KUALA LUMPUR,  Untuk warga emas Mona Chin, bidang kejururawatan bukan hanya kerjaya tetapi ia adalah tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan.

Beliau bekerja selama lebih 30 tahun sebagai jururawat sebelum bersara tetapi apabila meninggalkan pekerjaan itu, kerja-kerjanya masih belum selesai.

Selepas bersara, Chin, kini 72, mula menggunakan masa dan tenaganya menabur keringat kepada rakyat yang memerlukan.

“Saya tidak bimbang mengenai wang dan gembira dengan apa yang saya lakukan di akhir usia ini.

“Jika saya boleh lakukan perkara ini hingga ke tahap ini – memberi khidmat dengan belas kasihan, hormati-menghormati – kehidupan akan menjadi lebih bermakna,” katanya kepada The Rakyat Post.
mona chin 1
Selepas bersara, Chin, kini 72, mula menggunakan masa dan tenaganya menabur keringat kepada rakyat yang memerlukan. – Foto Ihsan Hope Worldwide Malaysia
Chin adalah seorang jururawat yang bertugas sebagai pengurus klinik di Klinik Percuma Sentul di bawah operasi Hope Worldwide Malaysia, yang ditubuhkan pada 2000 bagi menyediakan ubat-ubatan dan perundingan secara percuma.

Hope Worldwide Malaysia adalah antara cawangan Hope Worldwide, sebuah badan amal berpangkalan di Amerika Syarikat.

Setakat ini, klinik ini telah menerima lebih daripada 56,000 pesakit kurang bernasib baik yang memerlukan rawatan.

Dilatih di United Kingdom, Chin memulakan kariernya sebagai jururawat di Hospital Universiti sebelum berpindah untuk bekerja Hospital Tan Tock Seng, di Singapura.

“15 tahun lalu, saya berada di Kuala Lumpur untuk melawat abang saya, dan ketika itu saya terlihat iklan di akhbar yang mencari seorang jururawat terlatih untuk bekerja dengan pertubuhan kebajikan.

“Membantu golongan miskin dan yang memerlukan adalah sesuatu yang saya fikir sangat menarik, saya berpendapat bahawa ini akan menjadi peluang kepada saya untuk memberikan pertolongan dengan hati yang tidak berbelah bagi,” katanya.

Walaupun usaha Chin tertumpu di Sentul, kerjanya jelas berdepan isu yang lebih besar iaitu kemiskinan bandar di Kuala Lumpur, di mana kawasan setinggan didiami oleh rakyat di bawah paras Indeks Garis Kemiskinan (PLI) terus wujud manakala bilangan orang yang kehilangan tempat tinggal meningkat sebanyak hampir dua kali ganda.

Beliau berharap sumbangan itu akan membantu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik atas kerelaan mereka sendiri.

“Kesukarelaan untuk kepentingan bersama boleh bergerak dan mengubah rakyat dengan cara halus seperti cinta, ia bercakap melalui terus ke hati,” kata Chin.