Jumaat, 30 Oktober 2015

1MDB: Siar jawapan menteri secara langsung di TV

1MDB

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan menyiarkan secara langsung jawapan menteri-menteri berkaitan skandal 1 MalaysianDevelopment Berhad (1MDB) serta wang  RM2.6 bilion dalam akuan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, menurut pemerhatian beliau, sebanyak 41 soalan telah ditanya oleh ahli-ahli Parlimen berhubung kedua-dua isu itu.

Namun soalan-soalan tersebut tidak dimasukkan dalam 15 soalan yang pertama pada setiap hari persidangan walaupun ia dibangkitkan sejak hari pertama persidangan di Dewan Rakyat.

Malah menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman kepada pihak pembangkang, pertanyaan ini akan dijawab serentak pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Saya ingin menyeru menteri menyiarkan sesi tersebut secara” live” melalui kaca TV di saluran televisyen kebangsaan untuk sekali gus menyelesaikan kemusykilan rakyat terhadap isu ini.

“Dan ingin kita ingatkan Perdana Menteri bahawa semua ahli Parlimen dan rakyat Malaysia masih menunggu Najib untuk menjawab siapa penderma tersebut, sebab-sebab derma dan kemana pergi duit itu sekarang,” jelasnya.

Tiada ulasan: