Isnin, 27 April 2015

PM ambil masa dua bulan selesai tonton filem

 
Menurut Rosmah, faktor kesibukan menyebabkan Najib terpaksa mengulang semula filem yang ditonton


rosmah kabhi gam



PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa dua bulan untuk selesai menonton filem Hindi, “Kabhi Khushi Kabhie Gham”.

Katanya, ia bukan disebabkan filem yang ditonton itu panjang tetapi ia atas faktor kesibukan.

“Saya ingin katakan, beliau mengambil masa dua bulan untuk beliau menamatkan filem itu, bukan (kerana) filem itu panjang… (ia) hanya kerana beliau tidak mempunyai masa. Beliau menonton selama 15 minit dan kemudian berkata ‘saya terpaksa pergi’.”

“Beliau hanya menyambungnya selepas empat hari kemudian, yang menyebabkannya terlupa semua adegan sebelumnya. Jadi, beliau akan mula semula,” katanya yang dipetik daripada portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Rosmah, sebagaimana dirinya, Najib juga meminati filem Bollywood.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pameran multimedia berjudul “Life on the Silver Screen – The Fascinating Story of Indian Cinema”.

Dalam ucapan yang sama, Rosmah mengingatkan hadirin supaya tidak memutarbelitkan kata-katanya.

“… Dan jangan putar belit, esok apabila anda menulis dalam blog, tulis apa yang saya cakap, jangan tulis apa yang anda fikir saya cakap,” katanya.

Tiada ulasan: