Khamis, 29 Januari 2015

Filem web sanjung P Ramlee mula ditayang

MALAYSIAKINI


 


Bukan kebiasaan di Malaysia, sebuah filem merakamkan penghormatan kepada legenda muzik tanah air Tan Sri P Ramlee diterbitkan sebagai sebuah siri web dan bukan di rancangan televisyen.

Dibawakan oleh Samsung GALAXY Note 4 , bahagian pertama daripada empat siri itu secara rasminya menemui penonton bermula malam tadi.

Menurut Samsung, filem dinamakan Road to Ramlee itu diarahkan oleh Rewan Ishak.

Ia mengisahkan perjalanan empat pemuzik berbakat yang dilakonkan oleh Iedil Putra, Christina Suzanne, Awang Masrin and Bo Amir Iqram bagi “mencari suara sejati” untuk memberikan penghormatan kepada P Ramlee.

Dalam kenyataannya malam tadi, Samsung juga berkata akan memaklumkan lanjut tarikh episod seteruskan akan dimuat naik ke YouTube pada masa akan datang.

Tiada ulasan: