Isnin, 28 September 2015

Jerebu: Semua sekolah di Melaka, Johor ditutup esok

THE MALAYSIAN INSIDER



Penutupan sekolah esok, melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.Penutupan sekolah esok, melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Semua sekolah di Melaka dan Johor diarah ditutup esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang hari ini menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.

Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.


Tiada ulasan: