu nanti akan diyakinkan untuk terus menerima Mukhriz demi kepentingan rakyat dan negeri Kedah secara keseluruhannya? 


Pergolakan politik Umno Kedah selesai?

MSO

Secara tektikalnya pergolakan politik Umno Kedah sudah hampir selesai apabila parti itu sudah menamakan MB baharu sebagai mengganti Mukhriz Mahathir. Usaha Mukhriz dan kuncu-kuncunya untuk mempertahankan diri nampaknya gagal. Pemerhati hanya menunggu pengumuman rasmi siapa MB baharu Kedah itu.

Sukar untuk ditentukan siapa MB baharu Kedah kerana ramai yang berkelayakan. Bagaimana pun pemilihan MB itu pasti dibuat terhadap orang yang tidak meneruskan kontroversi. Seorang calon yang boleh meredakan pergolakan itu dan diterima umum dinamakan. Umno Kedah perlu aman dan diamankan selepas ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mungkin orang itu bukan Ahmad Bashah Md Hanafiah, atau pun Ahmad Lebai Sudin. Kerana kedua nama ini sejak awal-awal lagi sudah diapungkan tetapi nilai mereka tidak berapa tinggi. Saham mereka tidak naik. Boleh jadi Exco paling kanan yang juga berkelulusan luar negeri yang akan bernasib baik? Ahmad Lebai Sudin boleh dilantik menjadi Exco.

Jadi apabila nama sudah dipilih, bermakna krisis politik sudah selesai, di satu pihak. Bagaimana pun dipihak Mukhriz ia masih berterusan dan dianggap perang politiknya baru bermula. Mungkin selepas ini ada gerakan tertentu demi membela Mukhriz. Biasalah, kata orang peringkat awal begitulah. Tetapi apabila selesai nanti semuanya reda. Seperti keriuhan semasa kenduri, kedengaran segala macam, piring pecah, gelas jatuh atau pinggan retak atau gayung patah.

Tetapi selepas kenduri apabila semua perkakas disimpan semuanya kembali kepada asal. Yang pecah diganti yang retak ditampung dan yang patah juga diganti.

Mukriz boleh bertindak untuk membela dirinya. Beliau boleh memanggil dan menghimpun para penyokongnya. Namun sejauh mana sangat mereka akan bersama? Untuk beberapa hari mungkin boleh tetapi bukan untuk berbulan. Untuk berlama ia memerlukan energi. Mukhriz bukan tokoh besar atau hebat yang dapat mengarcakan auranya sendiri. Dia hanya anak kepada bekas PM. Itu sahaja.

Persatuan pelajar Sains Mara (Ansara) tidak cukup ampuh untuk menjadi benteng dan kubu mengangkatnya.

Tindakan paling baik bagi Mukhriz ialah mendiamkan diri dan membina kekuatannya dalam Umno. Beliau harus meletakkan dirinya sebagai tokoh penting dalam Umno. Itu pun kalau Umno tidak memecatnya. Dan kalau Umno memecatnya, maka jalan lain harus dicari jika beliau ingin terus bermain politik dan survive dalam politik.

Saya tidak berminat untuk memperkatakan tentang Mukhriz lagi, tetapi akan cuba menyuluh tindakan Najib Razak menyusun semula partinya, khasnya pelantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu. Pelantikan Annuar itu tentu ada signifikan tersendiri. InysAllah akan disorot malam ini atau esok.

Isu RM2.6 Bilion: Najib Terlepas Kerana Dah Tukar Peguam Negara

KELAB GREENBOC


Keputusan derma RM2.6 bilion berbeza jika peguam negara tidak ditukar, kata pembangkang

Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.

"Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan.

"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas.

"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."

Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu.

"Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian.

"Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah," katanya.

Apandi dalam satu kenyataan hari ini berkata, disebabkan perkara itu, nama Najib kini dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International, sebuah syarikat milik kementerian kewangan di mana Najib menterinya.

"Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.

"Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP)," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.

SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada tahun 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya. -TMI
Rafizi: Siapa pula luluskan pindahan wang SRC?

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melahirkan beberapa persoalan berkenaan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ia selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan jumlah wang yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB itu.

"Penjelasan setakat ini tidak menjawab soalan utama - sejak RM42 juta telah dipindahkan dari SRC, siapa dalam SRC beri kuasa untuk lakukan pemindahan?" soal naib presiden PKR itu.

Rafizi berkata, untuk melakukan pemindahan, SRC pastinya memerlukan nombor akaun Najib dan perkara yang paling tidak mustahil mungkin ialah ia diberikan oleh perdana menteri sendiri.

"Justeru, bagaimana Najib memberikan nombor akaun tetapi tidak mengingati wang yang masuk ke akaunnya adalah dari SRC?"
tanya beliau.

Apandi hari ini berkata, bukti menunjukkan perdana menteri percaya sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepadanya sebelum ini berasal dari sumbangan politik keluarga diraja Arab Saudi.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan PM memberi apa-apa kelulusan untuk pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadi beliau," katanya.

Apandi berkata demikian ketika menjawab dua kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – berkaitan kes SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

RM2.6 bilion telah dipindahkan pada tahun 2013 manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015.

Sementara itu, Rafizi mengibaratkan isu tersebut seperti perlawanan pingpong, apabila Apandi berkata Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi tersebut pada bulan Ogos 2013.

"Najib berkata beliau mendapat derma RM2.6 bilion, entah bagaimana dia kembali semula.

"Kemudian setahun kemudian, entah macam mana penderma Arab yang murah hati derma RM42 juta lagi ke dalam akaunnya melalui SRC," katanya.
-mk

Apa Akan Berlaku Kepada Negara, Soal Nazir Razak

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
PETALING JAYA: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak yang membandingkan satu plot dalam program TV di HBO, 'Games of Thrones' dengan iklim politik Malaysia berkata, beliau bimbang dengan apa yang berlaku kepada negara.

Menerusi akaun instagram beliau pada Sabtu, Nazir berkongsi sebuah poster program TV berkenaan yang menunjukkan seorang watak berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar melalui kawasan berkabus.

"Oleh itu, apa yang akan berlaku? Persamaan dengan GoT (Game of Thrones) berterusan.

"Saya bimbang dengan masa depan: Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang 'dicemari', bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh diperbaiki," kata Nazir yang merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazir berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.

Tambah Nazir, beliau percaya Malaysia memerlukan Majlis Perundingan Negara.

'Games of Thrones' berdasarkan siri novel fantasi, 'A Song of Ice and Fire' karya penulis terkenal, George R.R. Martin.

Sarawak Makin 'Panas'

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
 
KUCHING: Suhu demam pilihan raya di Sarawak semakin meningkat selepas Tan Sri Adenan Satem membuat pengumuman mengejutkan dengan menyatakan bahawa hari pengundian mungkin diadakan pada 30 April depan.

Secara kebetulan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berada di negeri ini pada Sabtu untuk menghadiri acara-acara yang berasingan.

Ahmad Zahid yang berada di Sibu memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat sekurang-kurangnya dua kunjungan dalam tempoh sebulan ke Sarawak namuan kini menetapkan bahawa akan berada di sini sebanyak tiga kali pada bulan Februari.

Pada Jumaat malam, ketika majlis pelancaran seminar pilihan raya kecil kawasan Satok, Adenan membuat kejutan apabila mengumumkan 18 April sebagai hari penamaan calon dan 30 April sebagai hari mengundi bagi PRN akan datang.

Katanya, beliau telah mencadangkan tarikh-tarikh ini semasa mesyuarat dengan SPR.

Namun presiden parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar di Sarawak iaitu PRS, Tan Sri James Masing turut terkejut dengan pengumuman itu.

"Ketua Menteri nyatakan kepada kami kemungkinan ia diadakan pada bulan April. Namun apabila beliau terus umumkan tarikh dan bukannya SPR...ia adalah satu kejutan," kata Masing kepada The Star.

Sambil menyifatkan langkah Adenan sebagai "tidak pernah berlaku sebelum ini", beliau berkata: "Tetapi kerana beliau telah memenuhi SPR, jadi saya anggap pengumuman beliau sudah diaturkan".

"Sebagai ketua parti komponen Barisan, tugas saya adalah untuk memastikan parti bersedia untuk mempunyai pilihan raya. Dan kami bersedia."

Begitu juga Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata bahawa parti itu yang terlibat dalam krisis pembahagian kerusi dengan parti serpihan iaitu UPP, juga menyatakan kesediaan mereka.

"Kami bersedia untuk pilihan raya negeri," kata Dr Sim.

Walau bagaimanapun, Rise of Sarawak Efforts (Rose), iaitu NGO versi Bersih di negeri ini mengecam pengumuman Adenan.

"Selepas gabenor bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri, ia adalah tanggungjawab SPR untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian," kata ketuanya Ann Teo yang juga seorang peguam.

Beliau berkata Adenan telah membelakangkan Perlembagaan negeri.

Bashah kecundang sebelum Mukhriz tumbang



Oleh Muammar Qaddafi


Nasib Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah pun ditentukan, beliau bakal kehilangan kerusi menteri besar Kedah bila-bila masa saja. Hanya persoalan bila saja yang masih menjadi tanda tanya.

Persoalan lambat atau cepat ini bergantung pada Istana dan tekanan rakyat Kedah. Jika tekanan kuat daripada 2 kumpulan ini maka mahu tidak mahu Datuk Seri Najib Razak perlu mengekalkan Mukhriz untuk satu tempoh lagi. Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang semalam juga dipercayai membincangkan tentang masa depan Mukhriz.

Namun begitu, rezeki Ahmad Bashah Md Hanipah,watak utama dari Kedah yang begitu agresif menyerang kepimpinan Mukhriz pun dikatakan tidak begitu baik apabila Berita Harian melaporkan 3 nama yang dihantar ke Istana bagi menggantikan Mukhriz tidak termasuk nama Bashah.


Sekarang kita hampir nampak permainan dalang utama krisis ini, sikap Bashah terhadap Mukhriz akan menyebabkan rakyat Kedah meluat dan menolak Bashah yang kononnya bakal menggantikan Mukhriz namun apabila nama lain yang dicadangkan, persepsi rakyat akan sedikit dikelirukan kemudian mereka akan lebih lega kerana bukan Bashah yang akan mengambil alih kepimpinan.

Maka penentangan awal terhadap pengambilalihan ini akan berkurangan dan kerosakan dapat sedikit sebanyak dikurangkan.

Pada masa yang sama, The Malaysian Insider melaporkan Pemuda PAS yakin dapat menawan Kedah walaupun krisis menteri besar Kedah tidak berlaku kerana pertambahan ahli baru PAS di negeri Jelapang Padi itu.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya mendakwa PAS mampu bersaing melalui ahli baharu seterusnya peluang untuk merampas kembali Kedah yang mereka hilang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sangat cerah.

Namun begitu, daripada sumber lain dikhabarkan ahli PAS sedia ada Kedah hari ini dikatakan semakin kecewa dengan PAS berdasarkan 2 faktor iaitu hubungan baik PAS - Umno dan hubungan akrab PAS - Perkasa.

Sudah tidak menjadi rahsia PAS kini lebih rapat dengan Umno berbanding zaman kepimpinan Datuk Fadzil Noor dan allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi mursidul am, bahkan hubungan dengan Perkasa dengan adegan peluk menimbulkan rasa gelisah penyokong PAS Kedah yang dulunya mendapat pendidikan politik secara langsung oleh allahyarham Fadzil yang berasal dari negeri itu.

Isu memali yang begitu dekat di hati rakyat Kedah juga membuatkan mereka tidak dapat menerima hubungan baik PAS - Umno apatah lagi pentadbiran Najib hari ini begitu menindas rakyat.

Namun begitu kita percaya jika PAS dan Umno bersatu dan menjalin kerjasama politik, survival politik mereka mungkin boleh dilanjutkan apabila masing-masing boleh melengkapkan satu sama lain dari sudut memainkan isu perkauman dan keagamaan untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Jenayah suapan kini sah di sisi undang undang?



Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Dengan keputusan peguam negara untuk mengiktiraf wang derma berbilion ringgit kepada pegawai tinggi kerajaan sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan maka memudahkan para pengamal undang-undang yang membela anggota polis, JPJ dan kakitangan kerajaan lain yang dituduh menerima rasuah.

Para peguam temasuk penulis tidak akan ragu berhujah dalam mahkamah yang anak guam masing-masing cuma menerima derma saja bukannya suapan.

Sekalipun derma adalah satu kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 namun disebabkan keputusan peguam negara yang terbaru maka ia boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk memohon kepada mahkamah yang mulia supaya membebaskan anak guam masing-masing.


Dengan pengumuman peguam negara juga, para penerima rasuah boleh lah terus menerus menerima rasuah seperti biasa dan menyimpan wang tunai di setiap sudut rumah dan juga ditanam di dalam tanah tanpa ragu kerana mereka tahu yang mereka kini akan terlepas daripada hukuman selepas mereka didakwa di mahkamah nanti.

Malah pernah ada kes yang satu bilik khas dalam rumah digunakan untuk menyimpan wang tunai.
Kini golongan ini tidaklah perlu risau lagi.

Pegawai pejabat tanah yang terlibat dengan kes bauksit pun tidak perlu risau lagi, tenangkan fikiran kerana mengetahui mereka akan dibebaskan bila tiba hari bicara di mahkamah nanti.

Semalam satu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan di hadapan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan di mana peguambela Manjit Singh Dhillon dalam kes berkenaan merayu agar perayu dibebaskan daripada hukuman rasuah kerana menerima derma politik ketika negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, perayu adalah pegawai khas menteri besar Selangor ketika itu.

Malah peguambela membacakan hansard Parlimen kepada Mahkamah Rayuan di mana seorang menteri berkata tiada sebarang undang-undang yang mengatakan menerima derma politik itu satu kesalahan.

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan.

Perlu disebut yang timbalan pendakwaraya bagi pihak SPRM cuba berhujah yang perayu yang menerima derma politik juga membuka akaun yang berbeza yang menunjukkan unsur tidak jujur untuk menerima derma politik.

Namun perayu tetap tidak perlu bimbang kerana kes terbesar berbilion ringgit yang diputuskan peguam negara juga penerima derma politik tidak memasukkan wang ke akaun partinya tetapi sebaliknya kepada beberapa akaun peribadinya sendiri juga dianggap tiada kes malah peguam negara mengarahkan kes berkenaan ditutup.

Malaysia ini menjadi negara paling bertuah untuk pegawai kerajaan menerima wang sekalipun dengan kadar yang banyak yang cuma perlu dianggap derma bukan lagi suapan.

Justeru, adalah dicadangkan peguam negara membawa pindaan kepada Akta SPRM 2009 untuk membatalkan derma dan menerima derma sebagai pemegang amanah sebagai satu kesalahan .

Perlembagaan Persekutuan juga dicadangkan dipinda untuk memudahkan seseorang yang tiada kelulusan undang undang hatta darjah 6 sahaja sekalipun layak dilantik menjadi peguam negara memandangkan semakin bodoh peguam negara semakin mudah segala bentuk perbuatan jenayah tidak lagi dikategorikan sebagai jenayah.

Kriteria baru paling penting untuk menjadi peguam negara selepas pindaan Perlembagaan ialah pernah aktif dalam parti politik dan pernah  bertanding dalam pilihan raya umum mewakili mana-mana parti politik .
Peguam negara juga berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk tafsiran.

Mahkamah Persekutuan ialah tempat berkerja asal peguam negara selepas dinaikkan pangkat secara ekspres selepas menjadi persuruhjaya kehakiman pada 2003.

Justeru Mahkamah Persekutuan mungkin forum yang kurang sesuai untuk tujuan itu.

Satu mekanisma baharu perlu diluluskan Parlimen contohnya biarlah peguam negara menjawab terus kepada ahli Parlimen walaupun ramai yang dungu namun Dewan Rakyat masih ada Rafizi , Tony Phua, Nurul Izzah, Lim

Kit Siang dan lain yang sekalipun berhujah dengan fakta tetap akan ditewaskan dengan sekadar undi golongan yang tidak mempunyai akal yang waras kecuali menurut arahan ketua semata mata ataupun jika tidak diarahkan sekalipun mempunyai semangat kesukanan mengampu yang tinggi.

Majulah mengampu untuk negara.

Inilah transformasi yang paling berjaya iaitu menghalalkan jenayah suapan sebagai derma halal yang boleh diterima dan dipulangkan bakinya tanpa pengetahuan penderma , sekalipun taklimat tertutup dan kenyataan terbuka beberapa orang pemimpin parti berkenaan pernah mengisytiharkan keseluruhan wang derma berbilion ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya. Wallahualam.

*Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguambela dan peguamcara.

Novel Pantai Kasih: PENA minta SPRM 'masuk'

Anne Muhammad

  




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta menyiasat sama ada pemilihan naskhah Pantai Kasih sebagai bahan pembelajaran di sekolah dibuat mengikut prosedur sepatutnya.

Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA) Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata dia dimaklumkan bahawa naskhah karya Azmah Nordin itu pada asalnya tidak tersenarai untuk dinilai panel pemilih.

Justeru, katanya, kemunculan judul itu di peringkat kemudian menyebabkan wujud tanda tanya.

“SPRM perlu menjalankan siasatan bagi membersihkan kalau ada penyelewengan,” katanya kepada Malaysiakini di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini.

Aku Kassim lebih rela letak jawatan

Alyaa Alhadjri


 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.

Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.

“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.

Memo itu dipercayai dikeluarkan ekoran serangan bloger terhadap pegawai SPRM selepas pengarah operasi khas suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohd Zin membuat kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu Bahri berkata SPRM berkemungkinan besar akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) menutup dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.

"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.

Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.

Abu Kassim turut mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan perdana menteri dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International.

Mukhriz desak ketua Umno, exco mohon maaf

Mukhriz
Mukhriz


ALOR SETAR - Semua 14 Ketua Umno bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam exco yang tidak hadir Mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu didesak segera memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sehingga kemelut itu selesai, semestinya setiap exco dan adun melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Di saat rakyat Kedah sedang bergembira meraikan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin Umno negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan menteri besar.

“Tindakan 12 ketua bahagian dan dua timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam Umno mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari lalu adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga Adun Ayer Hitam itu berkata demikian menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, perbuatan kumpulan itu telah mencemar pelbagai acara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.

“Saya menerima khabar sesungguhnya Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

“Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa exco yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing,” katanya.

Mukhriz berkata, turut mendukacitakan, enam daripada sembilan exco tidak menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 27 Januari lalu.

“Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Sebagai exco, keengganan menghadiri Mesyuarat Exco menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur kerajaan negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Jelasnya, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah juga memaklumkan turut murka dengan keingkaran Exco berkenaan.

“Selaku Pengerusi Umno Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli Umno yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.


21 ADUN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok

 
Perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong rancangan menukar Mukhriz.


jemaah-pemangku


PETALING JAYA: Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan satu pertemuan bersama 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada Isnin.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu Menteri Besar di negeri berkenaan, lapor The Star, hari ini.

Memetik sumber politik, akhbar itu melaporkan, perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong rancangan menukar menteri besar itu.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan menemui semua 21 wakil rakyat dari BN, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimanapun, pertemuan dengan Mukhriz akan dilakukan secara berasingan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua UMNO, Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengumumkan 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian di negeri itu mahu Mukhriz disingkirkan dan merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuangnya.

Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur bagi mengemukakan tiga calon bagi menggantikan Mukhriz.

Adakah 1MDB di sebalik sumbangan RM2.6 bilion? – Tony Pua

 
Siasatan lanjut perlu dilakukan untuk menentukan sumber asal sumbangan itu susulan kenyataan terbaharu Pejabat Peguam Negara Switzerland


tony-pua,apandi,1mdb


KUALA LUMPUR: Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mendesak siasatan lanjut untuk menentukan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak datang daripada dana 1MDB.

Beliau mempertikaikan penemuan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi dan “tanpa sebarang balasan”.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland, yang menyatakan mereka percaya bahawa sehingga AS$ 4 bilion kemungkinan disalahgunakan oleh 1MDB.

Pua berkata, ia sekaligus mempertikaikan kenyataan Apandi sebelum ini bahawa derma itu tiada kaitan dengan 1MDB.

“Walaupun dana yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dinyatakan datang daripada penderma misteri Arab tetapi adakah wang itu bukan asalnya daripada 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara terbuka menyatakan bahawa siasatan RM2.6 bilion tidak lengkap tanpa maklumat daripada institusi kewangan luar negara.

Pua berkata, Apandi tidak dapat menyakinkan supaya menolak kemungkinan sebahagian daripada AS$4 bilion dana yang dipercayai disalahguna tidak disalurkan ke akaun Najib.

“Hubungan antara 1MDB dan Najib mesti disiasat dengan teliti berdaarkan keterangan mengikut keadaan sekeliling urus niaga,” katanya.

Pua berkata siasatan derma itu tidak boleh dikatakan lengkap tanpa menyiasat jejak wang yang melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya seperti International Petroleum Syarikat Pelaburan Abu Dhabi, anak syarikat pelaburan Aabar , Tanore Finance dan Falcon Bank.

Beliau juga menggesa Peguam Negara menunaikan permintaan SPRM untuk mendapatkan bantuan undang-undang pihak berkuasa kawal selia antarabangsa dengan segera.

Najib bebas tuduhan RM2.6 bilion hanya fantasi – Akhbar UK

 
Akhbar mingguan itu menerusi ruangan komentar mengulas keputusan Peguam Negara yang mengisytiharkan Najib tidak melakukan jenayah dalam isu derma RM2.6 bilion.


najib,sunday


KUALA LUMPUR: Akhbar Ahad UK, the Observer menganggap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhan terhadapnya dalam isu RM2.6 bilion adalah tidak benar sebagai satu ‘fantasi.’

Dalam ruangan komentar hari ini mengenai deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib, hasil siasatan Peguam Negara minggu lalu, dan isu tidak berkesudahan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akhbar itu berkata:

“Skandal itu akan terus menghantui pengundi yang kini semakin kurang sebab untuk mempercayai mereka yang terus memimpin mereka atas dasar status (privilege), kekayaan dan ketaksamarataan.”

Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati tiada perbuatan jenayah dalam isu itu dan mengisytiharkan Perdana Menteri bersih daripada tuduhan apabila mendakwa wang itu derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi bertujuan menyokong kempen pilihan raya Barisan Nasional pada 2013.

“Ia tidak akan dilupakan FBI dan penyiasat di Switzerland serta Hong Kong yang masih menyiasat 1MDB. Dan ia mengetengahkan deficit demokratik Malayia yang seemakin merudum, tidak kiralah dari segi dana kempen yang meragukan, manipulasi pilihan raya dan campur tangan asing, penindasan hak asasi manusia, pentadbiran kerajaan yang lemah serta tidak boleh dipercayai, malah bergelumang rasuah,” kata akhbar itu.

Akhbar mingguan itu tidak memberikan maklumat tambahan untuk menjelaskan kesimpulan yang dicapai, sebaliknya memetik laporan Human Rights Watch bulan ini selain laporan oleh Wall Street Journal; ia turut menyebut sumber dipetik Malaysia Chronicle serta BBC mengenai wang didakwa diderma keluarga diraja Saudi itu.

Menurut The Observer, laporan Apandi mengakibatkan kecelaruan selepas ‘sewenang-wenangnya terus menolak dakwaan rasuah yang sepatutnya mampu menghancurkan kerjaya politik Najib’.

Akhbar itu turut menggambarkan Najib ‘semakin dianggap rakyatnya sebagai tidak layak memerintah negara selepas mewarisi jawatan Perdana Menteri’.

Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung Haji

Dr-Ariffin-Omar-480x300

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR : Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.

“Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?

“Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus?  Apa salahnya jika saya persoalkan?” katanya kepada Roketkini.

Baru-baru ini, Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.

Sebaliknya, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan nada perkauman sempit memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.

Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sentimen perkauman semata-mata kerana membuat teguran,  Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar.

“Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama,” katanya kepada RoketKini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menuntut pentadbiran Tabung Haji supaya memberi penjelasan sama ada institusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.

Beliau berkata, ia berikutan kecenderungan pentadbiran Tabung Haji menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanan pendeposit.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nilai rizab terkumpul Tabung Haji menunjukkan nilai negatif dengan kerugian terkumpul lebih besar dari RM351 juta berdasarkan penyata laporan bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit.

Ia bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan dan kekurangan dana RM351 juta.


Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia

Suhaila Said







"Saya amat berpuas hati dengan pembangunan Kuala Lumpur sekarang, bandar raya ini sudah maju bertaraf dunia".

Demikian pandangan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar sebaik ditujukan soalan berhubung pencapaian Kuala Lumpur pada masa kini.

Elyas yang pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar sejak 1981 hingga 1992 kagum dengan wajah kota metropolitan itu yang kini dijadikan penanda aras prestasi kemajuan Malaysia.

"Perancangan kita sudah tercapai dengan pengangkutan awam yang world standard, sistem kita lebih canggih, projek Transit Aliran Massa (MRT) yang sedang dibuat pun sama canggih dengan bandar-bandar maju seperti New York, San Francisco...," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau juga memuji perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membentuk sebuah bandar raya yang membangun dengan pesat serta menjadikannya lokasi tumpuan pekerjaan sehinggalah mencatatkan peningkatan penduduk di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Elyas mencadangkan agar pihak DBKL dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memberi fokus dalam memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik di dalam kawasan bandar dengan harga yang berpatutan.

Bandar raya bawah tanah

Beliau meluahkan rasa kecewa ekoran harga rumah di dalam bandar sekarang yang dilihat terlalu tinggi sehingga golongan berpendapatan sederhana tidak mampu untuk membelinya.

Selain itu, pada sesi temu bual sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan diraikan esok, beliau turut mencadangkan agar DBKL membangunkan semula kawasan yang diklasifikasi sebagai 'kawasan usang' menjadi perkampungan baru.

Katanya, kawasan usang merupakan kawasan yang diduduki penduduk asal Kuala Lumpur pada zaman darurat antaranya seperti di Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, Gombak dan Kampung Jinjang.

"Bangunkan semula rumah atau bangunan yang sudah berusia melebihi 50 tahun, jadikannya sebagai kampung tradisi yang lebih teratur dan berkonsepkan reka bentuk inovatif," katanya yang mencadangkan agar ciri-ciri tradisinya dikekalkan.

Beliau berkata, pembangunan semula seperti ini dapat membantu Kuala Lumpur dikembangkan secara menyeluruh dengan menjadikan kawasan lain sebagai kawasan tumpuan selain pusat bandar.

Selain itu, Elyas turut mencadangkan beberapa pelan pembangunan untuk membangunkan Kuala Lumpur antaranya, mengkaji kaedah untuk mewujudkan Underground City seperti di Montreal, Canada iaitu pembangunan di bawah tanah yang meliputi pembinaan jalan raya dan pusat perdagangan.

Katanya, ekoran tanah di Kuala Lumpur kian pesat membangun dan semakin terhad, adalah baik sekiranya kajian dilaksanakan dalam mewujudkan sebuah bandar di bawah tanah.

Dari segi infrastruktur pengangkutan, beliau mencadangkan agar Transit Aliran Ringan (LRT) diperluaskan di seluruh kawasan dalam bandar raya bagi membantu warga kota untuk beralih menggunakan pengangkutan awam selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Elyas yang pernah menjadi Datuk Bandar selama 11 tahun itu juga menyatakan kesediaan untuk membantu dalam memberi khidmat nasihat dan pandangan kepada DBKL dalam menstruktur pembangunan di bandar Kuala Lumpur.- Bernama

Negara perlu menteri bijak, bukan bahan jenaka

MALAYSIAKINI


 


Tunku Mahkota Johor berkata, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara ini adalah mengetepikan beberapa menteri yang menjadi "bahan jenaka".

Katanya, Malaysia perlukan "menteri bijak" yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Kenyataan Tengku Ismail Sultan Ibrahim itu dibuat ketika ada beberapa pihak didakwa "sedaya upaya untuk mendiamkan" beliau.

"Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia lain.

"Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara," katanya dalam kenyataan disiarkan di Facebook.

Bagaimanapun Tengku Ismail tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan, atau pihak yang cuba mendiamkan beliau.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah pengubahsuaian belanjawan 2016 ekoran kesan kejatuhan harga minyak dunia serta kemerosotan nilai ringgit.

Ada bahagian masih lemah
Katanya, apabila ada isu politik diperkatakan, ia bukan untuk beliau atau bersifat peribadi sebaliknya dilakukan demi rakyat.

Menurut Tengku Ismail beliau kini amat mengambil berat tentang keadaan politik di negara ini.

Rakyat juga, katanya, perlu turut serta untuk menjadikan negara ini tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang.

"Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

"Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi.

"Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka.

"Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka," katanya.

Tengku Ismail juga berjanji untuk terus bersuara untuk "memperbaiki bahagian-bahagian tertentu yang masih lemah" demi kepentingan rakyat.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota (Johor) untuk berkhidmat kepada rakyat Johor," katanya.