Khamis, 29 Januari 2015

UM dengar rayuan pemimpin pelajar 11 Feb

MALAYSIAKINI


 


Universiti Malaya (UM) akan mendengar rayuan pemimpin pelajar Fahmi Zainol yang digantung pengajian kerana menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Katanya, perkara itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada jawatankuasa itu yang bertarikh 11 Februari.

Tarikh itu kebetulan jatuh sehari selepas keputusan terhadap rayuan akhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II disampaikan.

Menurut Fahmi, surat itu juga berkata belia dibenar membuat penjelasan bertulis atau lisan dalam prosiding itu.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan memilih salah satu kaedah itu, tetapi akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

“Semua tertuduh termasuk saya akan bentang secara lisan dan dalam masa sama akan serah juga secara bertulis,” katanya kepada Malaysiakini.

UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600.

Selain beliau, seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian satu semester manakala empat yang lain diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang.

Seorang aktivis Khairol Najib dibebaskan dengan amaran dan seorang lagi Abraham Au didapati tidak bersalah.

Mereka menghadapi pertuduhan bawah Kaedah-kaedah Tatatertib UM 1999 berhubung himpunan di UM pada 27 Oktober lalu.

Tiada ulasan: