Tak sempat nikmati hasil curi
 
 
KUANTAN - Jeritan seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka membantu polis menangkap seorang lelaki yang disyaki mencuri barang di kedai itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pekerja berusia awal 20-an menyedari lelaki mencurigakan memasuki premis berkenaan, lantas menjerit selepas lelaki itu mengambil satu botol minuman keras dan satu tin minuman ringan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis yang kebetulan berada di lokasi bertindak mengejar suspek hingga ke Jalan Pasar, dekat sini.

Bagaimanapun, katanya,  kerana kedegilan lelaki berusia 36 tahun itu, polis terpaksa bergelut kira-kira sepuluh minit sebelum dapat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan tindakan lanjut.

“Selepas pemeriksaan menjumpai sebotol arak dan tin minuman ringan dipercayai dicuri dari kedai serbaneka itu,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, suspek yang berasal dari Kampung Bukit Serdang, Bera itu juga  mempunyai jenayah rekod lampau.