Ahad, 30 Ogos 2015

Melayu tak sertai Bersih 4.0 tak bermakna sokong Najib

 
Kira-kira 30 peratus peserta perhimpunan Bersih 4.0 adalah orang Melayu sekaligus menafikan wujudnya propaganda perkauman.


khalid


KUALA LUMPUR: Orang Melayu yang tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad tidak bermakna mereka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tuduhan kononnya perhimpunan itu didominasi kaum Cina dan wujudnya propaganda perkauman adalah tidak benar.

Katanya, tuduhan itu sengaja dicetuskan sedangkan hakikatnya 30 peratus daripada 200,000 peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.

“Bukan semua Melayu yang tak hadir itu menyokong dan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang saya sendiri tinjau ialah 30 peratus peserta perhimpunan adalah orang Melayu. Jadi tidak timbul sama sekali propaganda perkauman.

“Oleh kerana perhimpunan kali ini bertambah ramai, jumlah 30 peratus orang Melayu daripada 200,000 ribu nampak kecil bilangannya,” katanya ketika berucap kepada peserta Bersih 4.0 yang bermalam di Dataran Merdeka, pagi ini.

Tiada ulasan: