Selasa, 29 Disember 2015

'Ustaz YouTube' dipantau dengan kerjasama jabatan agama

Othman Mustapha
Othman Mustapha
 
 
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan sentiasa memantau secara konsisten perkembangan ajaran yang disampaikan ‘Ustaz YouTube' (penceramah tanpa tauliah) di media sosial.

"Jakim juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.

"Berkaitan dakwaan berkaitan isu ‘Ustaz YouTube' yang membawa pemikiran tidak selari dengan aliran aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Jakim telah maklum berkaitan isu ini.

"Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, Jakim akan bekerjasama dengan pihak  Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekat video penceramah dakyah ekstremis]

Katanya, Jakim juga bekerjasama dengan pihak  Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara.

"Jakim dari semasa ke semasa bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini," akhiri beliau.

Sebelum ini, SKMM digesa menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.

Pendakwah, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, langkah itu bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibendung lebih awal

Tiada ulasan: