Rabu, 28 Januari 2015

Kalau terasa sila kemukakan saman sivil – Zunar

 
Tidak mempunyai masalah jika pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sekiranya karya kartun beliau dianggap fitnah.


Zulkifli Anwar Al-Haque_300


PETALING JAYA: Kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque ‎atau lebih dikenali sebagai Zunar mempersilakan pihak yang ‘terasa’ dengan karyanya untuk kemukakan saman sivil terhadapnya.

Menulis di Twitter miliknya, beliau menyatakan tidak mempunyai masalah jika pihak-pihak tertentu mengambil tindakan terhadapnya sekiranya karya kartun beliau dianggap sebagai satu fitnah.

“Namun, saya bantah menggunakan undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan 1948,” tulisnya lagi.

Zunar selanjutnya menyatakan bahawa jumlah buku yang dirampas adalah sebanyak 149 naskhah, terdiri daripada buku Pirates of Carry BN, Conspiracy to Imprison Anwar dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, Zunar turut memberitahu kira-kira pada jam 6 petang nanti beliau akan diwawancara oleh stesen televisyen di London.

Rampasan berkenaan dipercayai berhubung dengan siasatan polis terhadap Zunar mengikut Akta Hasutan 1948. Ketika serbuan dibuat, Zunar berada di Cambridge, United Kingdom.

Tiada ulasan: