Isnin, 30 Mac 2015

Ada penumpang AirAsia kena GST awal

MALAYSIAKINI


 


Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula diperkenal Rabu ini, penumpang AirAsia mungkin harus memeriksa resit mereka untuk memastikan mereka tidak dicukaikan lebih awal.

Seorang penumpang yang menempah tiket pada 26 Mac mendapati beliau dikenakan GST, untuk penerbangan pada 3 April.

Bagaimanapun, kata penumpang itu, pegawai AirAsia yang menguruskan aduannya memberitahu bahawa ia “kes terpencil” susulan “kesilapan sistem”.

“Setakat ini hanya kes saya yang disedari mereka, jadi tidak jelas berapa tiket dikenakan (GST),” kata PinPing Tan di Facebook.

Tan juga memuat naik resit menunjukkan beliau dikenakan bayaran 24sen GST, dikenakan terhadap bayaran pemprosesan RM4.000.

AirAsia berjanji akan memulangkan semula bayaran GST dikenakan sebelummasanya itu, katanya.

“Siapa terlibat, tolong beritahu AirAsia. Mereka mahu dengar daripada kamu,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi AirAsia untuk mendapatkan ulasannya.


Tiada ulasan: