Ahad, 28 Jun 2015

Nasrudin dakwa 80% laporan portal 'putar belit'

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa laporan portal dari media baru di internet menyediakan kepada akar umbi PAS dengan maklumat yang mana bukan sahaja salah tetapi juga berat sebelah.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus laporan mereka dan cara mereka melaporkan adalah spin (putar belit) daripada cerita yang betul," kata Nasrudin kepada kira-kira 200 hadirin dalam ceramah di Markaz Operasi PAS Pongsu Seribu di Kepala Batas semalam.

Nasrudin membuat rumusan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sendiri di lapangan.

"Dua hari lepas, saya menghadiri satu dialog dengan ahli PAS di Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Ada di antara mereka yang menyoal mengapa, selaku ketua penerangan parti dalam muktamar, saya mencabar DAP berlawan siku dan lutut.

"Saya menyoal mereka sama ada mereka hadir muktamar parti, dan mereak kata tidak. Mereka beritahu saya mereka baca mengenai kenyataan saya dalam Malaysiakini dan The Malaysian Insider," kata MP Temerloh itu.

"Sejak muktamar itu hingga sekarang, kenyataan yang paling ramai cakap ialah berkaitan siku dan lutut," katanya Nasrudin.

Beliau merujuk kepada ucapannya dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor ada 5 Jun yang mana beliau dipetik sebagai berkata sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena tampar itu sebenarnya pedih.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh dalam muktamar itu.

DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran langkah unilateral beliau untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Susulan itu, perwakilan PAS menerima cadangan oleh Majlis Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang membawa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah "mati".

Nasruddin menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud mereka kenyataan untuk menjadi amaran atau ancaman kepada DAP.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan bertujuan cuba untuk mempertahankan PAS, menggesa pengkritik parti itu tidak menghina atau memperkecilkan perjuangan PAS.


Tiada ulasan: