Selasa, 24 Februari 2015

Umno tidak marah pendedahan Shafee

MALAYSIAKINI


 


Umno tidak marah dengan pendedahan butiran intim insiden liwat seperti yang disampaikan oleh ketua pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dalam siri jelajahnya.

"Kita tidak pernah marah, siapa yang kata kita marah?" kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengulas berita Malaysiakini semalam.

Portal ini melaporkan pandangan seorang pemimpin Umno, yang enggan dikenali, yang berpandangan siri jelajah peguam kanan itu boleh "memakan diri" susulan pendedahan perinci Shafee di Kelana Jaya minggu lepas.

Muhyiddin juga berkata siri penerangan itu sebahagian hak Shafee kerana beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.

"Itu hak beliau. Beliau diundang oleh beberapa organisasi. Beliau mahu menjelaskan (kes itu) kerana beliau berkelayakan," katanya di Putrajaya hari ini.

"Shafee seorang yang pandai, beliau lagi pakar daripada (kita) semua. Jika ada pihak yang mengundangnya, terpulanglah kepada beliau. Kenapa kami (Umno) perlu gusar."

Tiada ulasan: