Jumaat, 29 Mei 2015

Usul MP Alor Setar mengenai penemuan kem dan kubur di Perlis

KEADILAN DAILY



YB Tan Sri Datuk Seri Panglima                                                                                                                                                                                         Emel: alizulfakarz@yahoo.com
Pandikar Amin Bin Hj Mulia                                                                                                                                                                                                Tel : 03-20797100
Yang di-Pertua Dewan Rakyat                                                                                                                                                                                            Faks: 03-20708654
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur.

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2), dan mengusulkan supaya ditangguhkan mesyuarat ini untuk merundingkan perkara yang tertentu dibawah, yang berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Gooi Hsiao Leung (Alor Setar) disini mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini menggesa Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan dalam soal keselamatan negara, bagaimana kem-kem memperdagangkan manusia dan kubur-bubur yang baru ditemui di dalam kawasan Malaysia boleh terjadi tanpa mengetahuan kerajaan selama ini”.

Perkara tersebut diatas adalah:

1) Tertentu iaitu 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia telah ditemui dalam kawasan Malaysia;

2) Berkepentingan orang ramai kerana melibatkan kegagalan kerajaan mengawal dan mengurus sempadan negara kita, yang melibatkan keselamatan negara dan kematian beratusan orang; dan

3) Perlu disegerakan kerana jelas bahawa sempadan negara kita tidak selamat dan telah dilanggari sejak beberapa tahun lalu;

Atas perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum, saya memohon usul ini dibincangkan dengan segeranya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

Penjelasan Bertulis
(mengikuti Peraturan 18(2) Majlis Mesyuarat)

1. Datuk Alwi Ibrahim, Setiausaha Agong Kementerian Dalam Negeri pada 11.5.2015 dilaporkan menyatakan bahawa berdasarkan siasatan, tidak ada penemuan kem atau kubur pendatang haram Rohingya di dalam kawasan Malaysia (Sila lihat Lampiran 1 – The Malaymailonline bertajuk “Home Ministry says no immigrant mass graves in Malaysia” bertarikh 11.5.2015).

2. Manakala semalam, 25.5.2015, Ketua Polis Negara (KPN) mengesahkan bahawa 28 kem dengan 139 kubur ditemukan dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian, di sempadan Malaysia-Thailand daripada siasatan yang dilakukan dari 11.5.2015 sehingga Sabtu lalu (Sila lihat Lampiran 2 – The Rakyat Post bertajuk “KPN sahkan 139 kubur, 28 kem pemerdagangan manusia ditemui dalam kawasan Malaysia” bertarikh 25.5.2015).

3. KPN menyatakan bahawa “secara fakta kem-kem ini ditemui, ada yang dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas” (Sila lihat Lampiran 2 seperti diatas).

4. Menteri Dalam Negeri turut menyatakan bahawa kem-kem yang ditemui mungkin telah berada di sana selama 5 tahun, dan bahawa warganegara Malaysia disyaki terlibat (Sila lihat Lampiran 3 – Business Insider bertajuk “Malaysia home minister says mass graves found” bertarikh 24.5.2015).

5. Pada 12.5.2015, badan NGO “Muslim for Peace Foundation” dilaporkan menyatakan bahawa pemerdagangan manusia melalui sempadan Thailand ke dalam Malaysia begitu mudah sekali dan ia pun sudah bertahun-tahun berlaku(Sila lihat Lampiran 4 – TheStar Online bertajuk “NGO: Easy for illegals to cross over” bertarikh 12.5.2015).

6. Pada 8.5.2015 bekas Presiden Kelab Rohingya di Thailand mendakwa bahawa Malaysia adalah tuan-rumah kepada 80% daripada kem tahanan dimana hamba-hamba (slaves) Rohingya dan Bangladesh ditahan (Sila lihat Lampiran 5 – TheStar Online bertajuk “Rohingya: Malaysia has slave camps too” bertarikh 8.5.2015).

7. Sebelum kem-kem dan kubur-kubur ditemukan di dalam Malaysia, Ketua Polis Negeri Kedah, Senior Deputy Comm Datuk Zamri Yahya, pada 8.5.2015 turut menafikan dakwaan-dakwaan wujudnya kem-kem perdagangan manusia (slave camps) di dalam sempadan Malaysia (Sila lihat Lampiran 5 seperti diatas).

Gooi8. Dari fakta-fakta yang dikemukakan diatas, adalah sangat penting untuk kerajaan dengan serta merta :

(i) menjelaskan bagaimana ia tidak tahu langsung sebelum ini mengenai kem-kem dan kubur-kubur pemerdagangan manusia yang ditemui di Malaysia, yang telah beroperasi bertahun-tahun sehingga dua minggu lalu;

(ii) menjelaskan bagaimana kewujudan kem-kem dan kubur-kubur tersebut melepasi perhatian kerajaan apabila kawasan sempadan adalah zon yang amat dikawal rapat dan berketenteraan “highly militarized” dengan pelbagai agensi penguatkuasaan, seperti polis, tentera, dan imigresen;

(iii) menjelaskan kenapa sehingga hari ini tiada penangkapan dibuat keatas pegawai-pegawai penguatkuasaan yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia – Thailand;

(iv) menjelaskan bagaimana pendirian kerajaan pada 11.5.2015 – bahawa tidak adanya kem-kem dan kubur-kubur di dalam Malaysia, boleh menukar kepada penemuan terkejut 28 kem-kem dan kubur-kubur selepas 11.5.2015 sehingga sabtu lalu;

(v) akhirnya, untuk mengambil langkah-langkah memperkuatkan sekuriti sempadan kita daripada berlanjutnya pencerobohan dan pelanggaran, dan menjelaskan apakah langkah-langkah berkenaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Tiada ulasan: