Jumaat, 30 Oktober 2015

Najib yang ada konflik kepentingan, Tony Pua kena letak jawatan PAC?

Najib-1mdb-parlimen-685x320-650x400
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya meletak jawatan kerana ada konflik kepentingan kerana wujud kesan langsung terhadap proses siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berdasarkan logik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Najib perlu berbuat demikian atau sekurang-kurangnya Najib harus bercuti supaya siasatan bebas dapat dijalankan.

Semalam, Nazri mahu Pua meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum mewawancara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

tony puaPua semalam menawar diri mewawancara Arul Kanda melalui siaran langsung televisyen mengenai skandal 1MDB berikutan Presiden 1MDB itu mengitar semula jawapan yang bersifat perhubungan awam dan jauh dari kebenaran fakta bagi merungkai skandal 1MDB.

“Tidak ada peraturan yang menghalang saya sebagai Ahli Parlimen untuk bertanya dalam mahupun luar PAC. Adakah ini bermakna saya tidak boleh bertanya kepada menteri mengenai 1MDB?” kata Pua pada kenyataan media, hari ini.

Beliau juga lantang mengkritik skandal besar lain, antaranya Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan projel pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di mana-mana sekalipun menjadi ahli PAC sejak tujuh tahun lalu.

“Di mana konflik kepentingannya? Apakah yang menjadikan 1MDB istimewa? Adakah kerana ia dikaitkan secara langsung dengan Perdana Menteri?” katanya.

Tiada ulasan: