Isnin, 31 Ogos 2015

Najib lebih berbahaya daripada DAP-Zam

 
Zam mendakwa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir kerana Najib lebih berbahaya dari parti itu


Zainuddin-Maidin_mahathir_bersih_600


PETALING JAYA: Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke demonstrasi Bersih 4.0 menunjukkan beliau tidak memilih bangsa untuk bersama rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri telah bertindak berani untuk bersama penunjuk perasaan yang kebanyakannya bukan Melayu.

“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali yang fikir akan bangsatkan diri sendiri. Beranikah Kit
Siang di tengah Melayu yang marah,” tulisnya bagi menjawab kutukan pihak tertentu terhadap Dr Mahathir.

Tulisnya lagi, kehadiran itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang dianggapnya lebih berbahaya daripada parti itu.

“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.

“Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dr Dap. Tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?

“Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu sebab utama dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia sayangkan Umno,” katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu turut kesal dengan akhbar milikan UMNO, Utusan Malaysia yang menyatakan Mahathir hadir ke demonstrasi Bersih 4.0 adalah kerana menyokong tindakan rakyat.

Namun, akhbar itu tidak menjelaskan tujuan utama Mahathir datang ke acara tersebut adalah untuk menyokong rakyat yang mahu Najib segera berundur.

Tiada ulasan: