Khamis, 30 Julai 2015

Penjelasan 1MDB Kepada Kabinet Terlalu Ringkas, Kata Muhyiddin

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR - Selepas beberapa siri kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berkata penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau memerlukan maklumat yang lebih lengkap berhubung dakwaan skandal berkenaan.

"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

"Ia tidak memadai, kerana 1MDB ini isu besar. Sebab itu saya perlu dapatkan maklum balas," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini, Rabu.

Menurut Muhyiddin, sebagai anggota Kabinet pada ketika itu, beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan skandal berkenaan.

Ditanya sejauh mana beliau mengetahui mengenai maklumat berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata: "Saya tahu lebih sedikit daripada apa yang anda tahu."


Tiada ulasan: